nuffnang

NUFF

Rabu, 31 Julai 2013

MONSTERCHEF: RESEPI DAGING TAUCU BERSAYUR & SUP ISI KETAM CHINESE SYTLE

30 Julai, Dewan Makan SK Nanga Grenjang

Nampaknya kita dah masuk fasa kedua giliran memasak Monsterchef Grenjang. Aku selaku peserta yang berdaya saing tinggi akan menyediakan masakan yang lain sikit dengan tekak orang melayu. Masakan ala chinese style. *Fuuuyooo!*

Nama je chinese style, tapi masih mengekalkan sedikit kemelayuannya.. Chinese style biasanya diorang akan guna bawang putih dan halia sebagai pelengkap masakan, dan juga tak pedas mana. *Best ke kalau tak pedas?*

Dah.. cukup, kita terus menjengah kepada menu utama dulu.


Resepi Daging Tauchu Bersayur

Bahan-bahan:
500 gram daging (aku guna beef bahagian topside)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 inci halia (hiris bulat nipis-nipis)
3 sudu besar taucu (yang tak hancur)
2 sudu besar sos tiram
1 mangkuk kecil air asam jawa
Sedikit kicap manis
Sedikit lada hitam
1 ikat sayur bak choy
1 biji telur
Tepung jagung
*aku tak pakai garam sebab taucu tu dah masin!

Cara-cara memasak
1. Rebus daging sehingga lembut. Toskan dan simpan air rebusan (stok) daging tu. sementara itu celur bak choy juga dalam bekas berasingan.

2. Lumurkan daging dengan sebiji telur dan salutkannya dengan tepung jagung. Sprinkle sikit garam tau! *chewaah.. guna perkataan sprinkle tu! Goreng daging tersebut hingga hampir garing. Ketepikan dahulu.

3. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa. Hancurkan satu sudu taucu, masukkan ke dalam kuali..

4. Bila dah didih dan kuah agak pekat, masukkan sos tiram, kicap manis, lada hitam dan daging. Biarkan seketika. Tambah sedikit air kalau ianya terlalu kering dari masa ke masa. Masukkan 2 sudu taucu lagi.
 

5. Pekatkan kuah dengan masukkan sedikit tepung jagung. Sementara itu, susun bak choy dalam bekas dengan cantik-cantik dan tuangkan daging berkuah taucu itu ke atasnya.

Orait, resepi seterusnya lagi senang iaitu masakan jenis sup. Yang ini sangat mudah tapi kena cukupkan bahan-bahan la. ß *nasihat chef amatur.


Resepi Sup Isi Ketam Chinese Sytle

Bahan-bahan
1 paket crab meat
1 paket seafood shallop (tofu seafood)
1 paket cendawan jepun (yang panjang2 tu)
2 kiub sup/stok ayam
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 biji telur
Sedikit sos tiram perisa cendawan
Sedikit tepung jagung
Daun sup
Garam

Cara memasak
1. Potong crab meat kepada 3 bahagian. Gorengkan sehingga separuh masak dan ketepikan. Goreng juga tofu seafood. *kenapa tofu aku hangus?*

2. Panaskan air dalam periuk. Masukkan halia dan bawang putih. Bila dah mendidih, masukkan 2 biji kiub ayam, cendawan dan sos tiram. Kemudian diikuti dengan crab meat dan tofu seafood. Biarkan seketika.


3. Bila dah masak. Pekatkan sup dengan masukkan putih telur yang dikepuk terlebih dahulu serta masukkan sedikit tepung jagung. Tabur daun sup yang sudah diracik-racik.


Menu Tambahan: Karipap ala Grenjang. Kenapa mesti ala Grenjang? *Sebab kat Grenjang ni tak cukup alat atau bahan untuk menghasilkan masakan yang perfect! Sekolah ni kan kawasan hulu. Peralatan/ bahan memasak terhad. Guna aje apa yang ada! Haha..

Resepi Karipap ala Grenjang

 

Bahan-bahan

Untuk buat kulitnya
5 cawan kecil tepung (anggaran)
1 cawan air sejuk
3 sudu besar marjerin (planta)
Sedikit minyak masak

Untuk membuat intinya
1 biji ubi keledek (saiz besar)
2 ulas bawang merah (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
1 sudu serbuk belacan (boleh ganti dgn udang kering)
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili giling
Isi ayam (kalau ada)
Garam
Gula

Cara membuat
1. Buat inti dulu. Potong dadu ubi keledek. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili giling. Tambah sedikit air bila sudah separa garing. Masukkan Ubi keledek, serbuk belacan, isi ayam dan serbuk kari. Biarkan sehingga keledek empuk. Tambahkan air dari masa ke masa.

3. Jangan lupa masukkan sedikit garam dan gula. Nak letak sedikit air asam jawa pun boleh. Angkat dan sejukkannya.
 

4. Buat kulit karipap: Panaskan marjerin sehingga cair dan tuang segera keatas tepung. Gaulkan dengan sudu. Masukkan air dan uli dengan tangan. Masukkan sedikit-dikit minyak masak (kalau perlu) sehingga doh kelihatan seperti plastisin (lembut dan mudah dibentuk).
 



5. Leperkan doh. Kat sini takde mesin penggelek doh atau kayu penggelek jadi kena guna kreativiti sendiri! *matilah kena gelak sakan kalau orang tau kitorang pakai botel kicap sebagai penggelek! ~ops!*. Guna acuan untuk membentuk karipap dan isikan inti jangan terlalu penuh.

6. Tunggu apa lagi, goreng la dalam minyak sederhana panas. Ermm..sedap!

Selamat berusaha mengerjakan ibadah dengan lebih gigih di sepuluh malam terakhir ramadhan!
~disediakan dan dimasak oleh chef zulfahami zahari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...