nuffnang

NUFF

Isnin, 3 Januari 2011

KE LUNDU, SARAWAK

Pernah tak korang ke Lundu? Ianya terletak kira-kira 65km daripada area kuching. Terdapat sebuah pekan yang agak kecil di situ. Pekannya berada berdekatan sungai dan sekitar Lundu masih dilitupi oleh hutan hujan tropika yang nan indah.

sesuatu yang paling menarik di situ adalah terdapat sebuah taman negara. Gunung Gading National Park. Kat situ, korang boleh jumpa bunga yang terbesar iaitu rafflesia! Aku pernah ke sana akhir bulan november yang lalu..

Sebelum aku ke Taman Negara Gunung Gading, aku singgah pantainya. cantik jugak la viewnya. tapi tak secantik pantai-pantai di terengganu. (puji tempat sendiri nampak!). huhuhu. aku telah mengunjungi Pandan beach yang terletak kira-kira 8km daripada Taman negara itu.



Setibanya aku ke Taman Negara Gunung Gading, hujan renyai-renyai telah muncul dan aku telah membatalkan niat untuk menjejaki bunga pakma yang diimpikan itu. Aku tiba di situ agak petang dan tiada teman pula untuk melalui rimba rafflesia tersebut menyebabkan aku nekad tidak mahu mengambil risiko mengharungi secara seorang diri. Senang kata, aku tak masuk pun hutan tu.


1 ulasan:

  1. LA AWAT TAK AJAK AKU...AKU MENGAJAR DI LUNDU.....SEKOLAH AKU TAK JAUH DR PANTAI PANDANNNNNNNN..HEHEHHE

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...