Okey.. Sekarang aku dah menjejak kaki ke negeri di bawah bayu. Flite malam tadi. Pagi ni aku tengah menaip blog menggunakan henset sambil menatap bot-bot di Jeti Jesselton Point, kota kinabalu.
Nanti aku citer panjang lebar lagi pasal trip ke KK ni.

Kat jeti Jesselton Point. Kat sini boleh beli tiket bot untuk ke pulau-pulau di Taman Tun Abdul Rahman. Bermula dengan rm17(satu pulau), rm27(dua pulau), rm37 dan seterusnya.. Aku gi pulau Manukan dn Mamutik aje.

Naik bot ke pulau Mamutik. Sebelum tu, sempat singgah kat pulau Gaya jap. Ada pengunjung nak ke situ, tapi aku tak turun kat situ, ya!


Kat pulau Manukan. Lepas masuk laut, naik ke darat semula, terjun balik ke laut, berulang-ulang kali.. 3 kali aku ber-snorkeling. Mandi+berenang tak payah cakap la.. Huhu

Dataran tepian laut di KK.. Diorang panggil apa ntah? Orang sabah, sila bagitau nama tempat ni..

Menginap kat seri borneo hotel. Okey dan amat memuaskan.

Selamat tinggal KK. Semoga jumpa lagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan