17 Julai, Dewan Makan Nanga Grenjang
I cuochi Azizi
Ciao a tutti
p/s- Iols masak juga nugget. Uols tahu, spaghetti ni memang sedap sampai berjaya membuatkan tetamu Iols tak jamah nasi. Sekian! *muka penuh riak*
I cuochi Azizi
Ciao a tutti
#Translate
saya Chef Azizi
Apa khabar semua!
Wah.. cakap Italy
gitu! Lama tak speaking Italino ni. I dulu dah doploh tahun tinggal kat Rome sana .
Sejak lahir lagi! Semua tu I tipu okeeyyy.. I asal kelantan jer. Haha
Walaupun I ni kelantanese, I tetap nak masak masakan Italy jugak.
Baru gempak Monsterchef ni. Bosan la asyik makan nasi jek. *Boleh cenggitiew??*
Buat Spaghetti Bolognese tak susah. Ada
bahan-bahannya, campak-campak sikit jadi lah *sambil buat gaya eksyenn..
Jom ikut intai resepi I ni.
Bolognese Spaghetti
First of all, sediakan bahan untuk menumis. I-ols buat kuah bolognese dulu ya.
Jangan masukkan minyak dulu, biar bawang-bawang tu semua layu dulu baru Uols masukkan minyak dan menumis seperti
biasa.
Masukkan bahan-bahan yang lambat masak dulu. Masukkan daging
cincang dan juga ayam.
Kemudian jangan lupa masukkan sos prego. Iols pakai dua jenis sos prego. Satu
yang perisa mushroom dan satu lagi perisa tomato. Sos prego perisa cendawan tu Iols masukkan semua, tapi yang jenis
perisa tomato tu sikit je. Sebab apa?
Sebab Iols pakai
tomato puree. Sangat puri. *Tak faham ayat tuh?
Masukkan sikit garam dan gula. Then kacau sehingga ianya
jadi agak pekat. Kalau pekat sangat, masukkan air sikit demi sikit. Jangan
terlalu cair sangat okey?
Dan last sekali, sebelum masukkan kepingan sosej dan lobak
yang dipotong dadu ke dalam sos bolognese tu. Biarkan seketika sebelum api
dimatikan.
Kalau dah siap kuah bolognese tu, uols cepat-cepat la sediakan spaghettinya. Muka mesti buat-buat
macam tak sabar. Berlakon la sikit uols!
Panaskan kuali dan reneh sedikit air. Masukkan spaghetti tu
dalam air tu. tak perlu tunggu mendidih pun tak pa. Iols pakai pembantu untuk menghasilkan kesenian letak spaghetti
dalam kuali tau. Pembantu Iols ni
steady jek susun spaghetti ni..
Masukkan minyak supaya ia tak melekat bila nak tos spaghetti
tu dan siap untuk dihidang.
Next resepi adalah Air Soda buah campur
Iols guna dua
jenis buah je, limau dan epal. Lagi banyak jenis buah yang uols pakai lagi
meriah air tu.
Potong dulu buah-buah tu supaya jadi kecik-kecik. Karang
tersangkut kat kerongkong time minum ayaq ni cemana? Siapa yang susah? Uols jugak khennn..
Dah siap potong masukkan dalam jag dan tuang je air soda tu.
Masukkan ais baru kaw!
p/s- Iols masak juga nugget. Uols tahu, spaghetti ni memang sedap sampai berjaya membuatkan tetamu Iols tak jamah nasi. Sekian! *muka penuh riak*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan