29 Julai, Dewan Makan
SK Nanga Grenjang
Maafin saya. Terlewat lagi saya mahu beri resepi kepada para
pembaca sekalian. Hari ini saya, chef Hanis nak masak ayam. *sambil cabut bulu kat
sayap ayam*
Nama resepi yang saya buat ni memang tak boleh blah.. bunyi
je macam meriah tapi masakannya nan-hado pun semeriahnya! Betul kan meriah carey? Kan ?
Kan ?..
Resepi pertamanya adalah Ayam Jala Emas. Jala emas tu!
Walaupun emas sekarang agak murah, tapi saya tetap nak buat menu ni gak! *ada
kaitan ke?*
Resepi Ayam Jala Emas
Bahan-bahan
Of coz la ayam. Guna ¾
ekor ayam.
1 paket kecil serbuk
kari (bancuh dengan air)
4 sudu besar cili
giling
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
200ml santan kotak
1 biji tomato
(dipotong 4)
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Cara-cara Memasak
1. Bersihkan ayam. Potong ikut saiz yang korang suka.
Lumurkan dengan kunyit dan garam, campur kari sikit. Goreng sampai ianya agak
garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis bahan
kisar ini sehingga naik bau.
3. Masukkan bancuhan serbuk kari dan cili giling. Kacau
sekali sekala. Masukkan santan pula.
4. Perasakan masakan dengan garam dan gula. Akhir sekali
masukkan tomato dan boleh tutup api. Tuang kuah ni ke atas ayan yang goreng tadi.
Dapur Monsterchef tak sunyi dengan satu menu je, jadi saya
secara senyap-senyap masak menu seterusnya. Kekononnya nak surprise la.. saya
reka sendiri masakan ni hoccay!
Resepi seterusnya ini saya bagi nama Ayam Sembunyi di Bawah Selimut
Telur. Aiyooo.. panjang pulak namanya. Saya ringkaskan aje lah.. kat bawah ni
namanya;
Resepi Ayam Selimut
Telur
Bahan-bahan
¼ ekor ayam (potong
dadu)
2 biji telur ayam
½ buku bawang besar
(dimayang)
4 ulas bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
½ batang timun (potong
dadu)
½ tomato (potong dadu)
Serbuk secukup rasa
Lada sulah
Garam
Gula
Cara-cara Memasak
1. Tumis bawang dan masukkan sedikit air bila sudah naik
bau. Masukkan ayam.
2. Bila ayam kelihatan sudah hampir masak, masukkan timun
dan tomato. Taburkan serbuk secukup rasa, lada sulah, garam dan gula. Kalau nak
kuah pekat, masukkan sedikit tepung jagung.
3. Tutup api bila semuanya dah sebati dan masak. Next, pecahkan
telur dan kacau dengan garam dalam mangkuk. Goreng telur dadar tu seperti buat kulit nasi
goreng pattaya. Bungkus ayam yang dimasak tadi dengan telur dadar ini.
Selamat Menjamu Selera - Iols punya ayam ni kurang masin dan agak kurang berperisa sikit, hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan