Kali ni aku nak ceritakan pasal hotel-hotel murah kat kuching yang pernah aku bermalam. Takde la murah sangat, tetapi berbaloi dengan harga la..Sebelum tu (aku nak cerita jugak) aku juga pernah menginap kat hotel bajet (memang cikai giler) kat area kuching tu.
Medan Pelita, Kuching
Hotel-hotel bajet
Kalau korang nak cari hotel bajet ni kat area Kuching ni, berlambak sebenarnya. Hmmm..tapi aku suka pilih kat area Hotel Harbour View (hotel HV) tu. Depan Medan Pelita, bersebelahan/belakang hotel HV. Hotel kat situ murah bangat, semurah rm30 pun ada! Dekat aje ngan waterfront kalau pilih hotel bajet kat area ni. Ada 3 buah hotel bajet yang aku pernah stay kat area tu. Dua daripadanya aku dah lupa namanya. Salah satu hotel tu, toilet/bilik mandinya teramat la teruk. Bocor. Air siap mengalir masuk bawah katil tu..hahaha. Bau pun kurang menyenangkan. Satu lagi hotel tu, so far conditionnya so-so aje. Namanya hotel bajet kan.. hotel yang seterusnya ni, aku ingat namanya. kalau tak silap Kuching Hotel. Betul-betul bertentangan dengan Medan Pelita. Dah banyak kali aku menginap kat situ. Aku selalu ambil bilik yang takde aircond & shared-bathroom. Memang murah. 30 hengget je. Biliknya luas tapi takde tv la..
Di kesempatan ni, aku nak bagi tips cari hotel bajet:
* Jangan cari hotel bajet yang letaknya di ceruk-ceruk kawasan.
* Pilih bajet hotel yang tidak terlalu usang/lama. Biasanya perabot/kemudahannya amat uzur.
* Sila jenguk-jenguk bilik terlebih dahulu sebelum book. check katil, lantai, peralatan dan kemudahan lain di dalam bilik. Request aje kat receptionist sblm booking, InsyaAllah memang dia bagi kita tengok-tengok bilik tu dulu. lawat dulu beberapa bilik lain dan bandingkannya.
* Elakkan pilih bilik berkarpet. selalunya ada bau yang kurang enak. kalau ada aircond, lagi hapak kot. tapi tak semua seteruk macam tu. berwaspada lah.
Waterfront, Kuching
Tinggalkan dulu cerita pasal hotel bajet dan murah tu dulu. Okey cerita lain pulak. Dua hotel yang akan aku cerita ni (kat bawah ni) bukan hotel bajet, tapi agak kompetitif dari segi harganya. Kira murah la dan yang penting berbalai dengan harganya!
Tune Hotels
Dah banyak kali aku duk kat hotel ni. Sebelah Hotel Hilton aje. Murah, selesa dan bersih. Murah kalau booking online dan bila ada promo (macam air asia la ~memang anak syarikat AA pun..hehehe). Biliknya agak sempit tapi dari segi kualiti materialnya tersangat la bagus. Lokasi pun bagus. Dekat dengan waterfront. Pada pendapat aku, hotel ni tak sesuai untuk family yang besar. Aku pernah buat review pasal hotel ni. Cuba korang cari kat post terdahulu dalam blog ni.
360 Xpress Citycenter Hotel
Online booking menyebabkan harganya lebih murah, tapi kena booking awal-awal sikit la. Overall aku sangat berpuashati. reviewnya aku ada buat, cuba lihat kat sini. Ada beberapa gambar yang aku dah masukkan kat situ.
Kedua-dua hotel di atas menyediakan kemudahan pengangkutan pergi-balik ke airport dengan harga yang sangat berpatutan. Lebih kurang rm8 sehala sahaja. Kalau naik teksi, lebih rm23 sehala tau!
salam..
BalasPadamthnx utk info saudara nih..
kebetulan sy mmg sdng survey hotel2 di kuching..cadang nak ke sana bln dpn..
btw..ada org kata yg hotel tune tu bila mlm bising dan ssh nak tido..apa komen saudara yer...sbb sy cdng nak duduk kat hotel tu..tp takut lak..betul2 bising..
t.k. sekali lg..
aariz.zul@gmail.com
Saya ada pengalaman buruk kat tune hotel, masa mandikan baby glass door yg divide ruang mandi pecah bertaburan, habis luka lengan saya syukur baby sikit pun tak kene, bila report cakap semua nak tanggung etc, bila saya balik kl dia hantar surat suruh saya ganti balik kerugian diorang. Dia kata saya sengaja pecahkan glass door tu dan xder proof yg door tu pecah sendiri. abis kalau saya dah tau pin tu tu nak pecah saya boleh la rakan siap2. xpasal2 saya kene 5jahitan. Tune hotel memang xrecommend lansung
BalasPadamThanks dgn info ini. Cuma saya nak tanya la berkenaan dengan hotel 360 Xpress City Center tu toilet dan bilik mandi dia mmg divide dgn kaca jer ker?
BalasPadamSelain hotel, blh try gak homestay / guesthouse sekitar Kuching...boleh merasai lifestyle di Kuching...sebab tmpat2 best / makanan marbeles kebanyakannya kene drive.... :)
BalasPadamsalm...saya ank bw rombongan pelajar ke kuching.. boleh saya dpt kn tourist guide yg berpatutan dgn harga pelajar
BalasPadam