Kalau ada cuti yang agak panjang, aku sedaya upaya cuba manfaatkannya untuk memenuhi impian aku; melancong. hehe. Meskipun cuti umum maulidur rasul tak panjang, tapi aku masih menggunakan kesempatan ini untuk mengembara ke Indonesia.
Lokasi tuju kali ini adalah Bukittinggi yang terletak dalam wilayah Sumatera Barat (disingkatkan jadi Sumbar). Berbekal tiket tambang murah yang dibeli tersangat awal (10 bulan lalu), mujur la tiada problem pada tarikh penerbangan tu.
Overall, kembara ke bukittinggi agak best dan aku rasa lebih selesa berbanding ke Medan tahun lalu. Orang sumbar agak boleh diharap dan jarang jumpa yang mahu ambil kesempatan, kotanya tak terlalu macet, kehijauannya terasa nyaman sepanjang perjalanan ke bukittinggi kerana terltak di kawasan tanah tinggi.
Sebelum ingatan aku makin pudar, silalah baca catatan kembara aku di mana ianya dilakukan secara solo aku. Aku ke sana cuma sebagai backpackers dan tanpa ditemani sesiapa! Tapi kepuasan terjana sebaik sahaja misi aku ni tercapai. Korang patut cuba! haha. Dan tiada seorang pun ahli keluarga tau aku menjayakan misi ini.
Jumaat, 3 feb 2012
Kereta dipecut dari saratok ke kuching (4.5 jam) supaya sempat naik flite AK dari kuching ke kuala lumpur. Setelah delay hampir setengah jam, aku naik ke perut kapal terbang dengan mata yang mengantuk. Sebaik pesawat berlepas, aku turut berlepas dari alam nyata(tidur la tu..), kononnya mahu dapat tidur secukupnya. Pesawat mendarat dengan selamat di lcct jam 2235. Keluar dari airport, terus aku ke Food Garden cari port nak lelapkan mata. sementara tunggu mata jadi kuyu sempat la aku charging bateri henpon sambil cari maklumat tentang tempat yg akan dituju keesokannya.
Sabtu, 4 feb 2012
pukul 1pagi, mata dah mengantuk sangat & aku tidur dalam keadaan duduk, kepala dibantalkan dengan beg beg atas meja. Memang tidur-tidur ayam je.. beberapa kali aku terbangun kemudian sambung semula. Jam 3.30 pagi mata aku tak mau lelap. mungkin tidur dalam keadaan kurang selesa kot! Kemudian aku sekali lagi surf internet pakai henpon dan bersarapan tepat jam 5pagi. takut kelaparan. Then, pergi check-in dan tanpa diduga terjumpa rakan sekolah & universiti. Berborak-borak la kami. Kawan aku tu mahu ke Jogjakarta. Solat subuh dan landing kat kerusi di Gate 3 menunggu kehadiran pesawat.
Pesawat berlepas lewat 10 minit daripada waktu asal iaitu jam 7.50pagi. Sampai di Bandar Udara Minangkabau, Padang jam 8.05 waktu tempatan. Perjalanan agak singkat cuma 1jam 5min sahaja ke sana. Seperti biasa, aku akan bawak pen kalau pergi keluar negara, senang nak isi form. Barisan agak panjang untuk melepasi imigresen indonesia sebab cuma 2 kaunter saja dibuka kepada foreigner. Hampir 45minit aku berbaris.
Sebaik kaki melangkah keluar dari balai ketibaan, kelihatan ramai pak supir dan travel agen memegang nama-nama klien mereka. Nama aku takde la, sebab aku kan gi sebagai backpacker. hehe. Berdasarkan pembacaan aku melalui internet, ada bas yang beroperasi di berdekatan luar balai ketibaan. Menapak beberapa meter ke kiri pasti akan terjumpa bas tranex.
Aku naik bas tersebut, sempat berbual dengan seorang makcik dan konduktor bas tersebut.
"Anak dari mana?"
"Dari Malaysia, bu"
"Sendiri?"
"Iya, gi mana mahu ke Bukittinggi?"
"Bis ini akan henti di Traning, kelak ambil 'trafel' ke Aur Kuning"
"Pernah datang ke sini?"
"Nggak pernah, cuma pernah berlibur ke Danau Toba(medan) dan Bali"
banyak lagi yang dibualkan dan aku bertutur sekejap berbahasa melayu, sekajap indo.. huru hara!
Bas bergerak dalam jam 9.05 dan turun di hentian transit yang namanya Traning 30minit kemudian. Di situ aku naik minivan yang akan membawa diriku ke Aur Kuning, Bukittinggi. Minivan akan berangkat sebaik sahaja ianya dipenuhi dengan penumpang. memang padat dan aircond pula tak terasa. panas. Perjalanan mengambil masa lebih 2 jam setengah! berkematu ponggong aku. haha. Dipertengahan perjalanan, hujan turun mencurah-curah, baru la terasa agak dingin ditambah pula minivan(trafel) sedang menaiki kawasan tanah tinggi. Kalau tak silap aku, mungkin dalam kawasan lembah anai ada sekali minivan tu berhenti. Motif? penjual makanan akan buka pintu minivan dan kalau korang lapar, boleh la beli jajan yang dijual. Kekacang, kuih, kerepek dan pelbagai lagi makanan tempatan yang aku pun tak kenal.
Tambang bas, Bandara ke Traning(transit) = 18,000 rupiah
Tambang trafel, padang ke bukittingi = 16,000 rupiah
Tambang angkot, aur kuning ke pasar atas = 2,000 rupiah
Setibanya di Aur kuning (hentian terakhir), semua orang turun. Dengan bantuan seorang uncle(penumpang disebelah aku), dia menahan angkot dan meminta pemandunya bawakan aku ke Pasar Atas (tempat ini umpama sentral bagi kota bukittinggi). Sampai je kat situ, pemandu turunkan aku dan minta cross supermarket Ramayana untuk sampai ke Pasar Atas.
*akan disambung lagi*



