nuffnang

NUFF

Sabtu, 13 Julai 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 24 (SEOUL NIGHT TOUR)

Day 3 - Kerlipan Neon di Sekitar Bandar Seoul [7 jun]

Sambung semula kisah dulu. *Maaf tergendala sikit entry yang ini (ambil masa nak publish) sebab aku balik kampung. Malas nak update kat kampung.

Ok. Setelah puas aku pusing-pusing sekitar area Cheongyecheon stream tu, aku kembali semula ke Gwanghwamun apabila jam dah masuk pukul 7.00pm. Aku terus aje menuju ke arah pondok kecil Seoul City tour Bus yang terletak betul-betul depan Donghwa duty-free building.

Sampai aje, aku terus beli tiket untuk night course punya seoul city tour, bukan kat kaunter pondok tu tapi dia suruh beli direct dengan pemandu bas kat belakang pondok tersebut. Korang kena ingat, Night Course ni ada dua jenis, satu untuk bas 2-tingkat dan satu lagi untuk bas biasa. Untuk bas 2-tingkat ni harganya mahal sikit dan lebih lama di mana tiket adalah amat terhad (kena beli kat kaunter) manakala aku ikut night tour course yang biasa je. Tiket harganya cuma 5,000won.

Laluan 'night course' adalah yang warna jingga tu di mana akan melalui sebahagian besar kawasan sungai Hangang. # Tiket biru (10,000won) tu dibeli pada keesokkannya. Untung kalau korang nak jimat masa tanpa perlu naik tren untuk teroka tempat menarik sekitar seoul dalam sehari!

Laluan Night course ringkasnya macam ni: Gwanghwamun-- Mopo Bridge-- Yeuido-- Seogang Bridge(island)-- Seongsu Bridge-- Hannam Bridge-- NSeoul Tower-- Namdaemun Market-- Cheongye Plaza


Disediakan alat bantu dengar ini untuk memberikan info setiap kawasan yang dilalui oleh bas.

Bas yang aku naik tak penuh.. Kalau nak pilih seat; seat yang terbaik adalah berada di sebelah kiri bas! Pemandangan lebih meriah..

Tepat jam 8 malam bas mula bergerak.. kenapa macam cerah lagi? Sebab maghrib kat sini sekitar jam 7.50pm tau (waktu permulaan summer di Seoul)..

gambar blur sebab aku pakai henset je snap dari tingkap bas yang bergerak..hahaha

Tour ni ambil masa hampir 2 jam tau! Sebelum bas bergerak, aku sempat la pergi beli air kat convinient store yang letaknya agak jauh jugak dari pondok bas tu. Tapi tak kisah sebab aku ada banyak masa. Dan diingatkan juga, tidak dibenarkan makan & minum dalam bas ni.

Oleh kerana kamera aku yang kehabisan bateri tidak sempat dicaj, maka aku menggunakan sepenuhnya henset cikai aku untuk mengambil gambar sepanjang night course tour ni.. Gambar tersangat la hampeh dan kualitinya seperti budak kecik dipaksa snap gambar! hehe..

Jom layan gambar yang tak berkualiti ni. Ayuh!

















Ok. Sampai je kat NSeoul Tower ni, bas akan berhenti sekitar 10 minit. On-time! Kalau lambat kena tinggal. So, korang boleh bersiar-siar ambil gambar NSeoul Tower ni di waktu malam.





Perlu diingatkan juga, night course tour ni mengkehendaki setiap peserta/pelancong berada di dalam bas sahaja. Tak boleh nak suruh dia berhenti sesuka hati kecuali kat Nseoul Tower ni. Jadi agak bosan sikit asyik duduk dalam bas je. Tapi aku enjoy sangat layan suasana malam mengelilingi Seoul City! Ada mat saleh kat beberapa row depan aku macam tidor je sepanjang tour ni.

Nasib baik aku masih boleh kawal lagi mata aku daripada tertidur sebab aku benar-benar keletihan selepas mendaki Mt. Hallasan pada pagi tadi. *Korang kena maklum bahawa aku ni dah jadi Super-Human untuk trip kali ni* Belasah berjalan selagi kaki berdaya.. mujur kaki aku sangat berdaya saing!

Dah habis Night Course Seoul City tour ni, aku tak terus balik ke Guesthouse * Gila punya orang, kaki gajah ke apa? boleh lagi bertahan tu..*

Aku ambil keputusan berjalan menelusuri stream/alur sungai Cheongyecheon sehingga sampai ke Kimchee Guesthouse! Aku nak tengok ragam manusia korea sebenarnya. Sepanjang berjalan kaki tu, macam macam karenah manusia yang aku jumpa. Ada yang bermadu kasih ditepi jeram/sungai ni, ada yang bercumbuan tanpa segan silu, ada yang lepak berkumpulan sambil buat aksi yang memualkan dan macam-macam lagi!




Aku smpai GH dalam keadaan yang tersangat letih. Kaki yang melecet dah tak terasa pedih kerana aku buat tak layan je. *boleh macam tu?* Balik bilik aku bersihkan diri dan solat dalam ruangan yang sempit. Roomate aku tak tau ke mana. sebelum tido, aku kunci dulu jam.. takut terlepas program yang aku dah rencana awal-awal lagi. Esok bakal menyaksikan tahap keletihan berganda melampau yang bakal dicipta oleh diri sendiri!

p/s- Entry selepas ini mungkin akan lambat di-publish sebab aku makin malas nak menaip & mengarang! Pergi korea 5 hari je, tapi entri dah sampai part 20 lebih! *bengong*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...