nuffnang

NUFF

Ahad, 30 Januari 2011

LANGIT DIJUNJUNG

Cuaca sekarang selalu sahaja hujan. Kat saratok, hampir setiap petang dan awal pagi, pasti hujan turun. Kadang-kala lebat juga. Kelmarin, aku ada menelefon mak aku kat kampung. Katanya, acapkali hujan, jarang-jarang langit kelihatan cerah. Mendung. Kain-baju pun payah nak kering. Lama juga kami berbicara pasal keadaan langit di kawasan masing-masing menerusi talian telefon. Air sungai kat kampung makin menokok. Aku berdoa agar terengganu tidak dilanda banjir. Kesian juga mak ayah aku nanti.

Gambar ini diambil ketika bulan disember yang lalu di sekitar kawasan Esplanade Pasar Payang, Kuala Terengganu. Lihat langitnya, kelam sungguh meskipun pada waktu tengahari ketika itu. Syukur pada Allah, tiada laporan banjir teruk direkodkan saat tersebut.

Petang tadi, agak awal aku masuk ke perkarangan sekolah. Mujur sempat mendahului hujan lebat. Kalau tidak, bersusah payah lah aku memandu ke destinasi ini dalam hujan lebat. Risau juga. Pemandangan terhad. Jalan sempit. Becak dan berlumpur sudah pasti.. Alhamdulillah, selamat tiba juga aku.

Teringat pada kisah ketika tahun pertama aku di-posting-kan. Hujan teramat lebat dan berlarutan sehingga berhari-hari. Jalan begitu teruk sekali hinggakan kereta pun terlekat dalam jalan berlumpur. Kena tarik dengan pacuan 4 roda lagi.. tak cukup dengan itu, terpaksa ditolak pula oleh kudrat empat kerat. Maka, bermandi keringat lah dalam hujan yang renyai-renyai.
Semoga cuaca tahun ini tidak seteruk seperti tahun itu.


Ahad, 23 Januari 2011

REVIEW: FIREFLY FLITE

Pada 21 dan 23 Jan aku telah selamatnya diterbangkan oleh syarikat Firefly (Kch-Kl & Kl-Kch). Secara keseluruhan, boleh dianggap aku cukup berpuashati meskipun route penerbangan itu baru diperkenal dan menggunakan pesawat baru iaitu jenis Boeing 737 800. Sebelum ni, flite FF hanya pernah menggunakan /handle pesawat jenis ATR yang kecik je. Okey sila baca review ini;

Firefly guna pesawat baru, boeing 737 800. Enjin jet kan? At last, dapat la merasa pesawat baru yang baru digunakan seminggu je! Masih baru..


Counter Service

Di kuching, kaunter pembelian tiket boleh dibeli di booth yang terletak pada aras dua (departure level). Ianya berada bertentangan dengan kaunter check-in MAS, dekat dengan mesin scan. Kaunter check-in adalah pada C3 dan C4. Masa aku nak check-in, tak ramai orang, Cuma seorang je berbaris di depan aku masa tu. Maybe awal sangat aku dating kot. Huhuhu.

kaunter jualan FF di Kuching Airport

Gambar ni diambil sejurus selepas aku check-in, tetiba datang satu gerombolan group ni datang beratur kat kaunter FF di Kuching Airport

Kat KLIA, kaunter check-in nya terletak di A3 & A4. Sederet dengan pintu berlepas dalam negeri dalam negeri (domestics departure gate). Waktu aku sampai tu, ada seorang petugas FF yang jaga kat area tu. Korang boleh tanya dia kalau ada apa-apa problem pasal check-in. Dia jugak ada suruh beberapa penumpang supaya beratur kat mana-mana barisan yang pendek (ada 2 kaunter ke KCH & ke KK). Lupa nak ambil gambar kaunter kat KLIA ;P


Waktu Menunggu

Kat departure hall di kuching, pada mulanya aku ingatkan tak ramai yang nak naik flite (ye lah, aku sampai awal kan), sekali.. berduyun-duyun beratur bila nak melalui pintu berlepas A6 tu. Seperti Air Asia; warga tua, OKU dan ibu mengandung dijemput terlebih dahulu. Manakala di KLIA, setelah golongon istimewa ini dijemput, para penumpang yang memegang tiket bagi seat/tempat duduk baris 16 hingga 33 dipanggil dahulu (nak elak kesesakan la tuh!). Lambat jugak la aku masuk walaupun aku dah bergegas berbaris di depan. Hahaha, padan muka! Overall, ketepatan waktu berlepas & ketibaan boleh dipercayai dan aku puashati.


In-flite Services

Sebijik macam Air Asia; presentation keselamatan, jualan makanan dan cenderamata pun ada. Cuma pakaian flite attendant tu je tak sama. Merah versus Oren. Huhuhu.. Dalam pesawat, kitorang diperdendangkan dengan alunan muzik tradisional seperti rentak inang sebelum berlepas. Just minus-one je muzik tu. Pramugari dan pramugara diorang semuanya muda-muda lagi dan ramah jugak. Boleh dikatakan cun & hensem gak. Hehe.

Pramugari yang sentiasa senyum, sewaktu aku nak kuar dari pesawat. Aku adalah antara orang terakhir yang turun padahal duk kat seat 5A yang kat depan tu..hehe

Katalog jualan makanan & cenderamata. Simple dan nipis je, available from Jan to March. Pastu mungkin katalog lain pulak diorang kuarkan.

Antara menu makanan dan minuman yang dijual dalam flite

Cenderamata yang dijual. Aku ingat nak beli jersey, tapi takde saiz yang aku nak.. so, aku beli cap aje. not bad la, rm 10.


Seat

Aku sengaja booking hot seat (alah taktau ke?, seat kat row 1 to 5) dan standard seat. Dari Kch-Kl aku duduk kat seat 5A dan pulang, duduk kat seat 6F. Bagi aku, ruangan kaki kat kedua-dua jenis seat tu, tak nampak beza pun. May be they have same spaciousity. Cuma seat paling depan merupakan seat yang agak luas. Seat 2D, 2E & 2F (seat paling depan) paling luas kot sepanjang pemerhatian aku nih. Semua seat berwarna biru gelap (termasuk hot seat) dan teksturnya kulit/leather seperti Air Asia.

Seat leather, cam Air Asia gak. Ruangan kaki antara hot seat dan standard seat sama luas aje kot..

Seat paling depan, sebelah kanan pesawat(2D, 2E, 2F). Seat ni ada ruang letak kaki yang lebih luas berbanding seat lain.


Makanan

Ada 4 jenis makanan yang boleh diorder secara online iaitu; nasi goreng, nasi lemak, nasi beryani & nasi ayam. Aku memang dah masukkan sekali makanan (ambil yang standard package) dalam itinerary aku bila beli tiket aritu. Masa pergi (kch-kl), aku makan nasi beryani. Tasteless. Tak sesuai ngan tekak aku. Macam kurang masin je. Biasanya nasi beryani tu pun dah rasa sikit masin. Lauk/kari ayamnya pun macam kurang garam. Tapi habis jugak aku bedal. Lapar. Bila pulang ke Sarawak (kl-kch), aku makan nasi ayam. Ni boleh tahan sedapnya. Nasi dan ayamnya okey. Sambalnya nampak menyelerakan. Yang kurang pasal nasi ayam ni, diorang tak letak salad/timun dan tiada sup.


Nasi beryani. Rasanya kurang menyengat. Nasi dan kari ayamnya kurang masin. Makanan kesihatan kah? huhuhu..

Nasi ayam. Aku suka! Cuma takde salad dan sup.. kenapa ek? Boleh dipanggil nasi ayamkah tanpa dua bahan itu? Hmmm..

Sambal/Cuka-cili yang pedas. I loike yang pedas-pedas..hehehe


Landing & Berlepas - Overall, takdelah teruk sangat. kira okey la. cuma aku rasa macam agak laju sikit pesawat ni meluncur turun dan naik. maybe enjin terlalu power sangat kot. huhuhu..

Aktiviti - Actually aku ke Kuala Lumpur bukan untuk melancong. Just jalan-jalan santai je. Pegi rumah kakak aku kat serdang then dia bawak gi round-round, gi shopping complex. Window shopping je.. sebelum pulang ke sarawak, beli roti banyak giler..kawan-kawan kirim. Roti Gardenia yang lembut tu jarang dijumpai kat sarawak tau! kalau ada, harganya berganda-ganda mahal!

Kalau korang datang sarawak, banyak menarik kat sini (ceh, sempat lagi buat promosi!) Anyway, kat area kuching memang banyak tempat menarik. Aku pun belum habis teroka sejak lebih 2 tahun bekerja kat sini. Antaranya yang aku dah jelajah adalah taman negara bako, pasar serikin, taman negara niah dan lain-lain.

Okeh, letih dah menaip.. harap korang enjoy membaca! Sekian.



Rabu, 19 Januari 2011

CERIAKAN BILIK GURU

Minggu lepas, kerja-kerja menceriakan bilik guru telah dijalankan. Aktiviti hari pertama dimulakan dengan membuang segala barang-barang lapuk lagi ‘menyemak’ itu. Hari berikutnya, bilik guru telah dicat. Kerja-kerja ini semuanya dilakukan secara berperingkat sehingga sekarang masih belum siap lagi. Susun atur meja dalam bilik guru telah diubah dan lantai telah digantikan dengan tikar getah yang baru.

kerja-kerja mengecat dinding bilik guru

Ketika kami sibuk mengalihkan rak, tiba-tiba muncul gecko atau lebih dikenali sebagai cicak kukgo di sini (kalau kat terengganu orang panggil pokke rasanya). Besar la jugak saiznya. Budak-budak bila dapat tau, terus diorang kejar & tangkap. Kalau dijual mungkin laku kot. Hehehe. Tapi akhirnya cicak itu dibebaskan atas rasa belas kasihan. SEKIAN.

kukgo yang ditangkap, kemudian dilepaskan semula..

Isnin, 17 Januari 2011

ULANG TAHUN KELAHIRANKU

Hari ni, ulangtahun kelahiran aku. Terima kasih kepada yang wish melalui facebook. Penuh la nanti inbox emel aku dengan notification dari fb. hehehe.. memang tiada ape-ape sambutan dibuat sempena hari bersejarah ni. Macam rutin biasa je. Mengajar. Cuma aku telah menghadiahi diri sendiri dengan tiket flite pergi balik kuching-kuala lumpur untuk next week (dah lama dah book/beli ni). Nak harap orang lain bagi hadiah, memang takde la..huhuhu!

Kalau diikutkan, tiket flite ni lebih special. Aku akan naik flite firefly yang baru beroperasi 2 hari lepas. So, baru seminggu kapal terbang tu digunakan aku dah berkesempatan menaikinya. Harap-harap servis firefly tak mengecewakan. Tak sabar nak naik flite baru!
Route BARU Firefly, klia-kuching bermula 15 Jan 2011. Kapal terbang pun BARU, jenis 737-800. Lebih besar. Bukan yang jenis otter tu (ATR) yg kecil macam airplane Maswing tu.

Setakat ni, taktau lagi nak buat ape kat KL nanti. Aku tak balik kampung, maybe just round2 KL je kot. Sesiapa yang nak order kek lapis ke, ape-ape ke.. silakan.. Cuma belanja ar aku sket bila sampai KL nanti; belanja makan ke, belanja nengok wayang ke.. hehehe.

Sempena hari bertuah aku ni.. aku doakan semoga perjalanan hidup aku sepanjang tahun ni diberkati serta dapat menjalankan kewajipan aku sebagai hamba Allah dengan sempurna. Amiin. Dan aku berharap segala urusan seharian aku dipermudahkan-Nya. Harap-harap semua yang dirancang untuk tahun ni berjalan lancar.


Jumaat, 14 Januari 2011

KALAU BOLEH, SETIAP MINGGU..

Aku ni kadang-kadang malas giler nak update blog. Munculnya tahun baru ni, aku harap dapat mencoret at least satu post setiap minggu (semoga berjaya la harapnya!). Aku ni kurang sikit idea bila nak menaip.. selalu kering aje (walaupun banyak aktiviti yg aku buat dalam seminggu sebenarnya!)

Baiklah, last week aku ada pegi kuching. Tujuan utama nak angkut barang-barang kawan aku yang hendak berpindah dari serian ke saratok. Penuh kereta aku dengan barang-barang dia. Di kesempatan itu juga, aku sempatlah pergi ke pejabat imigresen di kuching untuk membuat pasport antarabangsa. first time ni. berbekalkan sedikit maklumat yang aku dapat dari internet, aku meneruskan hasrat aku tu. Aku pegi sana pada pagi sabtu. Memang bukak pejabatnya pada hari tu. Jadi, aku sudah siapkan semua dokumen yang penting sebelum ke sana. Untuk pertama kali buat passport macam aku ni, diingatkan supaya membawa dua keping gambar paspot, kad pengenalan, sijil kelahiran dan satu salinan bagi setiap dokumen tu..
Mujur aku sampai awal, dapatlah giliran ke-7. Proses membuat paspot agak lambat kerana hampir semua petugas imigresen tu adalah pelatih. Mereka sedang dibimbing oleh senior di kaunter. Setelah 20minit berurusan, akhirnya pemprosesan paspot aku diluluskan dan bersedia ke kaunter pembayaran. Sebelum aku lupa, paspot yang aku buat tu valid untuk 2 tahun aje dengan bayaran rm100. Kalau nak 5 tahun pun boleh, tapi bayarlah rm300. Jam menunjukkan pukul 8.35 pagi dan aku harus menunggu selama sejam lagi untuk mendapatkan paspot. Aku isikan masa terluang tu dengan surf internet guna henpon.

Dalam pukul 10.00pagi, aku dah settle semuanya dan sudah berada di kedai makan untuk breakfast. Laksa sarawak menjadi sarapanku. Kemudian tapau nasik campur sebelum menuju ke serian sebagai bekalan makan tengahari.

Isnin, 3 Januari 2011

KE LUNDU, SARAWAK

Pernah tak korang ke Lundu? Ianya terletak kira-kira 65km daripada area kuching. Terdapat sebuah pekan yang agak kecil di situ. Pekannya berada berdekatan sungai dan sekitar Lundu masih dilitupi oleh hutan hujan tropika yang nan indah.

sesuatu yang paling menarik di situ adalah terdapat sebuah taman negara. Gunung Gading National Park. Kat situ, korang boleh jumpa bunga yang terbesar iaitu rafflesia! Aku pernah ke sana akhir bulan november yang lalu..

Sebelum aku ke Taman Negara Gunung Gading, aku singgah pantainya. cantik jugak la viewnya. tapi tak secantik pantai-pantai di terengganu. (puji tempat sendiri nampak!). huhuhu. aku telah mengunjungi Pandan beach yang terletak kira-kira 8km daripada Taman negara itu.



Setibanya aku ke Taman Negara Gunung Gading, hujan renyai-renyai telah muncul dan aku telah membatalkan niat untuk menjejaki bunga pakma yang diimpikan itu. Aku tiba di situ agak petang dan tiada teman pula untuk melalui rimba rafflesia tersebut menyebabkan aku nekad tidak mahu mengambil risiko mengharungi secara seorang diri. Senang kata, aku tak masuk pun hutan tu.


Ahad, 2 Januari 2011

PANDUAN: BAKO NATIONAL PARK [PART 1]

Oleh kerana populariti Taman Negara Bako dlm blog ni terlalu tinggi (berdasarkan entry di sini), jadi aku letakkan sedikit maklumat yg pernah aku kumpulkan sebelum sampai ke sana. Check it out!

Taman Negara Bako terletak di pulau Borneo, di Sarawak, sebuah negeri di Malaysia Timur , dan rumah kepada monyet proboscis berhidung besar lagi pelik. Ini patut dilihat jika anda berada di kawasan itu. Bako menawarkan kepelbagaian landskap semula jadi yang terkumpul di kawasan yang agak kecil. Hutan hujan yang indah semulajadi dan pantai yang cantik adalah rumah kepada flora dan fauna yang banyak termasuk monyet hidung besar yang jarang dijumpai itu. Cuba jejaki monyet-monyet itu semasa air surut apabila mereka mendekati di pokok paya bakau yg terdedah. Terdapat 16 hutan denai berkod warna serta rumah persinggahan untuk penginapan semalaman yang bole ditempah awal. Periuk kera pula senang didapati di kawasan tinggi. Tapi ingat, berhati-hatilah dengan monyet (yg berada di sekitar chalet terutamanya), mereka adalah pencuri sangat cekap & jangan lupa untuk terdapat juga babi hutan!)

Sejarah

Bako taman negara tertua di Sarawak, yang ditubuhkan tidak lama sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan penuh pada tahun 1957

Rupa muka bentuk kawasan

Bako terdiri daripada tebing-tebing pantai dan bukit-bukau, dan menawarkan pantai berpasir halus yang dikelilingi oleh hutan. Hakisan pantai telah menghasilkan susunan laut yang menarik dan pembentukan batu. Cuba search gambar batu Sapi di TN Bako. Cantik

Flora dan Fauna

Khususnya, Bako terkenal sebagai habitat kepada kira-kira 150 monyet proboscis yang sangat terancam. Monyet di sini agak selesa tanpa gangguan jadi ianya jarang meluru masuk ke hutan apabila bertemu pengunjung. Satu lagi mamalia asli di Borneo adalah babi hutan. Biawak juga biasa kelihatan, membesar sehingga 2m panjang, dan dikatakan bahawa taman ini adalah terbesar terkandung pelbagai spesies cicak; terbang cicak boleh juga kadang-kadang boleh dijumpai.

Hidupan Liar adalah yang paling aktif sejurus sebelum senja, mungkin peluang berharga kepada pengunjung yg bermalam. Bako mengandungi hampir setiap jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh didapati di Sarawak, termasuk tumbuh-tumbuhan carnivourous yang sangat tersendiri. Terdapat tujuh jenis ekosistem: pantai tumbuh-tumbuhan, tumbuh-tumbuhan cenuram, hutan rawa (kerangas), hutan bakau, hutan dipterokarpa bercampur-campur, padang rumput tumbuh-tumbuhan (padang) dan hutan paya gambut


Cara ke Taman Negara Bako

Perjalanan untuk Bako dapat dicapai dengan kenderaan darat dan kemudiannya perlu/wajib menaiki bot.

Guna Bas = Menaiki bas dari Kuching Kampung Bako mengambil masa kira-kira 45-60 minit (merah bas nombor 1) dgn kos RM3.50. Bas meninggalkan ke/dari Bako kira-kira sekali setiap jam bermula dari kira-kira 0700 dari Kuching dan berakhir kira-kira 1730 dari Bako, tetapi jadual perjalanan ini tak semestinya on time. Anda boleh mendapatkan jadual harian di stesen bas 1 di Kuching (sebelah pasaran terbuka, berhampiran dengan masjid utama) pada waktu pagi.

Guna minivan = yang berlepas dari lokasi yang sama seperti bas sepanjang hari. Van mini ini boleh diperolehi dengan mudah tetapi akan bertolak apabila penuh, atau apabila penumpang menawarkan pemandu wang yang cukup. Minivan ini juga boleh disewa/charter dgn bayaran RM30 (dgn tempat duduk 5-7 orang). Minivan sekurang-kurangnya dapt menjimatkan hampir separuh masa berbanding bas awam.

Hotel dan pengusaha pelancongan juga menawarkan bas yang berulang-alik; sebagai alternatif & lebih dipercayai.

Bot = Apabila anda tiba di kaunter daftar Bako (di bangunan pejabat) beli tiket masuk anda (*Yuran Masuk: Dewasa: RM10, Kanak-kanak: RM5). Kemudian, minta bantuan kaunter bayaran supaya memanggil/menyediakan boatman. Setelah berurusan dengan boatman, gembirakan hati mudiki muara sungai Bako(30 minit perjalanan, RM47 satu bot untuk setiap perjalanan, max 5 penumpang setiap bot). Perjalanan bot membuatkan anda melalui pemandangan yang menakjubkan, sambil menikmati nelayan kecil & gelora laut. Bergantung pada air pasang surut, anda boleh diturunkan di jeti kecil yang berhampiran dengan ibu pejabat taman atau di pantai kalau air surut (bersedia mengharungi gigi pantai!).

Beritahu orang yg menjaga kapal anda apabila anda merancang untuk kembali dan dia akan menunggu anda di Jeti kecil. Perhatian: bahawa boatmen mungkin enggan mengambil kumpulan anda jika anda sedang menunggu untuk boatman yang dipersetujui sebelum ini, walaupun dia lewat. Bot memudik/menghilir mungkin bergantung kepada pasang surut (bot boleh tersekat jika air surut), dan cuaca, sebagai bot laju kecil tidak sesuai dlm keadaan ribut.

Selepas tiba dengan bot terus pergi daftar masuk terlebih dahulu di Pusat Maklumat National Park (kat Bangunan Administration) yg terletak dalam Bako NP ni.

Sabtu, 1 Januari 2011

TAMAN NEGARA BAKO

Kemarin iaitu hari terakhir tahun 2010, aku dengan gembiranya melakukan aktiviti cuti-cuti malaysia. Kunjungan ke Taman Negara Bako adalah pertama kali bagi aku sejak berada di bumi kenyalang setelah hampir 2 tahun bertugas di Saratok (tambahan pula, aku balik ke sarawak awal, jadi secara tak sengaja aku merancang aktiviti ni ;P).

Bosan la asyik pusing-pusing waterfront aje tiap kali gi kuching, pastu round2 shopping mall kat situ.. memang naik jemu! Asalnya aku takut gak nak gi ke Bako National Park (bukan National Geographic okey..), sekarang kan musim hujan, takut laut terlalu bergelora. Tapi, alhamdulillah cuaca sangat mengizinkan aku ke sana, cuma pada sebelah petang kelihatan langit sudah mendung.

Aktiviti utama yang aku lakukan kat sana adalah Trekking! Letih tapi seronok. Okey, sila baca rentetan aku ke Taman Negara Bako secara bersendirian. Sorang-sorang je tau!

Bertolak dari hotel (waterfront) pada pukul 8.30 pagi. Aku setkan GPS ke Jetty Bako. Dalam 35km jaraknya. Hampir pukul 9.00 pagi aku tiba di Jeti. Sampai kat sana, sila daftarkan nama anda dikaunter. Aku tengok ramai warga asing kat situ. Daftar kat kaunter tu kena bayar rm10. Just jot down your name & nationality there.

Korang kena berurusan dengan boatman kat jeti tu untuk ke Bako NP. Satu bot rm47 sehala. Aku kongsi dengan seorang foreigner dan 2 lagi local. Menurut notis yang ditampal kat jeti tu, pada musim tengkujuh (nov to feb), muatan maksimum penumpang untuk sebuah bot hanya 4 orang sahaja. Cuma rm12 aje yang aku bayar untuk sehala. Waktu balik pun sama. Yang lecehnya kat situ, nak cari geng supaya dapat kongsi sebuah bot. Asalnya kami sudah bertiga, nak cari sorang lagi 'ahli kongsi' tu yang payah.
Melewati pukul 9.30pagi, kami bersiap-siap pakai life jaket dan menikmati pemandangan muara sungai bako. Sampai kat pesisir laut, keadaannya agak bergelora. Walaupun cuaca agak cerah dan baik, namun laut masih bergelora. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 15 minit. Waktu kami sampai tu, air laut tengah surut. So, terpaksa la boatman tu drop kitorang kat tepi pantai je. Best la dapat main air kat gigi pantai tu bila turun dari bot.

Sorang foreigner dari Hong Kong minta supaya aku me- nemani nya trek- king. Tak Kisah. Aku pun sorang- sorang gak. Ada buddy best gak jalan2 nanti. So, kami berdua terus ke pondok pendaftaran (untuk langkah keselamatan tau) sebelum memulakan trekking. Asalnya aku nak pegi nengok sea stack, tapi buddy aku tu kata, better pilih trek yang tak lalu/guna jalan pegi-balik yang sama. Jadi kitorang guna trek Lintang's Trail. Trek ni akan pusing sebahagian kecil Bako NP. Jaraknya 5.8Km dan hampir 4 jam kami nak habiskan trek tu.

Korang boleh pilih pelbagai trail(trek) kat sini. Paling jauh 8-9 jam berjalan one way (yang ini konfirm korang kena camping kat sana). Lenkali boleh try trail tu pulak. huhuhu.

Sepanjang trekking tu, aku dapat la lihat monyet proboscis atau monyet belanda (hidungnya besar). Trek agak basah sebab maklumlah sekarang kan musim hujan. Pacat memang tak ada. Nyamuk pun kurang. Overall, trek still okey & tak terlalu mencabar fizikal.


Kami bermula pada pukul 10.05 pagi, dan habis trekking lebih kurang pukul 1.45tghari. Kami tak berhenti rehat tapi cuma stop kat satu-satu tempat untuk mengambil gambar. Biasalah, buddy aku ni kan orang asing. Teruja sangat nak snap photo-photo kat dalam hutan tu.


Sebaik sahaja selesai trekking, kitorang pegi ke restoren yang ada kat Bako NP tu. Harga tak terlalu mahal sangat. Aku makan nasi + sayur + ikan goreng dan air mineral botol 1.5ml cuma rm 6.50 je. Lepas makan, register for coming back(after tracking) at HR office dan terus gi kat jeti untuk pulang dalam pukul 2.30ptg.

Tips ke Bako National Park
1) Terdapat perkhid- matan bas ke sana dari kuching. Bas terakhir dari jeti Bako ke kuching adalah pada pukul 5 ptg.
2) Carilah geng untuk naik sebuah bot ke sana. Jimat sikit.
3) Boleh bermalam kat sana. Ada chalet. Nak camping pun boleh.
4) Sila bawa air minuman kalau nak trekking. Haus gak kalau round2 pun.
5) Kalau korang nak trekking aku ke mana-mana tempat kat Bako NP, sila bawak baju extra sebab nanti baju yang korang pakai tu akan basah lenjun. Macam aku. Nasib baik aku bawak baju extra.
6) Semua tempat-tempat menarik kat Bako NP agak jauh. Be prepare with your feet. Kalau sakit kaki, jangan pegi la..buang masa je. Pakai kasut yang empuk sikit :)

Perbelanjaan aku ke Bako NP
Entry fee per person = RM 10.00
Tambang pergi balik = RM 24.00 (sbb kongsi 4 org)
Makan tghari/lunch = RM 6.50
Jumlah besar = RM 40.50

Bacaan lebih lanjut --> BACA KAT SINI PANDUAN: BAKO N.P


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...