nuffnang

NUFF

Sabtu, 6 Julai 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 20 (JEJU NATIONAL MUSEUM)

Day 3 - Drebar bas tak tau Jeju National Museum? [7 jun]


Jeju National Museum ini terletak dalam kawasan Jeju-si dan ditutup setiap hari isnin serta 1 januari. Tiada admission fee, bermakna masuk adalah percuma! Waktu operasinya 9pagi hingga 7 malam kecuali keika musim winter yang hanya dibuka sehingga jam 6 petang.

Aku cuma punya waktu sekitar 1 jam 30 minit untuk cover dua tempat sebelum berlepas ke Seoul. Jadi aku kena cepat. Jam tangan sudah hampir pukul 11.15 pagi tapi aku masih terkial-kial menunggu bas untuk menuju ke Jeju National Museum.



Menurut pembacaan aku melalui internet, kita hanya perlu naik mana-mana bas selain no.100 atau 200 untuk ke sana dari Jeju Terminal Bus. Tapi.. meleset sungguh panduan ni!

Bas No. XX (tak ingat) berhenti dan aku dengan penuh konfiden naik. Sebenarnya tak konfiden mana pun lalu aku terus tanya drebar bas tu dalam bahasa Inggeris.

"Go to Jeju National Museum?"

aku dok ulang dua tiga kali perkataan yang sama

"Jeju National Museum?"
"Jeju National Museum?"
"......Museum?"

Sunyi sepi drebar bas tu. Then dia buat muka blur. Sama ada faham atau tak? Pastu dia bagi isyarat semacam dia tak tahu.

Aku malas nak ambil risiko jadi aku terus turun bas dan cari orang kat pondok bas tu untuk bertanya. Aku nampak seorang pompuan yang agak muda dan aku pun tanya lah kat dia. Tapi nan-hado dia tu faham bahasa inggeris. Orang korea ni memang baik, walaupun macam tu, dia cuba call kawannya yang boleh bercakap omputih!

Pompuan tu bagi telefonnya suruh aku bercakap dengan kawannya tapi bahasa inggeris dia tersangat aku tak boleh faham. Aku tanya lain, dia jawab lain! Sudahnya aku cari alternatif lain.

Baru aku sedar kat Jeju Terminal Bus ni ada Pondok Informasi. Betul-betul letaknya kira-kira 10 meter dari pondok menunggu bas tu je! Apasal aku ni rabun sangat!

Cepat-cepat aku dapatkannya. Apalagi selepas dapat info secukupnya, aku ikut apa yang diorang tulis atas kertas kecik sebagai panduan ke Jeju National Museum dan Yongduam Rock.

Ahjumma kat kaunter Informasi tu suruh aku naik bas no.26 dan turun di hentian Go uni Moru. Dah sampai hentian ini, lintas je jalan dan Jeju National Museum memang betul-betul depan mata!

Ambil pemplet, kat dalam muzium tak boleh ambik gambar..


laluan ke Jeju National Museum setelah masuk ikut pintu depannya..

parking lotnya..

taraaa..

sewaktu aku sampai, ada pameran patung buddha..

jeju national museum

model mini penempatan tradisional korea. yang ni boleh ambik gambar sebab kat pintu kelua-masuk museum

patung harubang



Next stop.. Yongduam rock!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...