nuffnang

NUFF

Rabu, 22 Februari 2012

RABU-MERAPU: CUBAAN UPDATE DARI MEDIAPAD

TRY
*update gambar tak berjaya*

Dalam percubaan ini (update pakai Opera yg ada kat mediaPad aku), aku nak bagi teka-teki yg terselit unsur kemanusian sikit;

"Dalam banyak-banyak bulan (jan hingga disember), bulan manakah orang perempuan akan bercakap paling kurang?"


.
.
.
.
.
.


Jawapannya..


.
.
.
.
.
.
.


senang aje ni, tak perlu fikir sampai lebam otak korang
guna math tahun 4 je..

jawapannya mestilah bulan FEBRUARI ! hehe..

Sekian

Selasa, 21 Februari 2012

KIRIMAN ITU TELAH KUTERIMA

Wah, tajuk entri ni kalau dibuat tema telenovela pasti takde orang berminat! huhu.. Apakah kiriman itu? Ianya Dikirim melalui mel(courier) udara dari syarikat Airpak.

Aku pegi ambil kat Kuching tau kiriman tu. Sanggup aku drive ke kuching yang terletak 4-5jam perjalanan tu. (sebenarnya memang ada niat nak pusing-pusing kuching hujung minggu baru-baru ni). Kiriman berbentuk bungkusan itu, boleh je di kutip kat saratok tapi ketidaksabaranku membuak-buak untuk menerima "nya".

Syarikat Kurier Airpak ada menghubungi aku pada jumaat lepas.

"Helo, saya Ellizeberth dari Airpak. Encik Zulfahami kah ini?"
"Iya, kenapa cari saya?"
"Ada bungkusan untuk encik, baru tiba"
"Oo.. jadi cik nak saya collect?"
"Betul, tapi kalau encik nak segera, sila datang ke ofis kami terletak di belakang Hock Lee Center, kuching"
"Eh, jauhnya. kenapa tak dihantar terus ke Saratok?"
"Boleh kalau encik kisah bungkusan ni sampai agak lewat kerana kami terpaksa menggunakan khidmat ejen untuk menghantar ke sana. Kami tiada cawangan di sana"
"Jika begitu, biar saya fikirkan dahulu.. nanti saya contact semula"

Jadi sabtu lepas, aku terus ke kuching mendapatkan bungkusan sambil cuci mata di kuching. hehe. Akhirnya Huawei Mediapad ku tiba jua. boleh la ber-internet dgn santai & sambung semula main angry bird.
mediaPad yg tidak se-gah samsung galaxy tab tetapi lebih banyak kelebihannya..

kelebihan: kamera 5mp, skrin yg tinggi resolusi dpi, support HD, duo core prosessor, yg penting lebih murah berbanding galaxy tab 7.o

android honeycomb 3.2 dan boleh di upgrade kepada android ice-cream sandwich 4


p/s- harap lepas ni, aku dpt sambung balik entri pengembaraan ke padang-bukittinggi selepas dpt mood baru ni..

Rabu, 15 Februari 2012

RABU-MERAPU: ROKOK

Entri kali ni kurang merapu sikit, aku nak cakap-cakap pasal rokok. Baca bibirku R-O-K-O-K. Aku bukan seorang perokok dan agak kurang selesa dengan kaki perokok. Kenapa ada sesetengah manusia suka merokok? Dah tau kesan merokok membahayakan kesihatan termasuk ‘kesihatan’ poket/duit tetapi masih buat derk je.

Bagi aku tak hebat langsung aku tengok orang merokok. Terang-terangan menunjukkan jati diri yang lemah dan mempamerkan diri seorang yg tak ada kekuatan rohani. Harap korang paham la maksud tersirat poin yang aku tulis tu.

Antara faktor yang aku tak tahan dengan rokok sebab asapnya. Boleh naik pening kepala aku duduk kat sebelah perokok lama-lama. Secara teori sains, kekurangan bekalan oksigen la penyebabnya. Korang ingat asap rokok banyak oksigen ke? Kalau asap hasil hembusan rokok lagi la kurang kandungan oksigen, malah lebih banyak toksiknya! Perokok sekunder seperti aku la mangsanya! Celaka!

Alhamdulillah, ke semua kawan rapat aku tak merokok, tak kira kawan sewaktu sekolah dulu, sama belajar kat U atau rakan sejawat. Semoga aku di kelilingi oleh manusia yang bukan perokok.

Kepada perokok, harap-harap korang paham la keperluan bukan perokok. Kami (anggota non-smoker) amat memerlukan ruang selesa untuk bernafas terutamanya di tempat awam. Hijau kan lah bumi kita..eh, apa kaitan pulak ni? hehe

Ahad, 12 Februari 2012

TRAVEL: PADANG - BUKITTINGGI


Kalau ada cuti yang agak panjang, aku sedaya upaya cuba manfaatkannya untuk memenuhi impian aku; melancong. hehe. Meskipun cuti umum maulidur rasul tak panjang, tapi aku masih menggunakan kesempatan ini untuk mengembara ke Indonesia.

Lokasi tuju kali ini adalah Bukittinggi yang terletak dalam wilayah Sumatera Barat (disingkatkan jadi Sumbar). Berbekal tiket tambang murah yang dibeli tersangat awal (10 bulan lalu), mujur la tiada problem pada tarikh penerbangan tu.

Overall, kembara ke bukittinggi agak best dan aku rasa lebih selesa berbanding ke Medan tahun lalu. Orang sumbar agak boleh diharap dan jarang jumpa yang mahu ambil kesempatan, kotanya tak terlalu macet, kehijauannya terasa nyaman sepanjang perjalanan ke bukittinggi kerana terletak di kawasan tanah tinggi.

Sebelum ingatan aku makin pudar, silalah baca catatan kembara aku di mana ianya dilakukan secara solo aku. Aku ke sana cuma sebagai backpackers dan tanpa ditemani sesiapa! Tapi kepuasan terjana sebaik sahaja misi aku ni tercapai. Korang patut cuba! haha. Dan tiada seorang pun ahli keluarga tau aku menjayakan misi ini.

BACA SINI juga - trip berkumpulan ke PADANG-BUKIT TINGGI

Jumaat, 3 feb 2012
Kereta dipecut dari saratok ke kuching (4.5 jam) supaya sempat naik flite AK dari kuching ke kuala lumpur. Setelah delay hampir setengah jam, aku naik ke perut kapal terbang dengan mata yang mengantuk. Sebaik pesawat berlepas, aku turut berlepas dari alam nyata(tidur la tu..), kononnya mahu dapat tidur secukupnya. Pesawat mendarat dengan selamat di lcct jam 2235. Keluar dari airport, terus aku ke Food Garden cari port nak lelapkan mata. sementara tunggu mata jadi kuyu sempat la aku charging bateri henpon sambil cari maklumat tentang tempat yg akan dituju keesokannya.




Sabtu, 4 feb 2012
pukul 1pagi, mata dah mengantuk sangat & aku tidur dalam keadaan duduk, kepala dibantalkan dengan beg beg atas meja. Memang tidur-tidur ayam je.. beberapa kali aku terbangun kemudian sambung semula. Jam 3.30 pagi mata aku tak mau lelap. mungkin tidur dalam keadaan kurang selesa kot! Kemudian aku sekali lagi surf internet pakai henpon dan bersarapan tepat jam 5pagi. takut kelaparan. Then, pergi check-in dan tanpa diduga terjumpa rakan sekolah & universiti. Berborak-borak la kami. Kawan aku tu mahu ke Jogjakarta. Solat subuh dan landing kat kerusi di Gate 3 menunggu kehadiran pesawat.

Pesawat berlepas lewat 10 minit daripada waktu asal iaitu jam 7.50pagi. Sampai di Bandar Udara Minangkabau, Padang jam 8.05 waktu tempatan. Perjalanan agak singkat cuma 1jam 5min sahaja ke sana. Seperti biasa, aku akan bawak pen kalau pergi keluar negara, senang nak isi form. Barisan agak panjang untuk melepasi imigresen indonesia sebab cuma 2 kaunter saja dibuka kepada foreigner. Hampir 45minit aku berbaris.

Sebaik kaki melangkah keluar dari balai ketibaan, kelihatan ramai pak supir dan travel agen memegang nama-nama klien mereka. Nama aku takde la, sebab aku kan gi sebagai backpacker. hehe. Berdasarkan pembacaan aku melalui internet, ada bas yang beroperasi di berdekatan luar balai ketibaan. Menapak beberapa meter ke kiri pasti akan terjumpa bas tranex.

Aku naik bas tersebut, sempat berbual dengan seorang makcik dan konduktor bas tersebut.

"Anak dari mana?"
"Dari Malaysia, bu"
"Sendiri?"
"Iya, gi mana mahu ke Bukittinggi?"
"Bis ini akan henti di Traning, kelak ambil 'trafel' ke Aur Kuning"
"Pernah datang ke sini?"
"Nggak pernah, cuma pernah berlibur ke Danau Toba(medan) dan Bali"

banyak lagi yang dibualkan dan aku bertutur sekejap berbahasa melayu, sekajap indo.. huru hara!

Bas bergerak dalam jam 9.05 dan turun di hentian transit yang namanya Traning 30minit kemudian. Di situ aku naik minivan yang akan membawa diriku ke Aur Kuning, Bukittinggi. Minivan akan berangkat sebaik sahaja ianya dipenuhi dengan penumpang. memang padat dan aircond pula tak terasa. panas. Perjalanan mengambil masa lebih 2 jam setengah! berkematu ponggong aku. haha. Dipertengahan perjalanan, hujan turun mencurah-curah, baru la terasa agak dingin ditambah pula minivan(trafel) sedang menaiki kawasan tanah tinggi. Kalau tak silap aku, mungkin dalam kawasan lembah anai ada sekali minivan tu berhenti. Motif? penjual makanan akan buka pintu minivan dan kalau korang lapar, boleh la beli jajan yang dijual. Kekacang, kuih, kerepek dan pelbagai lagi makanan tempatan yang aku pun tak kenal.

Tambang bas, Bandara ke Traning(transit) = 18,000 rupiah
Tambang trafel, padang ke bukittingi = 16,000 rupiah
Tambang angkot, aur kuning ke pasar atas = 2,000 rupiah


Setibanya di Aur kuning (hentian terakhir), semua orang turun. Dengan bantuan seorang uncle(penumpang disebelah aku), dia menahan angkot dan meminta pemandunya bawakan aku ke Pasar Atas (tempat ini umpama sentral bagi kota bukittinggi). Sampai je kat situ, pemandu turunkan aku dan minta cross supermarket Ramayana untuk sampai ke Pasar Atas.i,

Setibanya di Jam Gadang yang terletak betul-betul di depan supermarket ramayana dan pasar atas, aku terus snap beberapa gambar. ketika itu hampir pukul 4.00 ptg. jadi aku tidak membuang masa untuk mencari tempat penginapan.

Berdasarkan gerak hati, aku mengambil arah bertentangan dengan pasar atas untuk mendapatkan hotel. Penginapan pertama yang aku jumpa adalah hotel Ambun Suri, lepas ditanya hotel ini dah full rupanya, pastu aku jalan lagi jumpa satu lagi hotel (lupa namanya) tapi ratenya agak tinggi dan hotel terakhir yang aku jumpa di mana adalah hotel yg menjadi pilihan penginapan aku adalah Hotel Yuriko. Ratenya agak berpatutan.

Sebelum aku setuju menerima hotel ni, aku membuat satu permintaan di mana pihak hotel perlu menyediakan/mendapatkan khidmat transfer ke airport (sebab flite aku awal pagi, jadi sukar nak dapatkan pengangkutan awam!). maka pihak hotel telah menelefon teksi. Dapat. pemandu teksi mahu dibayar 300,000 rupiah kerana terlalu awal pagi, namun selepas berbincang, dia sanggup kurangkan kepada 250,000 rupiah saja. Tak kisah la. Janji aku sampai airport mengikut ketetapan waktu. Di samping itu juga, aku cuba mendapatkan khidmat sewa motosikal tetapi pihak hotel tak menyediakannya. Atas inisiatif receptionist a.k.a penyambut tetamu hotel, dia telah banyak membantu aku. dia telah menelefon saudaranya dan akhirnya aku diberi dua pilihan sama ada mahu menyewa motosikal iaitu 65,000 rupiah/hari atau menggunakan khidmat kereta sewa berharga 450,000 rupiah/hari (termasuk driver+minyak). Jadi aku mengambil keputusan menggunakan kereta sewa berserta driver kerana cuaca ketika itu agak tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan.

Selepas menyimpan beg dalam bilik, aku turun untuk menjelajah kawasan sekitar. hotel ini berada tidak jauh daripada lubang japang berdasarkan peta yang aku dah print siap-siap. Lubang japang ni terletak dalam Taman Panorama. nak masuk kena bayar. Dah lupa berapa entrance fee nya..

*akan disambung lagi*





Khamis, 9 Februari 2012

LAWAN SEPAK BOLA

Perlawanan persahabatan bola sepak antara staff SK Nanga Grenjang dan SK Nanga Budu telah berlangsung petang tadi bertempat di Padang Sekolah SK Nanga Budu. Hujan turun agak lebat namun tidak mematahkan semangat kami. Perlawanan dimulakan agak lewat kira-kira jam 5 petang. Habis lenjun pakaian kami meredah hujan demi meyempurnakan perlawanan yg telah diatur ini. Kesudahannya kami kecundang tapi tak kisah sebab kami lebih bergaya berbanding pihak lawan. Kenapa?

“Wah, merah-merah semua baju korang!”

“Hehe.. merah tu tanda bersemangat”

“Cantik la design ni, tak boleh jadi.. nanti pihak kami pun nak beli jugak”

Jersey kitorang murah je.. tapi bila semua pakai, nampak macam hebat kann?”

“Ye lah..”, dibalas pendek oleh Cikgu Lan (pihak lawan) dengan agak cemburu.

Kami menang bab bergaya.. bergaya dengan jersey merah tertera nama sekolah.

Inilah jersey itu. Jersey yang baru dibasuh selepas berhempas pulas menandingi kehebatan pihak lawan.

Saat ni (ketika menaip entry), kaki aku terasa amat lenguh dan sengal-sengal belum lagi hilang. Matilah nak bertugas esok, jawabnya berjalan terhencot-hencot la esok pagi!

Rabu, 8 Februari 2012

RABU-MERAPU: RESTOREN JAMBAN

Orang kata, kalau nak tahu seseorang itu pembersih atau tak, pegi la check toilet di rumah mereka. Tapi kalau masuk restoren ni cemana? (apa kaitan ayat pendahuluan aku dengan persoalan restoren ni?? Musykil. Haha)

Anyway layan anak tekak korang dengan restoren terindah ni..


Enaknya aiskrim ni

Restoren ni sebenarnya diusahakan di Taipei, Taiwan. Namanya Modern Toilet dan dijangka premis ini tidak akan bertahan lama tetapi sejak tahun 2004 sehingga sekarang ianya semakin berkembang kerana konsep unik itu. Kalau korang nak try, restoren yg berkonsep sama ada di malaysia, silalah ke pulau pinang dan terjah sebuah kedai dalam queensbay mall.



Rabu, 1 Februari 2012

RABU-MERAPU: TIPS BASUH MUKA

Untuk mengisi masa terluang, setiap rabu aku akan tulis sesuatu yang merapu lagi mengarut. kalau korang nak percaya, ikut sukahati korang la.. sebab semuanya adalah m-e-r-a-p-u.

Sebagai permulaan aku nak kongsi tips cemana nak bersihkan muka korang supaya menimbulkan seri dan kelihatan muda.


tips 1: Perasan tak bila korang bangun tidur pada waktu pagi. Memang muka cam jahanam, kalah geng enam jahanam. Jadi sila la bergegas ke toilet. Basahkan tapak tangan dan sapu ke muka. hilangkan tahi mata yang berketul-ketul serta air liur basi. Basuh muka lagi, kemudian lengan tangan, anak rambut, telinga dan kaki disertai niat berwuduk sebelum memulakan semua ni. Hehe. Pasti muka jadi akan lebih berseri kalau kita bersolat subuh selepas tu.

tips 2: Percaya tak muka berjerawat boleh dihilangkan dengan teknik basuhan yang betul? (dah bagitau awal-awal entry ni mengarut pun masih nak percaya?). Sembankan muka anda kat sinki dan mulakan langkah berikut. Ambil ubat gigi, letak pada berus gigi dan gosok gigi anda selama 5minit kemudian jelirkan lidah. Tahan. Berus lidah anda sekurang-kurangnya 3 kali. Kemudian, basahkan kain dan lapkan sekitar bibir. berkumur-kumur seketika. Laaa.. kenapa banyak sangat step ni? Bodo la korang baca tips ni..haha. Pakai aje oxy, ingat boleh ilang jerawat stakat basuh muka? Bengap!

tips 3: Muka berminyak? Basuhla dengan air sabun atau detergen. Bilas dengan air. Ni la yang aku blaja masa ambik kimia masa SPM dulu. Semua ni berkaitan dengan sifat hidrofobik dan hidrofilik bahan tu. Yang tak paham tu, siapa suruh tak ambik kimia.. Tips ini hanya berguna kalau muka terkena percikan minyak masak, petrol/diesel/kerosin atau minyak gris. Muka berminyak secara semulajadi jangan tiru. nanti orang sebut, bodo ke diri! hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...