Okey, okey.. ini kisah bulan lepas sebenarnya. Sebelum aku meng'clear'kan kamera aku, jadi baik aku masukkan beberapa gambar dalam blog aku sempena trip aku ke penang aritu.
Aku ke Penang bukannya seorang diri, tetapi ditemani dengan seorang kawan iaitu orang sarawak yang tak pernah jejak ke negeri jolokan pulau mutiara itu. Kawan aku ni bukan lah cikgu seperti aku, tapi PPM kat skolah aku. Tau tak PPM tu ape? Kalau jawapannya Pemangku Perdana Menteri memang jauh panggang dari api la jawapan tu..huhu. PPM tu tu sebenarnya singkatan untuk Pembantu Pengurusan Murid. Nak tau lebih lanjut, sila google je..
Flite kami dari kuching asalnya pada sebelah petang tapi telah di-retime oleh Air Asia kepada sebelah pagi (2 julai). Kami sampai di Airport Antarabangsa Penang pada kul 11 lebih. Cuaca cukup okey. Sesampai je kat situ, kami terus ke kaunter Hertz (Simedarby car rental) kat airpot tu. Aku dah booking online sebelum tu, just berurusan kat kaunter sekejap dan kereta Hyundai Matrix jenis auto dah dapat. RM88 sehari. Dapat je kereta, terus kitorang gerak ke Balik Pulau. Ya Rabbi, jalannya sungguh berliku! Tujuan utama ke sana adalah untuk mengelilingi pulau pinang tu..
Okey juga Hyundai Matrix ni, selesa.. berbaloi dengan sewanya.
Sepanjang jalan dari Balik Pulau ke Teluk Bahang Dipenuhi pokok durian. Musim durian maaa..
Dah sampai kat empangan ni, bermakna dekat aje lagi nak tiba di Teluk Bahang.
Kat Balik Pulau, kitorang mengkedarah terlebih dahulu. Aku makan pasembor dan kawan aku tu makan nasi campur dengan kuah kari. Duduk bawah pokok kat gerai mamak. Pastu perjalanan diteruskan dengan menuju ke Teluk Bahang. Amboi, jalannya lebih teruk dan dipenuhi lebih dahsyat lagi selekoh-selekoh. Selepas melalui Teluk Bahang, bergerak pula ke Batu Feringghi. Then seterusnya terus mencari hotel yang telah dibooking awal menerusi airasiago.com, bertuahnya ketika aku booking tu ada promo 50% diskaun. Just RM90++ je termasuk breakfast. Hotel Continental yang terletak kat area bandar georgetown cukup strategik pada aku. Hotel 3 bintang ni agak luas & siap ada freezer lagi! Parking juga free. Tapi rugi pulak aku amik pakej breakfast sebab flite kami awal-awal pagi lagi. tak sempat. Ni kes Air Asia selalu retime flite dia, tapi tak kisah la..
Sesampai je kat hotel, terus kami mandi dan pastu pusing-pusing sikit area bandar. Nak ke bukit bendera tapi tersesat sampai kat garden apa-ntah? hehehe.. Lepas tu, driving ke jambatan pulau pinang. Masuk ke Seberang Perai jap pastu kuar balik, masuk semula ke jambatan dengan bayaran tol 7 hengget. Round balik kat area airport bayan lepas. Kemudian dah letih jalan-jalan kitorang balik hotel semula. refreshkan diri. Sempat lagi mandi kat pool hotel.huhuh..
Tak jammed pun, driving slow aje kat sini
Jangan lupa, jambatan pulau pinang ni adalah jambatan terpanjang di asia tenggara!
Selepas je siap-siap mandi kat pool hotel (dah senja ni), kitorang ke Jalan Chowrasta yang terletak kira-kira 450m dari hotel. Jalan kaki je ke sana. Apalagi sampai je kat situ, kami memborong jeruk dan buah pala. Beli servenir sikit. Sempat lagi masuk Mydin. hehehe.. pastu kitorang round dengan keter bandar Georgetown tu pada waktu malam. then, balik hotel mata dah mengantuk. Esoknya awal-awal pagi lagi kami gerak ke airport. Walaupun tak sampai sehari kami kat Penang, tapi trip ni best! Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan