24 Julai, Dewan Makan SK Nanga Grenjang
LAKSA SARAWAK BY CHEF DINA
Setelah lama memikirkan menu untuk cabaran kedua ini,sy
mmilih utk membuat “laksa Sarawak ” yang simple
tp leceh..yg penting sedap yo….. ini kali pertama sy membuat laksa so,agak krg
sikitlah rasanya. Bahan2 sampingan tu blh tkr ikt citarasa masing2.
Bahan-bahan;
Bahan-bahan utk membuat kuah laksa
Pes laksa Sarawak
Air rebusan ayam
Santan
Kiub tomyam,garam dan perasa
Bahan-bahan sampingan;
Mihun (dicelur terlebih dahulu)
Ayam yang telah direbus n dicarik2 isinya
Telur dadar yang dipotong halus
Bawang goreng
Daun bawang dan cili
*Lobak merah dihiris halus(menggantikan sayur taugeh)
*fish cake,crab cake,sotong dan udang
(*dicelur terlebih dahulu)
Bahan-bahan membuat sambal belacan
Cili dan belacan yang dibakar terlebih dahulu
Limau
Sedikit gula
Wahhhh….byk kan
bahannya,tp bhn2 sampingan tu blh ditukar mengikut citarasa masing2. Apa yang
penting adalah kuahnya.
Cara penyediaan kuah laksa
1 Rebus
terlebih dahulu ayam sehingga masak. Angkat ayam dan carik isinya sementara itu
air rebusan ayam tadi jangan dibuang.
Sebelum masak kuah, sediakan bahan lain dulu.. bawang goreng dan daun bawang dipotong halus
Sediakan pula lobak(pengganti taugeh), udang, sotong, fish cake dan crab cake yang dicelur.
dan paling penting, celur mihun sehingga lembut..
2 Masukan pes
laksa Sarawak ke dalam air rebusan ayam itu
dan biarkan ia sehingga menggodak(mendidih). Setelah menggodak,tutup api n
tapiskan air tadi untuk membuang hampas2 pes laksa tadi. Kenapa hampasnya mesti
dibuang?? Utk mengelakkan kuah kt menjadi kuah majun(ubat untuk wanita lepas
bersalin)..hahaha..
3 Stlh
dtapis,masukkan santan, kiub tomyam,garam dan perasa dan masak sehingga
mendidih.jika kuah tadi ckp lemak,berkrim dan rasa,blhlah padamkan api.
nyaris terlupa untuk sediakan telur dadar ni. telur dadar ni potong nipis memanjang ya!
Cara penyediaan sambal belacan
2 Cecah dengan
limau kalau nak..
Cara nak makan(hehehe)
Letak
mihun,lobak,fish cake,crab cake,isi ayam,daun bawang,bawang goreng
udang,sotong dan cili. Lepas tu,letak kuah n siap!!! Nikmatilah ia dengan
sambal belacan bintulu yo…
laksa sarawak yang dimasukkan dalam bekas untuk diberi kepada cikgu bugak
CABARAN KEDUA DAN TERAKHIR “MONSTER CHEF 2013” part 2
CUCUR SEAFOOD ALA
GRENJANG
Menu seterusnya adalah cucur seafood..grand jer nama tp
sebenarnya cucur udang biasa jer,Cuma tambah sotong. Credit to miss hanis
kerana tolong gorengkan…tqvm. Jasamu dikenang hahaha….
Bahan-bahan:
Setengah bijik bawang besar
Daun bawang
Cili
Udang
Sotong
Tepung
Garam dan perasa
Air
Cara-cara penyediaan;
1 Potong dadu
bawang besar,cili dan daun bawang. Udang dan sotong dihiris sedang2 besar dan
masukkan kedalam bekas bersama bawang,cili dan daun sup.
2 Masukkkan
tepung dan campur sedikit air dan kacau hingga sebati dan pekat sedikit. Lepas
tu goreng sehingga ia kekuningan. Siap,enak dimakan dengan sos dari Terengganu.
yummehh!!
Setakat ini sahaja cabaran monsterchef 2013 saya pd Ramadan
kali ini. Semoga tahun depan kita akan berjumpa lagi. Thanks to my frens Chef
Ejan, Chef Fahmi,Chef Hanis dan Chef Azizi kerana sudi merasai hidangan saya
yang grand gitu…hahahaha.grand lah sangat……. Selamat Hari Raya
Aidilfitri..excitednya…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan