nuffnang

NUFF

Selasa, 4 Mac 2014

[TRAVEL] Short Trip Ke Krabi (Part 3) - Misi Mencari Sarapan Murah Di Ao Nang

Sambungan dari kisah [TRAVEL] Short trip ke Krabi (Part 2) - Pakej 7 islands 

Kalau tak silap, aku pulang dari pakej 7 pulau tu jam hampir 9malam. Berlabuh je kat Ao Nang Beach, aku terus mengorak langkah menuju ke hotel. Baju & seluar aku masih basah dan aku tak hirau orang pandang semacam sepanjang berjalan pulang ke hotel.

Suasana pada waktu malam sangat meriah. Macam ramai pulak orang yang aku berselisih berbanding waktu siang. Mungkin ramai yang keluar beraktiviti pada siang hari kot? Malam mereka lepaking kat sekitar Ao Nang ni.

Sampai hotel, aku laju-laju menuju ke bilik kononnya tak mahu ditegur-sapa dengan pekerja kat hotel tu. Ya lah, baju aku masih basah berserta selipar penuh dengan pasir yang melekat, nanti marah pulak mereka.

Tapi, salah seorang pekerjanya yang boleh bertutur lancar bahasa melayu sempat bertanya khabar. Mujur dia memahami.. kalau tak, mungkin makian yang aku terima! 

Lepas mandi dan membilas diri dengan air pili, baru badan terasa selesa sikit. Nak tunaikan tanggungjawab pada Sang Pencipta pun rasa tenang. Pastu aku terpikir dan ronda-ronda kat sekitar Ao Nang, tapi terlupa bawak kamera pulak. Henpon sedang dicas pulak..

Kalau diikutkan perancangan lama, malam ni aku pergi ke Pasar Malam di Krabi Town, tapi memang tak sempat la sebab dah lewat. *harap ada kali kedua peluang melancong ke Krabi lagi. 

Menapak pelahan-lahan sambil perhatikan gelagat orang aku ni sebenarnya. Signal lenguh-lenguh kaki mula melanda bila aku masuk kedai 7E sebelah McDonalds, maka terus aku balik bilik dan tidur.

23 FEB (Ahad)
Aku bangun awal pagi tu. Usai solat subuh aku bersiap-siap dan mahu menuju ke Pantai Ao Nang. Kononnya mahu memburu Sunrise. Tapi, perut lebih mahu diisi dulu, makanya aku pun membatalkan hasrat mengejar pancaran fajar. Lagi pun, Pantai Ao Nang lebih sesuai untuk Pemburu Sunset.

Kelmarin, banyak kedai makan dan restoren aku jumpa kat area Masjid. Jadi aku bercadang mencari makanan kat situ. Kalau restoren banyak yang tutup di awal pagi tapi gerai-gerai kecil lain pulak ceritanya. Biasanya mengalu-alukan kehadiran pengunjung!

Selain misi mencari sarapan, aku selitkan juga misi menyenaraikan kedai-kedai makan yang ada di sekitar Masjid tu. Aku berjalan sambil snap beberapa buah kedai makan dan restoren muslim/halal yang ada.

Sampai kat satu selekoh yang agak tajam dan tak jauh dari A Hud Restaurant, ada sebuah warung yang dipenuhi warga tempatan dan aku terus terfikir sama ada harganya murah atau rasanya cukup umpph atau kombinasi kedua-duanya sekali.


Nampak tak makcik yang pakai baju pink tudung hitam tu? Aku tapau sarapan dari gerai tu la.. murah!
Kat sebelah warung tu, ada makcik bertudung dan anak-anaknya (barangkali?) menjual pelbagai jenis kuih dan makanan berat menjaja dari gerai kecil. Pengunjungnya juga bertali arus mahu membeli di situ. Aku pun turut serta juga. Berlagak macam orang tempatan.

Aku ambik apa yang aku nak makan dan bila tiba saat membayarnya penjual lelaki (anak makcik bertudung tu kot?) berdialog dalam bahasa siam dengan aku. Sepatah haram aku tak faham, aku main angguk je pastu bagi duit besar *sebab taktau dia sebut harganya berapa..*

Suprizingly, sangat murah harganya. Aku kira baki yang dia kasi.. Wah, cuma 55 Baht sahaja makanan yang aku beli! Aku tapau nasi goreng kerabu combined with mihun goreng, seketul ayam goreng, sebekas kecil pulut manis dan 3 biji kuih bersalut gula (semacam kuih keria tapi diperbuat dari tepung pulut; aku tak tau namanya).


Sarapan yang berbaloi dan murah, 55Baht je semua ni.. Tapi nasi goreng kerabunya tersangat la pedas berapi, tapi aku memang suka pedas. Overall rasa makanan ni sedap pada lidah aku..
Pastu aku balik bilik hotel dan melantak sebelum mandi pagi. *opss.. kantoi keluar membeli sarapan dengan bau busuk tak mandi, hahaha.. tapi I gosok gigi tau!

p/s- kali ni mood aku tengah rajin menaip. 

TIPS
Senarai Kedai Makan halal / Restoren muslim dari McD hingga sekitar Masjid


1. Me Mee Restaurant

2. Lemon Restaurant

3. Bamboo Restaurant

4. Fareeda 


5. Adam Thai Restaurant


6. Arnijj Seafood


7. Halal Restaurant


8. Charina Restaurant


9. Food Restaurant




10. Sareefah


11. Hasna

12. A Hud Restaurant



13. Chaba




14. Rohanee Rest.


15. Sakoda Halal Buffet


16. Ting Rest.



Okey, kat sini aku nak share map restorean atau kedai makan halal / muslim di sekitar McD dan masjid Ao Nang. Semua kedai ni terletak di tepi jalan utama ke Pantai Ao Nang. Landmark aku ada catatkan juga kat map ni. Mungkin ada yang tertinggal dan terlepas pandang. Harap dimaafkan.

Letih aku cuba buat map ni. Maaf kalau ada lokasi yang tidak tepat kerana daya ingatan aku yang terhad dan aku main agak-agak je sebenarnya bila ianya dipetakan

Ada beberapa lagi gerai kecil dan warung halal di sepanjang perjalanan/laluan peta yang aku kasi tu. Antaranya adalah;

Gerai jual Burger yang terletak di bertentangan (seberang jalan) dengan restoren Charina & Food Restaurant. Waktu siang tak bukak rasanya.

 \

Burger pizza pun ada!
Ada juga beberapa gerai kecil/penjaja dari masjid hingga ke restoren Sokada. Harganya mungkin lebih murah. Misalnya gerai yang aku beli breakfast pagi tadi tu.








Kat area kedai serbaneka 7E bertentangannya ada gerai kecil macam kat bawah ni



Lepas aku tapau dan merayau-rayau dalam misi hunting kedai makan halal tu yang masih awal pagi tu, aku makan kat bilik hotel dan aktiviti seterusnya adalah berkeliaran mencari cenderamata untuk di bawa pulang.

Of Koz la kena pergi ke Pantai Ao Nang sambil cuci mata.. melalui pembacaan aku di internet, kata orang kalau beli cenderamata di Ao Nang lebih mahal berbanding di Krabi Town. Jadi aku berfikir lagi sama ada nak ke Krabi Town atau shopping je kat Ao Nang..


9 ulasan:

  1. Mmg betul byk kedai halal food d aonang tp kebanyakan bukak mlm puas kami mencari kedai utk sarapan huhuhu kenapalah jm baca entry ni lepas blk dari krabi. Mesti ada misi repeat pastu nk refer sini thsnks for the info :-)

    BalasPadam
  2. google...terjumpa blog awk. sy baca utk preparation seblm sy ke krabi 29/8/2014 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ..harap mengutip sedikit info yg berguna dari sini. Selamat bercuti & semoga cuaca cerah sepanjang di krabi nanti!

      Padam
  3. thanks for the entry, tak sabar nak pergi Krabi walau pun awal tahun depan tapi saya teruja sebab saya akan membawa 4 orang ank2 saya ke sana. Anak2 saya terlalu cerewet pasal makan tapi memandangkan entry awak ni lengkap...saya gembira...terima kasih yer..

    BalasPadam
  4. Melancong ke Medan, Indonesia pon sangat bajet sebenarnya.. Saya menyediakan pakej bajet yg pasti menyeronokkan...everyone can enjoy! 0175367426 insyi

    BalasPadam
  5. Lemon restoran. Sedap amat berpuas hati. Harga mngkin skt mahal banding dgn satu restoran halal yg sy test mlm sebelum. .tk berpuas hati.. Atau boleh juga dpt makan utk mlm atau pagi di gerai halal tepi jalan. Ramai pelancong pelbagai negara yg makan di sini, harga amat berpatutan. Baru sy survey mlm tadi ..breakfast pg td dr sini ..sedap dn murah . peniaga juga boleh berbahasa melayu. Waktu mlm mmg happening!!

    BalasPadam
  6. Salam. Jika berminat untuk ke Krabi Hatyai pd cuti hari Buruh dan Wesak30Apr-4May 2015. Tempat terhad..hanya Rm690 termasuk pengangkutan dr Kl, hotel, makan, snorkeling, emerald pool, floating market dan tour. Berminat hubungi saya Aini di 0162178290. Terima kasih.

    BalasPadam
  7. good blog thanks membantu sy mencari halal food.

    BalasPadam
  8. Baru balik dari Krabi. Ambil pakej murah sebab penginapan jauh. Driver bawa tempat makan yang mahal. Terkena juga...he...he.. Terima kasih atas info. Lepas ni saya nak bawa sendiri lagi bagus. he....he...��

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...