nuffnang

NUFF

Khamis, 11 Julai 2013

10 TEMPAT MENARIK DI JEJU WAJIB DIKUNJUNGI OLEH PENCINTA ALAM

Senarai tempat menarik di pulau jeju yang segar dan semulajadi ini dibuat berdasarkan pilihan aku sendiri. Mungkin bagi orang lain, ianya biasa-biasa sahaja. Ada di antara tempat menarik berikut yang tidak pernah aku jejaki namun teringin sangat aku nak pergi.

1. Seongsan Ilchulbong
Tempat yang sangat nature dengan lokasi yang unik. Terdapat peninggalan bekas kawah volkanik dan jangan lepaskan peluang mengunjunginya pada waktu fajar untuk melihat matahari terbit ketika berada di puncak Ilchulbong!
aku pergi ke sini cuacanya berkabus, tak seperti gambar dalam tiket sebelah kiri tu..

2. Gua Manjanggul
Merupakan saluran lava bawah tanah yang agak luas dan dikatakan panjang saluran lava ini menjangkau 13km. Akan tetapi, ianya hanya dibuka sejauh 1km sahaja kepada orang ramai. Warisan dunia yang diiktiraf UNESCO ini, memiliki kesan-kesan geologis pada dinding guanya dan suasana nyaman dapat dirasai ketika berada di dalamnya.

entrance di pintu gua

3. Kawah Sangumburi
Saksikan sendiri kawah volkanik yang dilitupi pepohon hijau yang berada di sini. Lokasinya yang berada jauh dari kota dan landskap yang menawan boleh menjadi sumber ketenangan kepada pengunjung dan turut mengasyikkan mata memandang!

landskap sangumburi yang indah

4. Tebing Curam Jusangjeolli
Batuan yang berbentuk heksagonal seperti tetiang penghadang badai cukup mempersonakan. Akibat penyejukan lava (mengalir ke laut) secara tiba-tiba, maka terbentuklah struktur batuan yang unik ini.

perhatikan batuan tetiang heksagonal tu..

5. Air Terjun Jeongbang
Air terjun yang jatuh langsung ke laut ini adalah satu-satunya yang dapat dijumpai di asia. Tidak perlu bersusah payah ke Eropah untuk mencari kelainan seperti ni (di Eropah terdapat beberapa air terjun yang terus mengalir ke laut juga). Ingin merasai makanan laut mentah? Di sini juga ada menawarkannya, cari sahaja pondok/kehmah kecil untuk menikmatinya.

Jeongbang waterfalls dari kejauhan; agak kontronversi kerana ianya tak jatuh betul-betul direct ke laut kan?

6. Air Terjun Cheonjiyeon dan Cheonjeyeon
Kedua-dua air terjun ini terletak di kawasan yang berlainan. Masing-masing mempunyai latarbelakang yang berbeza. Air terjun Cheonjeyeon yang bertingkat dan air terjun Cheonjiyeon yang mengasyikkan pasti memberi kepuasan kepada mata yang memandangnya serta kejernihan airnya tidak dapat disangkal lagi.

Cheonjiyeon.. sebut betul-betul, biar sampai mulut tu jadi herot-berot!

Cheonjeyeon.. nama hampir serupa tapi tempat tak sama dengan lokasi Cheonjiyeon

7. Trek laluan Olle
Jika anda mempunyai waktu yang cukup, silakan menyusuri Jeju Olle trail yang tersedia memiliki 21 laluan pejalan kaki utama dan setiap laluan puratanya 16km. Keseluruhannya berjarak 422km. Laluan yang meliputi hampir pinggir laut pulau jeju ini turut boleh dilalui oleh basikal. Nikmati pemandangan indah sambil bersantai!


8. Gunung Hallasan
Gunung yang tertinggi di Pulau Jeju ini mempunyai lanskap semulajadi yang teramat menawan. Terdapat beberapa laluan mendaki yang tersedia di sini. Pilihan di tangan masing-masing sama ada inginkan berjarak panjang atau laluan trek yang pendek untuk menjimatkan masa. Terdapat bekas kawah volkanik juga dan sekiranya bernasib baik kawah ini digeladangi air pada musim tertentu menimbulkan lagi suasana yang mengasyikkan.


9. Oeldolgae
Batu tunggul yang timbul dari permukaan air dan mempersonakan. Persekitarannya yang segar menjadikannya lebih indah di mata pencinta alam.

Tenangnya si Oeldolgae 

10. Yongduam Rock
Batu lava yang mengeras berjuta-juta tahun dahulu ini berbentuk seakan-akan kepala naga letaknya tidak jauh daripada lapangan terbang Jeju. Lokasi ini memberi peluang terbaik kepada pengunjung yang mempunyai waktu terhad menikmati kesan semulajadi volkanik di dalam kawasan urban Jeju.


Spot the drogon's head!

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...