Majlis Perpisahan SK Nanga Grenjang
Selamat menyambut ramadhan kepada pembaca budiman. *ayat skema*
Pada 1 Julai lalu, sekolah SK Nanga Grenjang telah menerima seorang guru baru dan sepatutnya ada seorang lagi guru yang bakal memenuhi kekosongan tetapi masih belum melapor diri sehingga sekarang. Rugi lah yang tak melapor diri tu. Bukan apa, sekolah-sekolah yang berada di daerah Saratok adalah lebih baik berbanding tempat lain di Sarawak ni.
SK Nanga Grenjang, meskipun dinobatkan sekolah pedalaman 1 tetapi masih boleh diakses menggunakan jalan darat. Dulu, jalan daratnya agak teruk kerana tidak berturap tetapi sekarang lebih baik kerana kerja-kerja menurap sedang mula giat dijalankan terhadap laluan Krian iaitu jalan menuju ke SK Nanga Grenjang.
Sekolah ini, walaupun masih tiada bekalan eletrik terus daripada pihak SESCO (umpama TNB di Semenanjung) tetapi kemudahan 24jam elektrik masih dinikmati kerana adanya Jenset menggunakan kuasa diesel.
Terbaru, SK Nanga grenjang juga sudah diliputi dengan liputan selular. Meskipun cuma line Celcom sahaja yang dapat diterima (Maxis, Digi dan lain-lain tak dapat) tetapi sungguh tidak disangka bahawa kemudahan liputan 3G & HSDPA dari celcom juga tersedia! Boleh la online sampai lebam pakai broadband!
Dengan murid yang tidak terlalu banyak (murid tak sampai 100 orang pun), bebanan kerja juga tidak terlalu berat. Namun, ada guru-guru di sini terpaksa juga meninggalkan sekolah kerana ingin lebih dekat dengan keluarga di semenanjung. Anak & isteri perlu diberi keutamaan.
Maka, pihak sekolah telah menganjurkan majlis perpisahan serba ringkas bagi meraikan jasa yang pernah dicurahkan mereka. Siapakah mereka? ada dua orang iaitu Cikgu Fadli dan Cikgu Zulkifli.
Semoga mereka dapat berkhidmat dengan lebih baik di sekolah baru nanti. *Hoi, aku pun nak pindah jugak! begitu la cara aku menyampuk..hehe*
Selamat menyambut ramadhan kepada pembaca budiman. *ayat skema*
Jamuan perpisahan 9.7.2013 di dewan makan
Pada 1 Julai lalu, sekolah SK Nanga Grenjang telah menerima seorang guru baru dan sepatutnya ada seorang lagi guru yang bakal memenuhi kekosongan tetapi masih belum melapor diri sehingga sekarang. Rugi lah yang tak melapor diri tu. Bukan apa, sekolah-sekolah yang berada di daerah Saratok adalah lebih baik berbanding tempat lain di Sarawak ni.
SK Nanga Grenjang, meskipun dinobatkan sekolah pedalaman 1 tetapi masih boleh diakses menggunakan jalan darat. Dulu, jalan daratnya agak teruk kerana tidak berturap tetapi sekarang lebih baik kerana kerja-kerja menurap sedang mula giat dijalankan terhadap laluan Krian iaitu jalan menuju ke SK Nanga Grenjang.
Sekolah ini, walaupun masih tiada bekalan eletrik terus daripada pihak SESCO (umpama TNB di Semenanjung) tetapi kemudahan 24jam elektrik masih dinikmati kerana adanya Jenset menggunakan kuasa diesel.
Terbaru, SK Nanga grenjang juga sudah diliputi dengan liputan selular. Meskipun cuma line Celcom sahaja yang dapat diterima (Maxis, Digi dan lain-lain tak dapat) tetapi sungguh tidak disangka bahawa kemudahan liputan 3G & HSDPA dari celcom juga tersedia! Boleh la online sampai lebam pakai broadband!
Dengan murid yang tidak terlalu banyak (murid tak sampai 100 orang pun), bebanan kerja juga tidak terlalu berat. Namun, ada guru-guru di sini terpaksa juga meninggalkan sekolah kerana ingin lebih dekat dengan keluarga di semenanjung. Anak & isteri perlu diberi keutamaan.
Maka, pihak sekolah telah menganjurkan majlis perpisahan serba ringkas bagi meraikan jasa yang pernah dicurahkan mereka. Siapakah mereka? ada dua orang iaitu Cikgu Fadli dan Cikgu Zulkifli.
cikgu Fadli
cikgu Zulkifli
jom skodeng apa hadia yang mereka dapat
Pua kumbu.. korang kenal benda ni?
kuih-muih
mee goreng & rendang ayam yang sedap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan