nuffnang

NUFF

Ahad, 3 Mei 2015

[THINK] Nightlife.. Apa Terjemahannya dalam Bahasa Melayu?

Aku selalu tertanya-tanya apakah maksud yang paling tepat untuk terjemahan kata Nightlife? Bukan saja ini, ada beberapa perkataan Bahasa Inggeris yang aku tak pandai nak terjemahkannya sedangkan selalu guna.

Salah satu Nightlife di Thailand
Kalau kat Boracay, nightlife yang happening adalah tarikan utama kepada para pelancong barat terutamanya.

Di mana-mana tempat pelancongan yang terkenal pasti, nightlife nya hidup.. Aku kadang-kadang rengsa juga dengan semua ni. Bunyi dentuman dari corong pembesar suara dengan lagu-lagu berentak dance membuatkan telinga aku rasa bingit.

Ada juga pemabuk yang muncul dari bar dan kelab malam yang jelik perangainya. Bersesak sana sini menyukarkan pergerakan aku dan ini lah beberapa contoh yang menyebalkan aku dengan nightlife yang dikatakan happening tu.

Tapi, aku tak boleh pandang terlalu pesimis terhadap itu semua, kerana nightlife sebegitu memberi ruang kepada aku untuk menjelajah tempat pelancongan tersebut pada waktu malam. Kedai pun masih dibuka dan penjual berebut mencari pelanggan.

Antara penghidup nightlife di Boracay; Tarian Api.

Ringkasnya, yang buruk belum tentu tiada kebaikan di sebaliknya. Tetapi usahlah kita turutkan yang buruk, ambillah peluang mencedok kebaikan itu.


Jumaat, 1 Mei 2015

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 10) - White Beach yg Menawan.


Sambung balik kisah Boracay. Sebut betul-betul.. seharusnya dibunyikan begini Bo-Ra-Kai. Bunyi -Kai tu seperti kita sebut paKai dan bangKai. Ok, cukup sampai sini. Dah habis sesi kelas bahasa sekarang.. hehe

White Beach yang sentiasa sibuk dengan umat manusia
Lepas turun dari bot terus di bawa ke sini
Bila dah sampai kat pulau Boracay ni selepas menaiki bot sekitar 15 minit, akan ada pekerja-pekerja Southwest yang menunjukkan arah ke mana yang harus dituju.

Tak ada lah sesat kalau kita selalu berada dalam group yang besar. Mereka akan asing-asingkan penumpang mengikut lokasi penginapan dan pengangkutan ke hotel/penginapan merupakan van atau jeepney seperti kat bawah ni.

Antara kenderaan yang bakal mengangukut penumpang ke hotel masing-masing
Aku naik van 12 seater
Yang bestnya, diorang akan hantar kita sehingga ke pintu hotel. Baguskan servis mereka. Oleh kerana hotel aku agak susah kenderaan masuk sebab tiada jalan berturap, jadi pihak Southwest akan pastikan aku selamat sampai ke hotel dengan cara menurunkan aku berdekatan dengan hotel dan dia akan bawak berjalan sampai jumpa receptionist hotel!


Welcome drink. Hotel yang aku duduk ni, melekat sekali dengan restoren. 
Aku menginap di area Boat Station 3, White Beach. Kalau korang nak tau, White Beach sangat besar jadi ianya telah dibahagikan kepada 3 kawasan utama iaitu Boat Station 1, Boat Station 2 dan Boat Station 3.

Setiap zon ada kelebihan tersendiri. Zon (boat Station 3) yang aku berada tu, banyak penginapannya menawarkan harga lebih murah dan kurang crowded berbanding yang lain.

Boat Station 2 pula berada di tengah-tengah antara zon yang lain. Ianya boleh dianggap pusat bagi White Beach dan kat situ ah yang paling happening terutamanya sebelah malam. Banyak kedai fine-dining, persembahan api, restaurant & bar. Bersepah-sepah semua tu. Mat Salleh bersesak-seak ramainya! Too crowded uolls..

Tapi kalau korang nak rasa lebih santai dan rasa sedikit mewah, pilih la kat Boat Station 1. Kat situ kebanyakkanya letaknya hotel mewah dan terselit beberapa hotel biasa juga. Kat sini lebih tenang dan bersedialah mengeluarkan biaya lebih untuk penginapan.

Selain White Beach, ada lagi tempat lain kalau nak menginap. Pandai-pandai la korang search. Tapi, better pilih White Beach sebab lebih happening, pantai yang cantik dan banyak kemudahan.

Hotel yang aku inap namanya Arwana Hotel & Restaurant. Korang boleh riki kat websitenya.  Harganya agak berpatutan dan kalau tak silap aku book melalui Agoda. Kenapa aku pilih kat situ? Pertamanya of course la pasal harga! murah sebab ada promosi. Dan satu lagi hotel ni ada beachfront, seronok je bila keluar hotel terus nampak laut..

Layan dulu  gambar bilik penginapan aku ni. Aku cuma menginap satu malam je kat sini. Hari berikutnya aku menginap kat Station Boat 2 pulak.







Bilik overall ok la. Toilet pun bersih. Harga yang aku dapat sekitar RM 105 lepas convert dari peso. Sekarang ringgit kita dah jatuh berbanding peso, kompom lagi mahal kalau convert kan?

Aku sampai kat hotel masa tu masih lagi petang. Kat bilik, aku mandi, solat dan terus bukak map. Map aku snap sebab nak dijadikan panduan bila keluar berjalan-jalan nanti. Tak payah nak usung map kertas (yang diambil kat airport) yang besar gedabak tu. Cukupla dengan masukkan dalam henset dan kamera.




Sekarang, misi aku adalah menjelajah apa yang patut dan mencari makan untuk dinner. Aku keluar hotel cuma berselipar jer. Malas nak pakai kasut sebab mostly akan pijak laluan berpasir. Aku benci pasir masuk dalam kasut!

Dari Boat Station 3 aku berjalan ke arah Zon Boat Station 2. Pantai dan pemandangan memang superb! Rasa nak terus berlari masuk laut je.. huhuhu



Dari hotel aku menuju ke Boat Station 2, aku terperasan ada satu lorong di sebelah kanan aku tertulis Talipapa. Asalnya aku nak menelusuri sepanjang pantai sehingga ke Boat Sation 1. Tapi aku melencong masuk ke lorong tu dulu.

Lagipun petang tu masih panjang, sambil-sambil tu, aku nak cari khidmat servis transfer untuk aku ke airport Kalibo pada lusanya.




Mula-mula, aku ingat laluan tu menuju ke arah D'Talipapa yang glamer dengan shopping-stall (tempat gerai jualan cenderamata, pakaian, makanan dll). Rupanya Talipapa ada banyak kat Boracay ni. Salah satunya yang aku pergi ni. Namanya Original Talipapa!

Tak ku sangka, mata aku tertumpu pada satu kedai ni. Ada kedai makan halal! Kat boracay bukan senang nak cari kedai makan halal tau.. Sepanjang aku buat sedikit research pasal tempat makan dan restoren halal kat boracay ni, tak ada pun orang mention pasal kedai makan ni.



Okey, aku dah aim kedai ni untuk dinner nanti. Siap jumpa taukeh kedai tu lagi bagaitau yang aku akan datang kemudian sebab aku takut kedai tu tutup.

Aku berjalan sampai ke jalan utama. Aku tak jumpa-jumpa pun kompeni lain yang tawarkan servis transfer yang aku nak tu jadi aku terus cari Southwest jugak. Lagi pun aku berpuashati dengan servis diorang ni.




Okey.. tak jauh berjalan kaki dari Original Talipapa, aku baru nampak signboard D'Talipapa tu. Jom kita tengok apa yang ada kat dalam tu.


Kalau nak makan seafood yang agak berpatutan harganya, pergi la kat sini. Korang pilih seafood mentah ni dan bawaknya ke kedai makan di sekitarnya untuk dimasak.

Aku tak cuba sebab sudah target nak makan kat kedai halal yang aku jumpa tadi. Pilihan seafood memang banyak dan pandai-pandai la bargain kalau nak dapat harga murah.


Aku survey jugak cenderamata kat sini. Dalam pencarian aku kat internet, ramai orang bagitau harga barang kat sini lebih murah dan kedai makan stall #74 di dalam kawasan D'Talipapa ni ada menyediakan makanan halal.

kedai makan halal di D'talipapa. Stall #74 bukan sahaja menjual cendermata tapi kat bahagian hujung dalam kedainya ada tempat makan.
Kemudian,setelah puas mencuci mata, baru aku ambil langkah menuju ke arah pantai. Hari pun dah senja. Kalau pergi pantai boleh tengok sunset. Tapi ketika tu langit agak berawan. Jom melepak ke pantai pulak.






Lenguh berjalan, aku hanya berlegar di sekitar pantai boat station 2 & 3 sahaja. Nak pergi ke Willy's Rock yang terletak kat boat station 1 pun dah malas.

Lagi gambar aku melayan kaki bergerak dan berjalan tanpa pedoman. hehe..





Usai mundar-mandir di pantai, perut terus terasa lapar. Aku pergi semula kat kedai makan halal yang aku jumpa mula-mula tadi.


Lepas makan, aku pergi cari sedikit cenderamata dan kali ni terus beli. Petang tadi aku dah sibuk survey harga sana sini. Maafnya, aku dah lupa berapa harga cenderamata yang aku beli. Lupa nak catatkannya.


Kemudian, aku bergerak ke D'Mall yang terletak di boat station 2. Kat sini memang happening tapi mostly harga barang pun mahal jugak. Kat sini banyak kedai makan dan fine-dining restoren. Tapi semuanya tak halal. Puas aku tawaf kat D'Mall dengan harapan ada kedai makan halal tapi tak jumpa.







D'Mall ni bukannya supermaket atau shopping mall, tapi menggunakan konsep open-air shopping lot, manakala D'talipapa yang hanya terdiri daripada deretan gerai/stall.

Selepas aku jelajah setiap pelusok D'Mall ni, aku keluar mencari pakej aktiviti yang sesuai untuk esok. Berlambak-lambak tourist booth kalau nak cari pakej aktiviti kat boracay ni. Kena pandai pilih dan cari yang murah la baru berbaloi.

Aku pilih island hopping. Bagitau siap-siap pasal muslim meal sebab pakej tu include makan tengahari sekali. Badan aku dah penat sangat malam tu.

On the way balik ke bilik, banyak persembahan api dan aku akan menyinggah kalau aksinya menarik. Bunyi lagu memang hingar bingar. Ada juga yang pasang lagu romantik terutamanya restaurant mewah. Meja makannya hadap laut sambil pengujungnya dihembus bayu pantai..





Malam ni aku kena cukup tidur, esok ada aktiviti yang best. Balik bilik, selesaikan apa yang patut pastu bukak tv terus berdengkur. hahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...