nuffnang

NUFF

Sabtu, 18 Jun 2016

[TRAVEL] Powerbank Berkuasa Solar - Gajet Sesuai Untuk Travel

Takkan korang tak kenal powerbank kot? Powerbank memang sinonim dengan pengguna tegar gajet terutamanya yang pakai smartphone dan tablet.

Kalau powerbank yang dikuasakan dengan solar pernah dengar tak? Aku pun baru je terfikir nak search pasal solar powerbank ni sejak tahun lepas. Itu pun selepas aku mengajar tajuk Tenaga kat budak-budak, pasal tenaga suria.

Berbalik kepada kisah solar powerbank ni, aku dah beli satu kat lelong.com.my. Jadi aku nak kasi review sikit pasal solar powerbank ni.


Sebenarnya ada banyak kapasiti kuasa bagi powerbank di pasaran, termasuk juga dengan solar powerbank ni. Ada yang berkapasiti 5000mAh, 10000mAh dan seterusnya. Lagi besar kapisitinya, lagi mahal lah powerbank tu.

Aku beli yang cikai je. Jenama pun aku tak tahu apa. Kalau nak cari solar powerbank yang agak berjenama seperti Yaobao atau Pineng memang tak jumpa la. Tak banyak solar powerbank yang dijual secara online setakat ini.

Solar Powerbank yang aku beli tu berkapasiti 12000mAh. Jadi saiz powerbank tu agak gedabak sikit lah.

Jom layan review Solar Powerbank yang aku dah guna selama seminggu lebih ni;



1. Dari segi harga, agak kompetitif juga, Aku beli dalam RM55  kat Lelong.com.my tidak termasuk harga pos. Kalau beli powerbank sahaja pun berkapasiti 12000mAh tu cuma murah sikit je. Agak berbaloi juga.

2. Nak mengecas solar powerbank ni ada dua cara, yang pertama dengan dedahkan pada sinaran matahari dan yang kedua, caskan sahaja pada soket elektrik di rumah seperti mengecas powerbank biasa tu.

3. Kena ingat, kuasa mengecas solar powerbank ni menggunakan kuasa solar cuma 1.7W yang mana sangat lambat. Aku jemur kat atas dashbox kereta seharian rasanya baru penuh satu bar (Kesemua bar/indikator tu ada empat). Aku rasanya, kalau nak cas powerbank yang benar-benar kosong memakan masa sekurang-kurangnya 5 hari!

4. Anggaplah mengecas menggunakan solar sebagai satu bonus/tambahan. Kalau pergi travel atau camping sekurang-kurangnya kita ada alternatif lain nak dapat tenaga simpanan kan?


5. Trend sekarang, powerbank mesti ada lampu suluh led yang kecil tu dan mempunyai 2 port USB untuk mengecas. Satunya berkuasa 1A dan satu lagi (dekat tepi lampu) berkuasa 2A (yang ni kiranya macam speed cas USB port).




6. Yang menarik, kedua-dua port USB tersebut boleh digunakan serentak, cuma kena sediakan satu sahaja lagi wayar pengecas.

7. Dalam pakej, wayar pengecas yang tersedia agak pendek, kira-kira 18cm. Wayar itu juga berfungsi sebagai pengecas powerbank. Tiada soket USB (kepala pengecas) yang didatangkan bersama Solar Powerbank.

8. Binaan solar powerbank ni nampak agak lasak kerana dibaluti dengan satu lapisan getah elastik yang mencegah berlaku kerosakan jika terhempas ke lantai.

9. Saiznya agak besar dan sedikit berat. Rasanya, ini adalah kelemahan utama Solar Powerbank. Kalau beli solar powerbank berkapasiti 5000mAh, rasanya saiznya lebih kecil sedikit.


10, Kesimpulannya, jangan terlalu berharap solar powerbank ni sangat efisien jika bergantungharap pada tenaga suria semata-mata. Keseluruhannya, agak berbaloi memilikinya bagi para traveller.

Sabtu, 11 Jun 2016

[TEACH] Ujikaji Sains? Perekodan PEKA Kini Lebih Mudah

Kat sekolah, murid paling seronok kalau cikgu ajak masuk makmal sains. Walaupun cuma ujikaji ringkas, tapi gambaran keterujaan mereka jelas kelihatan di muka.

Aku pun kadang-kadang terlalu excited juga kalau nak buat eksperimen ni. Terutamanya eksperimen yang 'menakjubkan' bagi murid.

Ujikaji campuran yis dan air gula ni menarik. Murid eksited sebab belon semakin mengembang setelah ujikaji dijalankan. Mereka nak tahu kenapa. Paling koman pun, bertanding belon kumpulan siapa yang paling besar mengembang!


Eksperimen lain banyak lagi. Ada ujikaji yang makan masa sikit macam eksperimen pertumbuhan kulapuk pada roti. Kalau boleh, hari-hari nak pergi jenguk bahan ujikaji kat makmal sains!


Siapa yang ada anak bersekolah rendah? Sudah pasti anak-anak ini akan biasa dengan ujikaji dalam subjek Sains .

Dan yang paling penting, kemahiran-kemahiran proses sains dan manipulatif akan diuji oleh cikgu yang mengajar mereka sepanjang waktu membuat ujikaji.

Ketika murid tersebut di tahun/darjah enam, satu penilaian khusus akan dibuat terhadap kemahiran-kemahiran itu tadi yang dinamakan Penilaian Kerja Amali (PEKA).

Dulunya sebelum Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan, cara merekod PEKA agak kompleks bagi seseorang guru. Kerja-kerja atas talian (online) untuk mengisi data PEKA perlu dilakukan dan melibatkan banyak prosedur.


Sekarang, cara merekodnya hanyalah pada perekodan templete offline iaitu perokodan standard yang digunapakai untuk menilai kemampuan murid. Tidak perlu lagi mengisi maklumat PEKA secara berasingan.

Jumaat, 10 Jun 2016

[TRAVEL] Promo Free Seat Air Asia (dijangka Februari 2017 onwards)

Jangan lepaskan peluang membocorkan poket untuk beli tiket Air Asia yang mana anggaran tarikh terbangnya pada tahun depan, 2017 (tarikh jangkaan terbang pada bulan Februari hingga Ogos 2017).

Tapi kena ingat, kalau nak beli tiket tu akan menyebabkan poket jadi kering pada bulan ni! Ye lah, persediaan untuk beraya nanti pasti kena keluarkan banyak duit daripada bulan-bulan biasa. Nak cekau duit buat duit raya, nak beli baju raya lah dan macam-macam lagi!

Kalau pandai urus kewangan, insya-Allah tak ada masalah sebenarnya. Promosi free seat ni walaupun secara rasminya belum diumumkan lagi travel date-nya, tapi aku agak-agak  tak menyimpang dari tarikh terbang bermula februari sehingga Ogos tahun depan.


Sejak aku mendiamkan diri kat blog, sebenarnya ada jugak aku travel ke luar negara baru-baru ni. Tapi nak menaip tu memang liat.

Walaupun aku fikir nak berhenti je pergi travel seorang diri ni, tetapi tangan tetap gatal pergi cari maklumat pasal destinasi pelancongan dan sekali sekala buru tiket flight! Dah jadi tabiat kot?

Kalau aku rajin, nanti aku share pengalaman travel yang banyak terbengkalai!

*harap aku terus rajin menaip..

Khamis, 9 Jun 2016

[THINK] Kiriman Mesej Lucu Sempena Puasa - Salam Ramadhan Semua!

Sepanjang tiga hari berpuasa ni, macam-macam kiriman mesej yang aku terima sama ada dari  FB atau whatsapp. Jadi aku kongsikan bersama pembaca sekalian. Ada ke yang nak baca blog aku ni?Dah dekat 5 bulan aku menyepi.

Banyak yang hendak aku kongsi kat blog, tapi bila bukak je blog rasa macam malas sangat nak menaip. Padahal bukannya sibuk mana pun.

Sempena bulan mulia ni, aku cuba nak hidupkan roh & semangat RAJIN tu dalam jiwa. Lagi pun dengan merajinkan diri menulis di blog dapat mengisi masa terluang dengan perkara bermanfaat dengan berkongsi maklumat/pengalaman.

Jom la kita layan beberapa kiriman mesej lucu dan mencuit hati tu:

Strategi pemasaran jualan air di bulan ramadhan

 Yang kat bawah ni kesan penurunan berat badan yang ketara akibat berpuasa.

Mesej ni aku dah terima berkali-kali bulan puasa tahun lepas dan tak ada pulak rasa kebulur sangat sampai tengok lipas pun dianggap kurma. Tahun ni aku tengok, alhamdulillah masih seperti lipas lagi!

Air sirap sejuk memang penghilang dahaga!

Ada geng-geng sekerja aku post pasal kuih tepung pelita ni. Katanya, ada seorang pelanggan tertipu selepas membeli kuih tersebut di bazar ramadhan. Kenapa? lepas dia bawak kuih tu balik rumah, nak nyalakannya tak berjaya. Penjual tu kata kuih tu tepung pelita. Puas dia cari sumbu pelita kat kuih tu tapi tak jumpa-jumpa!

Mujur ada jugak orang yang gagal ditipu. Dia berhasil menyalakan kuih tepung pelitanya seperti gambar kat bawah ni..

Dan ada juga kiriman berbentuk teka-teki.

Ya, ampun. Malas pulak aku nak godek-godek FB dan Whatsapp ni, Ada beberapa lagi tu. Takpa la, cukup yang ni saja.

*aku menulis ni pun dah kira tahap dewa rajinnya! hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...