nuffnang

NUFF

Jumaat, 5 Julai 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 19 (SCENERY MT. HALLA)

Day 3 - Naik bas dari Eorimok ke Terminal Jeju-si [7 jun]

Pendakian Hallasan cuma mengambil masa yang agak singkat bagi aku untuk menyudahkannya. Aku hanya ambil masa kira-kira 3 jam bagi keseluruhan mendaki naik-turun Hallasan. Bermula kira-kira jam 5.45 pagi dan berkesudahan sebelum jam 8.45 pagi!

Aku balik ke Jejusi dengan menaiki bas sahaja. Tambangnya cuma 1,000 won kalau tak silap. Aku bayar pakai kad T-Money.

Dalam bas dari Eorimok ke Jeju Terminal

Okey sebelum kita bergerak pulang, aku nak sambung lagi sedikit kisah mendaki gunung hallasan. Walaupun memanjat atau mendaki hallasan ini sebenarnya agak mudah kerana sudah tersedia trek-path, tetapi ada bahagian tertentu sangat menguji fizikal kerana kecerunan yang sedikit melampau.

Ape-apepun, mendaki Hallasan sangat, sangat, sangat berbaloi! Pemandangannya tersangat indah! Tambahan pula keterpesonaan itu terpaksa dibayar dengan lelah mendaki.. Jadi, mendaki Mt. Halla adalah sangat recommended bila berkunjung ke Jeju!

Baiklah kita usha apa yang menarik ketika perjalanan turun melalui Trail Eorimok. Bagi aku, perjalanan turun  tersangatlah mudah sebab kita menuruni bukit *boleh aku bagi alasan macam tu? hehe..

Trek Eorimok ni juga bagi aku mencabar juga kalau kita dalam mode mendaki. Kalau turun, konfirm mudah.. Baiklah kita terus turun sambil berlari-lari anak sambil layan pemandangan yang aku sempat snap!

Bunga purple memang banyak.. rasanya kalau datang time spring lagi banyak bunga ni kot?




Time aku nak turun ni, makin ramai orang mula muncul untuk mendaki


Ada port untuk minum air bukit. Aku pasti berhenti dan simpan air ni dalam botol




























Setelah berjalan agak jauh, aku dapati masih perlu habiskan banyak kilometer lagi.. jadi aku mengambil langkah lebih drastik. Berlari-lari anak sambil menuruni trail Eorimok ni.

Aku target memang nak tamatkan pendakian ini sebelum jam 9.30 pagi. Sempatkah? Mesti lah!

Ilustrasi ni menyebabkan aku terpaksa ambil keputusan berlari-lari anak!





Cantik la kalau betul-betul suasana dalam gambar macam tu berlaku!








ada pentas tinjau juga










Oreum atau kawah volcanik.. nampak dalam gambar kat bawah ni? Kalau lalu ikut trail Eorimok ni jangan lupa perhatikannya.






Pastu, sepanjang menuruni jalan pulang aku selalu sebut Annyeonghaseyo dan hello kalau selisih dengan pendaki yang baru nak naik. Kadang-kadang diorang mulakan dulu..








Landskap semakin berubah bila kita semakin menuruni trek. Dari dataran landai dipuncak yang dipenuhi pepohon renek dan bunga-bungaan kepada pokok-pokok ala bonsai.



ada lagi stesyen untuk dapatkan air minuman free yang keluar dari mata air Hallasan



Bermula dari sini, laluan menjadi semakin sukar dan curam. Tapi aku masih dalam mode berjalan pantas dan kadang-kadang berlari-lari anak..



Daun apa ni?







Dan bila jumpa jambatan macam kat bawah ni tandanya korang dah tersangat dekat nak habiskan laluan menuruni trail Eorimok ni. Seronok..seronok!







Taraa.. dah berpeluh seguni nak habiskannya.. Sampai kat sini aku minum sepuas-puasnya air yang aku ambil kat stesyen mata air sepanjang trail ni! Makan cekelat sikit.





Untuk sampai ke Hentian bas perlu berjalan lebih kurang 1 km lagi dari tapak permulaan trail Eorimok ni. Takde hal. Aku berjaya tamatkan dalam masa yang aku tak sangka! Sekejap pulak. Kalau aku tak berlama-lama ambil gambar, rasanya lagi cepat kot..

turun menuju ke pondok hentian bas

Ni dia jadual bas.. nasib baik aku dah dapat baca sikit-sikit tulisan han-gul (korea).*padahal belajar dalam satu malam je*  So nama-nama stesen tu aku aku boleh tahu. Korang boleh faham jadual ni?

Bas paling awal dari Eorimok ke Jejusi adalah pada jam 8.25 pagi tapi aku dah terlepas sebab aku sampai kat pondok menunggu bas ni dah pukul 9.05 pagi. jadi terpaksa menunggu bas seterusnya jam 9.55 pagi. Lama tu! Jadi aku ambil kesempatan ni snap apa yang patut dan makan roti yang aku jadikan sebagai bekal mendaki tu. Breakfast sambil mengurut betis yang kelenguhan! Baru sedar kaki aku benar-benar lenguh bila duduk berehat kat bangku pondok hentian bas tu!















Jom balik ke Guesthouse.. perjalanan dari Eorimok ke Jejusi Terminal tak lama, hampir 30minit. Aku sampai di SUM GH tepat jam 10.30 pagi. Kena check-out jam 11.00 pagi, bermakna aku berkesempatan nak mandi dulu. Setelah usai membersihkan diri, aku ke kaunter untuk check-out. Tapi minta tinggalkan beg Guesthouse sehingga jam 1.30 tengahari.

Rugi kalau tak jelajah dalam kesempatan masa yang ada! Jadi aku terus ke Terminal dari Guesthouse untuk mendapatkan bas ke National Museum of Jeju! Aku cuma ada masa dalam kurang 2 jam sahaja lagi sebelum bertolak ke Airport Jeju!

Ayuh.. kita mula rencana ke tempat yang free bayaran masuknya itu, iaitu Jeju National Museum dan Yongduam Rock!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...