nuffnang

NUFF

Selasa, 29 Disember 2009

CUTI SEKOLAH BERAKHIR

Ermmm.. tak tau nak citer ape, tak terlintas dalam kepala lagi apa nak cerita ni.. bumi bukan bulat, tetapi sfera. Ianya terdiri daripada tiga lapisan iaitu kerak, mantel dan teras. Dah merapulah ni.. memang takde idea nak tulis!

Dah seminggu aku tak tulis apa-apa kat sini.. malas sangat nak update. no spirit. bukak facebook pun terasa berat. biasanya aku akan tinggalkan komen ntahape-hape kat fb tapi sejak dua menjak ni, malas yang teramat! Sindrom malas datang lagi.. dan bila pikir nak start kerja (dah sebulan cuti,maka terhakis sedikit semangat nak mengajor), kena kumpul balik semangat & kesediaan diri..

Bercerita pasal hendak mula bertugas, semestinya aku terpaksa menaiki flite ke sarawak (takkan nak nik bot pulak!). Dan barang-barang semestinya juga dikawal supaya tak terlebih-lebih diangkut. Bukan risau dicaj kerana melebihi berat ketika di airpot, akan tetapi kesukaran nak membawanya ke hulu ke hilir. Kalau kapal terbang betul-betul mendarat kat sekolah aku, bawak barang-barang banyak pun takpe.

Setiap kali aku kembali semula ke sekolah (biasanya lepas cuti sekolah atau cuti perayaan), selalunya aku akan bawak ole-ole.. Disebabkan negeri terengganu terkenal dengan keropok lekornya, jadi aku akan bawa keropok sebagai buah tangan. Bukan keropok lekor tapi keropok keping je, keropok lekor cepat rosak dan berat; tak sesuai untuk perjalanan aku yang jauh dan lama tu! Sekembalinya aku untuk kali ini ke sarawak, aku akan cuba bawak keropok keping lagi, mungkin amaunnya tak banyak. Teringin nak bawak sata dan nasi dagang ke sarawak tapi, konfirm basi dulu bila sampai sana. Korang tau tak sata tu apa? Orang-orang terengganu mesti tau.. Sata adalah sejenis makanan tradisi yang diperbuat daripada ikan, kelapa parut, bawang, cili dan lain-lain bahan (hampir sama macam otak-otak) yang dibungkus dalam daun pisang dan kemudiannya dipanggang. Sedap!

Sata disisipkan pada batang bilah buluh & dipanggang

Ahad, 20 Disember 2009

BEBAS HUTANG!

Alhamdulillah, bersyukur sungguh kerana aku kini tidak lagi berhutang daripada pinjaman kewangan dalam pengajian terdahulu. Sebelum aku masuk UTM, aku telah membuat pinjaman daripada pihak Yayasan Terengganu sebanyak seribu ringgit. Masa tu, aku perlukan duit sebagai back up kalau duit pendahuluan PTPTN tak cukup! Meskipun aku ada membuat pinjaman PTPTN pada awal pengajian dulu, aku telah menjelaskan segala duit pinjaman tersebut (kalau tak silap sebanyak 7 ribu ringgit) kemudiannya, aku telah ditawarkan biasiswa JPN. Tidak perlu lagi aku meminjam dan berhutang!

Pada hari khamis lepas, aku telah menjelaskan bayaran pinjaman aku (lihat gambar utama - pintu utama yayasan terengganu). Gambar yang lain tu sebenarnya gambar sampingan. Ketika aku berhenti makan tengahari di kawasan kelulut,marang.. aku sempat snap berapa gambar je.

p/s- sungguh berbeza pantai di terengganu berbanding pantai di sarawak. walaupun cuaca agak kurang elok dan musim tengkujuh, air laut di pantai terengganu tetap jernih dan kebiruan! Lain pula keadaannya di sarawak, contohnya di pantai kabong..

Sabtu, 19 Disember 2009

IMBAUAN: KEPUTUSAN SEMAKAN PENEMPATAN KPLI

Beberapa hari lagi akan muncul tahun baru (2010) tetapi pada 20hb Dis 2009 (esok), lengkaplah setahun kisah aku menanti keputusan posting KPLI. Ya! Kuimbas kembali apa yang berlaku ketika itu. Aku pada saat itu sungguh ternanti-nanti dan sangat berdebar-debar.. Dan untuk pengetahuan semua, aku sudah dimaklumkan (oleh seorang rakan yang proaktif bertanyakan KPM) bahawa semakan boleh dibuat pada mulai 20hb Dis 2008. Sewaktu itu aku berada di rumah kawan karibku di Kuala Lumpur, kebetulan aku turun(dari terengganu ke ibukota) untuk mendapatkan habuan sebagai pemenang peraduan yang dianjurkan oleh RHB. Alhamdulillah, aku mendapat tempat pertama dan membawa pulang sebuah telefon bimbit!

Perasaan aku ketika itu bercampur baur. Gembira, gentar, gusar dan sedikit geram! hehehe..
1) Gembira - aku tak perlu lagi tertunggu-tunggu lagi keputusan posting. bersyukur yang teramat kerana tidak mengalami sebarang masalah untuk mengetahui result posting dan paling penting, aku sudah bersedia untuk bergelar seorang guru!

2) Gentar - aku berasa sungguh takut nak bagitau kat parent aku pasal result posting tu. aku tak dapat nak agak reaksi diorang, akhirnya mereka tidak berapa kisah. (cuma mak aku je ada kerisauan untuk perkara tuuuuuuut.. mmm, aku taknak cakap pasal tuuuuuut tu!)

3) Gusar - aku tak pernah terfikir akan keadaan berada di sarawak. paling aku bimbang, kena kawasan yang teramat daif dari segi kemudahan. sekali lagi aku bersyukur kerana dipostingkan di kawasan yang dikatakan agak okey..

4) Geram - lebih baik takpayah isi borang posting.. aku siap pilih penempatan yang kurang risiko dipostingkan ke sabah/sarawak (aku cuba elakkan pilih negeri terengganu & kelantan), tapi akhirnya KPM membuat 'polisi mudah' menempatkan graduan KPLI yang belum berkahwin ke sabah dan sarawak. masa tu aku agak emosional sebab membahaskan perkara tu! hahaha..


Untuk kisah yang agak detail, ada aku catatkan sebenarnya. ada rasanya.. cuma aku tak curahkan semua yang aku rasa ketika itu (pukul 3 pagi waktu tu & rasa macam tak percaya/tergamam bila result tu kuar), okey cuba korang klik sini..

Jumaat, 18 Disember 2009

Khamis, 17 Disember 2009

BACKGROUND & PERISTIWA

Sudah lama aku menggunakan background yang sedia ada dan pada hari ini, aku telah menokoknambah rupa blog aku ini. kalau diikutkan hati, aku malas nak letak background sebab serabut sangat nampak. Kesudahannya, aku letakkan background yang ringkas (macam tak ringkas pun!..hahaha). Taktau la pandangan orang lain tentang latarbelakang yang aku pilih ni.. harap-harap tak sakit mata dah ler! Tak lawa takpe, asalkan tak hodoh! hahaha..

hmm.. disebabkan aku dah habiskan sedikit masa untuk memasukkan background, maka tak jadi nak cerita panjang-panjang pasal entry mengenai hari penyampaian hadiah dan sijil 2009 sk nanga grenjang sebagai penutup tirai aktiviti sekolah pada tahun ini..

Dengan adanya gambar ini, semoga aku dapat mengingati detik-detik dan peristiwa yang telah berlangsung itu sebagai memori pada masa hadapan.

Rabu, 16 Disember 2009

CETUSAN CORETAN

Sebenarnya, aku teramat-amat malas nak update blog ni disebabkan keadaan internet yang entah hape-hape tu.. Kejap dapat connect, kemudian terputus. Nasib baik lah aku masih ada alternatif lain; DiGi HighSpeeed Data Transfer a.k.a broadband! Tapi ianya cukup melelahkan kerana aku terpaksa meningkatkan keimanan dalam bersabar! Dengan kelajuan seperti dial-up (sebab dalam kawasan GPRS je), nak loading satu webpage pun lembhaaaap nak mampos [sambil menguap..]. Hehe..

Dan kelmarin, aku meng-upload sekeping gambar [hmm..penjodoh bilangan untuk gambar maya disebut apa? Sekeping? Sekeping gambar pada skrin komputer? Ah, lucu benar!]. Ternyata aku menjadi seorang yang penyabar. Kehkehkeh..

Banyak kisah sepanjang minggu lepas, tapi semuanya terbantut! Yang paling meriah, kisah kawan-kawanku bergelar pengantin. Kesian pasangan yusof dan roziana, bermerah mata (jgn salah tafsir..) di hari berbahagia mereka. Bermerah atau berputih mata? Betul apa yang aku cakap; BERMERAH MATA! Diorang mengalami permasalahan konjugtiva. Sakit mata merah la..tak paham lagi? Secara sainstifiknya mereka dijangkiti konjungtivitis! Arakian, mereka berdua telah terlebih masyhur apabila kaca mata hitam menjadi teman tatkala bersanding! Apa apa pun, aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia sokmo! TQ atas jemputan itu!

Rugi betul aku! Lupa nak ambil gambar diorang dan aku sewaktu majlis tersebut.. Excited sangat kot..hahaha

Selasa, 15 Disember 2009

GAMBAR KENANGAN ( I )

Gambar berikut bukannya gambar anak-anak didikku tetapi gambar aku sendiri ketika berada di tingkatan 1. Kalau nak bandingkan saiz sekarang berbanding pada zaman tu, dah konfirm jauh sangat bezanya. hahaha.. sekarang dah gedabak!


Sila tengok gambar tu luas-luas, cuba cari aku dalam gambar tu. Alasan gambar muka terlalu kecil & tak jelas tidak diterima, sila guna intuisi anda untuk menekanya..hehehe!

Jawapan: Pada barisan paling ...[susun huruf berwarna merah di atas dulu]... dari kanan!

p/s - terpaksa aku guna digi broadband (yg tak berapa laju tu) ntuk hupdate blog ni.. streamyx kat rumah ada problem sket.. rasanya line tak stabil dalam beberapa hari ini.. hampeh, sepatutnya tmnet keluarkan notis dulu..

Sabtu, 12 Disember 2009

OH MY GOD!

Astaghfirrulahalazim.. itulah kata-kata yang sesuai digunakan bersama apabila aku dapati streamyx di rumah ku masih bermasalah lagi pada mlam tadi! Kenapa perlu diucap begitu? Cuba perhatikan ayat berikut:
"Oh my God! Masih berulang kejadian malam kemarin.. Internet tidak dapat disambungkan walaupun dah cuba banyak kali"
Tidak ada cela ayat tersebut, tetapi lebih elok digantikan kata-kata Oh my God tu, dengan Astaghfirrulahalazim misalnya. Sekurang-kurangnya dapat juga pahala memuji Allah! Dan cuba lihat kesilapan kecil ini yang dipetik daripada sini

Penggunaan MasyaAllah

Penggunaan "MasyaAllah" dlm percakapan seharian. kadang2 kita terpengaruh dengan Movie, terutama cerita P ramlee yang banyak menggunakan "MasyaAllah" dalam situasi yang silap. Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok , contoh ketika terlihat gambar-gambar censored atau bila anak-anak kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG . Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Khamis, 10 Disember 2009

KENANGAN : THN 6 '09

Rupanya dalam henset aku ada lagi beberapa gambar murid-murid tahun 6 (2009). walaupun baru setahun aku kenal mereka, tetapi sungguh bermakna bila di samping mereka ketika tahun pertama aku mengajar! (ya, 1st year! itu menjadikan ianya cukup meninggalkan kesan).




Gambar tersebut diambil ketika waktu malam iaitu sama hari dengan result UPSR diumumkan. Mereka buat apa tu? Sebenarnya mereka sedang berkaraoke (aku tak terlibat ok! suara tak sedap! hehe..). Pada ketika itu juga mereka masih tidak tau keputusan UPSR masing-masing kerana pada keesokan harinya barulah result itu tiba di sekolah. Gembira sakan mereka sebab sudah tamat sekolah rendah. Pastinya menjadi ingatan abadi buat mereka!

ADUHAI STREAMYX

Arghh.. geram betul internet malam tadi, tak boleh nak sambung terus. Bila try nak connect, kuar error 961, katanya password dan username tak dapat verify.. adakah modem streamyx ni berproblem atau line yang mengong!

Pagi ni aku try sambung ke internet.. dapat! tapi macam siput! Haish.. harap-harap modem ni tak rosak untuk kali ketiga. malas nak telefon orang-orang Tmnet tuh! nak upload entry ni pun lembap giler..

Selasa, 8 Disember 2009

SAINS DAN SASTERA

Ada orang tanya aku, kenapa rajin sangat tulis entry kat blog? Nak jadi penulis novel ke? Aku tersengih sahaja membalas jawapan tu namun otak aku mula berfikir mengenainya secara senyap!

Aku bukannya orang sastera. Sejak kecil sehingga lah aku besar, aku memang minat subjek sains. Mungkin aku nak buktikan bahawa orang sains juga pandai menyusun kata-kata dalam mengarang. Itu tidak pasti. Sememangnya aku akui, pengunaan bahasa aku belum mantap seperti ahli sastera. Akan tetapi, aku suka benar untuk menulis sebab tak dapat berbual bila sendirian, aku ni kadang-kadang suka juga berborak, hehehe..

Ketika aku di bangku sekolah lagi, minatku pada sastera tak pernah berputik. Kesukaan aku pada subjek Alam dan Manusia sekarang ni dah tukar kepada Sains, Kajian Tempatan & Sivik menyebabkan aku terus menerus meminati Sains. Dan kesannya, segala subjek sains seperti bio, fizik, kimia yang aku ambil ketika SPM mendapat A1. Kemudian aku melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di UTM walaupun aku tidak menyukai fizik sedikit, you might know that engineering’s field applies a lot of physics. Hidup aku banyak dicorakkan dan dipengaruhi dengan ‘ideologi sains’. Cara berfikir, bertindak dan aturan perilaku sedikit sebanyak mencerminkan orang sains. Berfikir dengan kritis dan menyelesaikan masalah berasaskan logik sering aku adaptasinya dalam seharian.

Ramai orang kata budak sains ni selalunya skema dan sukakan fakta (bukan spesies tin kosong). Orang sastera pula lebih terbuka dan bertindak sesuka hati. Tak juga sebenarnya. Ada benarnya kalau diukur dari segi peratusannya (terus melibatkan fakta di sini, mentang-mentang la cerita pasal sukakan fakta!). Apepun bagi aku, sains atau sastera/seni, sama sahaja asalkan tak mengganggu gugat hidup dan pegang setia pada agama!

Isnin, 7 Disember 2009

CUTI UMUM 2010 @SARAWAK

Fuhh.. Letih jugak nak edit file pdf kepada file jpeg (gambar). Sebenarnya cuma ambil masa kira-kira 15minit je. Dan hasilnya, aku berjaya memuat naik jadual hari kelepasan am persekutuan dan negeri sarawak utuk tahun 2010. Jadual cuti umum ini hanya untuk negeri sarawak sahaja (tempat aku bertugas!)

Seperti biasa, jadual ini amat penting bagi aku untuk menguruskan perancangan mendatang! Mungkin tidak perlu aku memperjelas segala perancangan aku di sini. Hargailah masa kerana sesungguhnya manusia senantiasa dalam kerugian..

Ahad, 6 Disember 2009

SUKANEKA AKHIR TAHUN


Sukaneka sekolah berlangsung dengan jayanya pada 18hb Nov baru-baru ini (2 hari sebelum cuti sekolah), berikut adalah beberapa gambar pada hari tersebut sebagai ingatan:

Berkumpul mengikut rumah sukan


Bersedia untuk memulakan acara!


Bersungguh-sungguh dan bersorak riang


Antara peralatan sukaneka..


Siapakah juara??

Sabtu, 5 Disember 2009

FS vs FB

Ok. Awal-awal lagi aku nak bagitau, ini bukannya perdebatan atau sebagainya.. cuma sekadar pandangan peribadi sahaja. Jadi mari ikuti sorotan ini dengan rasa hati terbuka.

Sebenarnya, aku lebih suka menggunakan rangkaian-sosial (sosial networking) yang mudah diakses (easy to access) dan mesra pengguna (user friendly). Aku pernah menggunakan MySpace dan Multiply tapi tak kemana-mana halatujunya. Lumpuh begitu sahaja! Twitter pulak aku tak pernah cuba pun..

Facebook aku:

Yang pasti, aku masih meneruskan perjuangan di medan bersosial, Friendster(Fs) dan Facebook(Fb). Tapi akhir-akhir ini aku lebih kerap menggunakan Fb berbanding Fs. ketika zaman pengajian di U dulu, sememangnya Fs menjadi idola aku. Sekarang dah tak seperti dulu. Aku lebih suka penampilan Fb yang ringkas tetapi signifikan!

Friendster aku:

Jumaat, 4 Disember 2009

SEDEKAH

Setelah aku pulang daripada solat jumaat pada tengahari tadi. Aku teringat kisah yang pernah diceritakan oleh salah seorang kawanku. Aku pun dah lupa siapa yang menceritakannya. Yang pasti, jalan ceritera utamanya masih aku ingat dengan jelas. Pengisahan ini berlaku kepada rakan kepada kawan aku itu. Anggapkan sahaja namanya S.

Seperti selalunya, S akan pergi awal ke masjid untuk solat jumaat. S duduk di dalam masjid berhampiran tingkap dan mendengar khutbah dengan penuh tawadduk. Sesudah bersolat, tabung masjid yang diperbuat daripada bekas plastik itu terus beredar di sepanjang saf. Setibanya pada gilirannya, segara S memasukkan duit ke dalam bekas itu. Kemudian orang terakhir yang menyentuh bekas itu adalah seorang lelaki separuh umur kerana dia berada di unjuran saf yang paling hujung.

Setibanya pada lelaki itu, dengan pantas bekas plastik itu beralih tangan daripada S umpama jari terkena bara. Tanpa menoleh, lelaki itu pantas membuka penutup bekas itu. Kemudiannya, jemari yang agak kasar itu menyeluk rakus tabung itu. Genggaman erat dengan gumpalan wang kertas terus dimasukkan ke dalam saku bawah baju melayu kanan dan kiri!

"Ya Allah, apa yang hamba-Mu itu buat? Benarkah mataku ini melihat perbutannya itu? Perlukah aku bertindak dengan menegahnya?"
S menjengilkan matanya. Lelaki itu seolah-olah tidak peduli. Sayugia, S terkesima dengan memandang tanpa berkelip sedikitpun tanpa meneruskan niatnya itu.

"Ah, bedebah benar orang ini! Terang-terangan cuba.. "
Belum sempat S menyudahkan bisikan penghinaan di dalam hati, lelaki itu tuntas mengeluarkan kepingan kertas daripada kocek sebelah atas baju melayu. S terdiam mungkin terpinga-pinga dengan perbuatan aneh lelaki itu. Kemudian not rm50 itu segera diletakkan kedalam tabung plastik itu dan ditutupnya rapat-rapat.

"Ya Allah, ampunkanlah aku kerana bersangka buruk pada lelaki itu. Bukan lelaki itu mahu melarikan wang sedekah itu. Dia ambil wang yang sedikit itu, lalu dogantikan dengan jumlah yang lebih besar!"

S kelihatan agak sesal namun berbaur dengan seribu pertanyaan di minda. Mengapakah lelaki itu berbuat demikian? S tidak mahu lagi membuat spekulasi negatif. Biarkan sahaja..

Wallahu'alam

Khamis, 3 Disember 2009

PEMVASOCERUTAN

Suhu atmosfera pada petang kelmarin, aku anggarkan dalam julat 19°C hingga 25°C. Sejuknya terasa bagai epidermisku mengalami proses eksotermik! Saraf ku menghantar isyarat ke otak dan segera diterjemahkannya kepada rangsangan meregangkan otot pada akar bulu roma. Dengan bantuan geseran telapak tangan sendiri pada lengan, hilang rasa dingin tersebut sedikit. Aku mula membakar kalori dengan menuju ke jendela di dalam bilik.

Bingkai jendela yang diperkuat oleh fukrum engsel di rumahku dikuak. Aku menjengah kepala keluar. Hampir-hampir torso ku juga menyorong keluar. Wah! masih bersisa lagi kerpasan ini. Agaknya bilakah awan kumulonimbus itu mahu beredar? Kelam sungguh langit akibat kurangnya keamatan cahaya suria.


Daya tarikan dikenakan ke atas daun tingkap itu agar ianya tertutup rapat. Nanti tempias pula bilikku! Pasti daya jekitan cecair H2O yang tempias itu akan melembapkan pepenjuru katil ku nanti. Aku menggunakan beberapa puluh kilo Joule tenaga untuk menarik selimut sambil mengunjurkan abdomenku di atas katil. Sungguh nikmat! Kini, proses pemvasocerutan pada kulitku terasa beransur-ansur hilang. Dan ketika itu aku terus terlelap!

p/s- peristiwa di atas sengaja aku coretkan dengan beberapa istilah sains. sudah dua tiga hari hujan acapkali (almost every minute actually!) turun kat tempat aku! musim tengkujuh sudah tiba..

Selasa, 1 Disember 2009

MERANCANG LEBIH AWAL

Takwim persekolahan 2010

Semoga aku dapat bersedia awal dengan adanya takwim ni. Yang paling penting, takwim ni amat penting bagi aku sebagai rujukan untuk merancang balik kampung,hehehe.. ye la.. tiket flight kena booking awal!

Ahad, 22 November 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA

Seperti yang sedia maklum, minggu ni adalah minggu yang agak sibuk sikit bagi aku.. sebelum majlis jamuan kelas bermula pada hari isnin 16Nov baru-baru ni, kami warga SKNG telah menjalani sesi fotografi (walaupun kami bukan model,hehehe). Gambar-gambar kelas dan rakan-rakan sejawat telah dirakamkan sebagai diari & sejarah bagi tahun 2009. Di sini, aku tak dapat nak upload gambar-gambar tersebut kerana fotonya itu masih belum aku terima.

Jadi, peristiwa selanjutnya pada keesokan hari adalah kejohanan sukan olahraga. Awal-awal nak bagitau bahawa kami tidak menyediakan acara padang(macam lompat jauh atau lompat tinggi) hari tersebut, semuanya acara balapan (trek cuma ada 4 lorong je, boleh ke sebut balapan?? kehkehkeh).

Rumah sukan telah diberi: merah, kuning, biru dan hijau. Acara yang tersedia di bahagikan kepada 2 tahap(thp 1 &2) dan 2 kategori (Lelaki & pompuan).

Murid-murid berkumpul dengan penuh tidak sabar dan semngat berkobar-kobar!
Sebelum acara bermula, undian lorong perlu dijalankan dengan mencabut bola pingpong bertanda 1,2,3,4. Acara saringan telah dijalakan terlebih dahulu..pengadil & hakim bersiap sedia juga!
Acara yang dipertandingkan:
larian 50m
larian 100m
larian 200m
larian 4x100m
larian 4x200m

Khamis, 19 November 2009

JAMUAN KELAS

Minggu ini, dimulakan dengan aktiviti jamuan kelas.. pada hari isnin, semua kelas iaitu tahun 1 hingga 6 telah mengadakan jamuan akhir tahun secara serentak. Majlis itu telah berlangsung di dalam dewan sekolah.

-budak nampak tak sabar je nak menjamu selera. Menu chicken wing goreng tu pastinya meneliurkan budak-budak tu (hurmm, ada ke perkataan 'meneliurkan' tu?), nasib baik aku tak ajar BM. hehehe

Rabu, 18 November 2009

LAWATAN KE PANTAI KABONG

Ok. Lawatan ini sebenarnya telah berlaku pada minggu lepas,pada hari jumaat. Semua guru SK Nanga Grenjang dan kakitangan sokongan telah menyertai lawatan pasca-UPSR murid-murid tahun 6. Kami bertolak seawal pukul 6.30pagi. Murid-murid tahun 6 yang seramai 19 org sudah tentu gembira ke pantai kerana selama ini mereka sentiasa berada di kawasan hutan (lebih tepat, kawasan pedalaman). Jarang sekali mereka berpeluang ke pantai! Pantai Kabong terletak kira-kira 70km daripada sekolah kami. Cikgu-cikgu pun happy gak!

Angkut barang setibanya di pantai
Persiapan BBQ dan murid-murid berkumpul terlebih dahulu..
Aktiviti membina istana pasir & riadah di tepi pantai
Sebelum balik dan mandi laut, kitorang makan dulu. Semua orang happy bila bab makan-makan nih.. Eh, mana gambar mandi manda di laut? (suara latar: Tukang ambil gambar pegi mandi, macamana nak snap gambar..hehe)

Khamis, 12 November 2009

PERSIAPAN..

Persiapan apa tu? Bukan persiapan kahwin la.. cuma persiapan utk hari penyampaian sijil & hadiah pada tahun ini. Lebih baik siapkan awal-awal, sebab minggu depan akan lebih sibuk lagi..
Kesian budak-budak tahun 5 & 6 menjadi mangsa.

Rabu, 11 November 2009

BUAT TREK SEMPENA HARI SUKAN

Walaupun cuaca tak berapa sesuai untuk menganjurkan sukaneka dan sukan akhir tahun pada saat ini, tapi kami warga SK Nanga Grenjang sepakat untuk menganjurkan sebagai pengisian aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun. Jadi pada pagi tadi aku dan beberapa orang cikgu dengan bertungkus lumus menyiapkan trek larian.

Trek larian ini cuma dibuat sebesar 4 lorong sahaja. Yang menjadi masalahnya, padang sekolah ni kecik je.. jadi kena buat lengkok jugak untuk mendapatkan jarak 100m. Dengan sedikit ilmu matematik, akhirnya siap jugak trek tu dengan lengkoknya sekali.. berpeluh-peluh aku nak siapkannya..

Trek larian dengan 4 lorong.. bahagian lengkok paling susah nak buat! Eh, macam senget je garisan tu..hehehe
Sempat membuat trademark kat tepi trek.."SKNG" (sk nanga grenjang)

Rabu, 4 November 2009

PERTANDINGAN CONGKAK

Pada akhir bulan oktober baru ni, sekolah aku telah melangsungkan satu pertandingan congkak sempena sukan sekolah yang akan berlangsung pada minggu terakhir persekolahan. Orang iban pun tau main congkak! Ingat orang melayu je yang pandai main congkak, hehehe.. 1Malaysia kan..
Minggu ni, minggu peperiksaan yang dijalankan selama 4hari..semua subjek/matapelajaran diuji termasuklah juga subjek P.J dan muzik. Selamat berjaya murid-murid SK Nanga Grenjang!

Isnin, 12 Oktober 2009

DAH BERAPA LAMA?

Salam bertemu kembali. Dah lama sangat tak update blog ni.. macam nyawa-nyawa ikan je blog ni. tak kisah la apepun reason kenapa lama tak update, yang penting.. blog ni tak terkubur begitu saje...

taktau nak tulis ape kat blog sendiri.. okey la, weekend baru ni, aku try buat sendiri nasi lemak. Dah lama sebenarnya tak masak nasi lemak, seingat aku paling last skali masa lepas abis study kat U dulu. Masa tu duduk rumah, tolong mak masak nasi lemak. Mak kena gi umah sedara (ada emergency hal), so dia tinggalkan nasi lemak yang taksiap tu untuk aku uruskan..

Ni gambar yang aku rakam:
walaupun tak cukup bahan2 nak wat nasi lemak. tapi nasi lemak orang bujang ni tetap sedap, hehehe..puji diri sendiri konon...

Rabu, 29 April 2009

Rabu, 22 April 2009

sibu --> BINTULU --> miri






Ini siri jelajah kami di bintulu. Masuk bandar bintulu, pusing-pusing bandar, masuk pasar dan ke jeti kat dataran bintulu.. kemudian ke tanjung batu (sememang banyak batu!)dan jumpa air laut yang berwarna coklat tu. Dari situ, boleh nampak loji minyak walaupun agak jauh.. Seterusnya ke taman negara similanjau, kecik je kawasannya kat muara sungai tepi laut...

Rabu, 15 April 2009

SIBU --> bintulu --> miri

Setelah 2 bulan blog ni bersawang, akhirnya dapat juga di-update-kannya. Untuk makluman semua, aku tak dapat nak meng-update-kan blog sepanjang sebulan yang lalu akibat kegagalan DiGi broadband(speed GPRS je) – Bila nak upload gambar, dia stuck... Anyway, jemari aku tak sabar nak menaip ni...hehe..

Cuti sekolah baru ni, boleh disebut sebagai siri jelajah semi-sarawak! Hampir separuh kawasan sarawak yang telah di-explore! Bermula dari kawasan Betong termasuklah Saratok, sampai ke Miri-sempadan Brunei aku pergi.. Orang tempatan Sarawak pun jarang yang melancong macam aku.

Bermulalah siri penjelajahan aku apabila 2 orang coursemate masa kat maktab dulu, ala.. si usop dan zack tu datang ke rumah sewa aku di saratok. Mula-mula macam acuh tak acuh je nak buat siri penjelajahan ni, tapi akhirnya jadi gak!

Destinasi pertama kami adalah bandar Sibu. Hari sebelum tu, kami dah ke sibu jumpe Zul Atfi sebelum dia berangkat ke semenanjung. Maknanya, ini adalah kali kedua kami ke Sibu. Laluan ke Sibu kali ni kami memilih jalan lain yang mana membawa kami dari saratok terus ke airport Sibu (tak lalu jalan ke Bintangor). Sungguh teruk jalan raya di pertengahan jalan sebab masa tu jalanraya sedang di-renovate, tengah dibaiki.. Sesampi je di bandar Sibu, kami terus ke Wisma Sanyan..Shopping complex yg dikatakan agak besar gak la..tapi kebanyakan barang kat situ, mahal-mahal.

Then, kami teruskan perjalanan ke Primier. Pun shopping complex gak, kat situ kami tonton citer Dragon Ball. Tak menarik sangat criter tu, kurng aksi lawan-lawan yang aku harapkan.. pastu round-round bandar Sibu, singgah jap kat dataran Sibu dekat tepi sungai rajang, bersebelahan pelabuhan sungainya. Sebelum kami tinggalkan Sibu, kami ziarah ke pasar (antara pasar basah terbesar di sarawak) dan stesen pengangkutan awamnya (bas dan bot ekspress)…


* kisah ni akan bersambung semula..letih taip panjang-panjang kalau tak dapat nak upload..problem..problem...

Ahad, 8 Februari 2009

SARIKEI PADA HARI KE-2 CNY

Sori pasal criter kali ni kurang hangat sket sbb dah lama berlaku. Ketika Chinese New Year baru ni. Hari kedua CNY tu, kami berempat telah ke bandar Sarikei. Saje je jalan-jalan.

Ada sesetengah orang tempatan menyebut sarikei tu dengan sebutan sa-ri-kai. Apepun, tak jauh pun bunyi nyer. Disebabkan kami datang ke bandar sarikei pada hari kedua sambutan CNY, banyak kedai masih tutup. Agak lengang.

Kat situ, ada sebuah pasar raya yang tak berapa besar bernama Ngeuki. Pelik jer bunyi. Kalau nak dibandingkan emporium Hock Kee Seng Kat Kuala Terengganu tu, rasanya emporium beli belah kat K.T tu lagi besar daripada Ngeuki.

Anyway, apa yang menarik kat sarikei adalah pasal bot express kat jeti nya. Bot express ni yang akan membawa penumpang melalui jalan air ke Sibu dan seterusnya ke tempat lain. Suka tengok sungai yang besar dan bot-bot yang ulang alik kat situ. Susah nak cari panorama tu kat semenanjung.



Akhirnya, sebelum balik, kami singgah di gerai mamak (mujur ada kat sini) menjamu selera. Nasi briyani dan roti canai ada kat sini. Macam kedai mamak biasa kat semenanjung ringkas cerita. Depan kedai ni ada sebatang sungai. Cantik view nyer..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...