Perjalanan dari Saratok ke Bintulu, alhamdulillah.. dengan selamatnya aku tiba ke destinasi yang memakan masa selama hampir 5 jam. (Tambahan pula, nak keluar dari sekolah dah makan masa sejam sebelum sampai kat pekan saratok)
Travel kali ini sebenarnya cuma difikirkan dalam masa singkat. Tak rancang betul-betul. Kenapa Bintulu? Kalau pegi kuching, dah banyak kali.. tukar angin pulak. Lagipun jarak kedua-dua tempat lebih kurang je dari Saratok. Untuk pengetahuan korang, bintulu merupakan bandar petroleum & gas asli. Banyak kilang pemprosesan minyak & LNG kat sini. Tarikan pelancongan pun ada sikit, seperti pantai tanjung batu, taman tumbina dan taman negara similajau.
Perjalanan dimulakan sebaik sahaja tamat waktu persekolahan. Aku terus menuju ke Bintulu tanpa henti dengan memandu secara bersendirian. Cuma berhenti isi minyak kat Sibu je.
Melalui jalan sarikei-sibu. Aku guna jalan menuju ke jambatan Durin untuk ke Sibu
Melalui Selangau. Jalan agak teruk. Ketika itu baru lepas hujan. Ada jalan berlopak-lopak. Huish..memang memburukkan lagi pemanduan.
salam, tumpang tanya, ada bas tak dari airport bintulu, saya nak ke bintulu isnin ni 20hb jun. terima kasih.
BalasPadamsalam.. tumpang tanya selain tmpt2 ni ada lg tak tmpt yg menarik kat bintulu?
BalasPadamSalam cuti-cuti malaysia. Selamat datang ke sarawak.. Welcome to bintulu uols! Hehe
PadamFirst of all, terima kasih singgah ziarah blog sy yg seberapa ni..
BalasPadamDlm blog ni, sy senarai semula tempat menarik di bintulu yg dikunjungi sy;
1. Pasar tamu & pasar utama bintulu (produk tempatan)
2. Promenade bintulu & waterfront (santai & sunset)
3. Pantai tanjung batu (pantai berbatu, nmpak loji petroleum dari jauh)
4. Taman negara similajau (trekking & keindahan alam)
5. Taman tumbina (ala-ala zoo + tmn botani)
6. Pasar malam (tiap2 mlm ada!)
Selain tempat ni? Ada lagi, misalnya Kampung Jepak. Terletak di seberang sungai kemena yg memisahknnya dari bandar bintulu. Boleh tengok cemana penduduk tempatan buat cencaluk & belacan. Kebanyakan mereka orang melanau. Boleh cuba produk berasaskan sagu. Better cari la teman yg berasal dari sana (cuba berkenalan secara online). Dapat rasai budaya mereka yg tak sama mcm kita.
Kalau nk alami alam sekitar yg mempesonakan, pergi la ke gua niah. Terletak kira-kira 120km dari bintulu atau lebih kurang 2jam memandu ke sana. Boleh bermalam di sana. Ada chalet murah kat tmn negara niah. Gua niah terkenal dengan kesan arkeologinya & keluasan gua yg amat besar! Muat padang bola tau..
Tu aje yg terlintas dlm kepala sy ni. Selamat melancong!
P/s- bas dari airport ke bandar bintulu & sebaliknya, takde rasanya (setakat 2011). Taktau la sekarang cemana.. Cuba dapatkan teksi berkupon (sekitar rm35) utk ke bandar bintulu. Sewa kereta amat digalakkan utk meneroka bintulu!
tq for the info :)
BalasPadamsesiapa yang memerlukan kereta sewa di bintulu sila hubungi yns car rental 0146909608..terima kasih..
BalasPadamsalam tuan blog, sy telah ke bintulu bulan january yang lepas utk melawat anak di PLKN Similajau. dgn berpandukan entry ini, sy sekeluarga telah berjaya melawat ke tempat yang anda senaraikan. terima kasih byk2 dan teruskan menulis... :)
BalasPadam