nuffnang

NUFF

Selasa, 9 Julai 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 22 (I MISS U JEJU)

Day 3 - Meninggalkan bumi Jeju nan indah, Eastar Jet [7 jun]


Aku tiba di Jeju Airport pukul 2.05 petang lebih kurang.. Terus check-in di kaunter EastarJet yang terletak di aras 3. Aku masih ada satu jam lagi untuk pusing-pusing dalam airport ni. Tapi aku malas nak explore, kaki aku terasa sakit lagi. Mahu rehat secukupnya. Eh.. aku sempat jugak merayau-rayau bila bosan lepak kat kerusi je! *Cis, dasar kaki kuat jalan!*



Tak sia-sia aku planning pergi ke pulau Jeju ni. Memang puashati. Banyak sangat tempat menarik. Aku ada baca pemplet dan buku panduan yang disediakan kat airport, dan terlalu banyak yang aku rasa nak pergi tapi tak kesampaian. Kekangan masa.

Bagi aku, pulau Jeju adalah tempat terbaik bagi menikmati keindahan semulajadi. Bukannya dua tiga tempat attraction, tapi banyak!

Jangan lepaskan peluang mendaki mt.Hallasan, walaupun letih bertrekking tapi sangat berbaloi. Sila singgah di Ilchulbong dan Sangumburi kerana keunikan kawah volkaniknya serta menyaksikan sendiri Lava tube di Manjanggul. Kesemua tempat ini tersangat cantik!

Air tejun kat sana memang menarik terutamanya Jeongbang waterfalls di mana merupakan satu-satunya air terjun di Asia yang jatuh langsung ke laut! Jusangjeolli menawarkan formasi batuan yang mempersonakan kerana berbentuk heksagonal dan juga tidak kurang hebat juga batuan lava yang mengeras Yongduam rock berbentuk kepala naga. Tapi sayang aku tidak berkesempatan ke Oedolgae (batu kesepian) tunggul batu karang setinggi 20 meter.

Kalau aku senaraikan kat sini, memang terlalu banyak tempat menarik nak ditulis. Satu hari setengah memang tak cukup aku nak jelajah tempat yang best kat Jeju ni. Walaubagaimana pun, aku tetap bersyukur kerana berpeluang menjejak kaki ke pulau ni dan berjaya menerjah hampir 15 tempat (banyak tu!) meskipun masa terlalu singkat!



Kat airport ni, aku cuba cari wifi yang free sambil duduk kat bangku ruang menunggu tapi tak berjaya. Sedar-sedar, perut aku pula minta diisi. Mujur ada disediakan water dispenser cold-hot kat area ruang menunggu tu. Aku apa lagi, keluarkan maggi cup, dan makan sepuasnya. Nescafe instant yang aku bawak juga aku guna. Cawan kertas untuk buat air nescafe tu, aku seludup dari hotel ilchulbong. Hehhehe..

interior designnya lain, flite ni diorang tak buat lukisan mural kat dinding pesawat

aku dapat duduk kat window seat

Jeju air pun nak belepas jugak..

tapi tak sure Jeju air menuju ke mana. Mungkin ke Gimpo juga?

bergerak meninggalkan Jeju Airport

bye..bye..

semoga aku dapat jejak kaki ke sini lagi!

ready to take off

sedih laa.. goodbye Jeju

dari atas pesawat

nampak tak batuan lava tu?

kapal-kapal di laut

aku pilih jus oren instead of mineral water

ni bukan jerebu.. tapi berkabus dan berawan






dah nak sampai kat seoul..

mula nampak bangunan pencakar langit





dah sampai Gimpo airport, lebih kurang sejam penerbangan.

ada shuttle bas sedia mengangkut ke terminal

Okey.. Jumpa lagi di Seoul!

2 ulasan:

  1. if dri jeju nak ke seoul, brp tiket flight per person ye ?

    BalasPadam
  2. Aku beli tiket EastarJet dari Jeju ke Seoul (sehala) agak murah jugak la sebab beli ketika ada promo (rasanya kalau beli lagi awal, ada lagi harga yg lagi murah), kalau tak silap sekitar 45,000 won (~rm135)

    Kena register dulu kat website EastarJet tu, baru bleh beli tiket promo. Dan agak mencabar juga nak beli tiket kat websitenya.. kena selalu try&error kalau tak berjaya beli. hehe..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...