nuffnang

NUFF

Jumaat, 12 Julai 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 23 (BACK TO SEOUL)

Day 3 - Dari Gimpo Airport ke GH di Dongdaemun [7 jun]

Flite aku dari Jeju sepatutnya berlepas jam 3.10petang tetapi delay 10 minit, makanya aku sampai di Airport Gimpo lewat sikit iatu dekat jam 4.30petang.

Window seat, 27A.. seronok dapat merenung luar tingkap..hehe

Sampai je kat Gimpo Airport, aku memang target nak terus check-in kat Kimchee Guesthouse yang terletak di Dongdaemun. Direction ke Guesthouse ni ada dalam websitenya jadi aku takde masalah nak pergi ke situ. Aku memang akan naik tren je ke sana. Pening tengok peta subway mula-mula, tapi sekejap je aku dah dapat hadam 'keserabutan' line subway tu. Senang je kalau dah alami sendiri berbanding secara teori (kes kaji peta subway sebelum pergi ni)


Lepas aku tengok peta subway, aku rasa macam nak melencong sikit sebelum pergi check-in kat guesthouse. So, aku dari Gimpo Airport aku ambil line no.5 pergi ke Gwanghwamun dulu. Ada apa kat sini? sebenarnya aku nak pergi servey tiket Seoul Tour Bus untuk Night Course. Sampai je kat sini, aku terus cari kaunter tiket tapi diorang suruh tunggu selepas 7pm (sebelum 8pm). Bermakna aku kena datang balik, aku nak beli tiket tu awal-awal takut habis sebenarnya. Kalau nak naik bas Night course dua tingkat kena beli awal pulak!

Jadi aku jenjalan aje la sekitar Gwanghwamun tu. Tak menda yang menarik sangat. Dan aku rasa tak selesa jugak sebab bawak beg ke hulu ke hilir. Jadi aku ambil keputusan terus bergerak ke GH. Lokasi sebenar GH aku sangat dekat dengan stesen Jongno-5(o)-ga (Line no.1).

Aku tak naik tren kat stesen Gwanghwamun sebalik naik melalui stesen Jonggak (Line no.1) yang terletak kira-kira 300m dari situ sebab satu laluan ke Jongno-5(o)-ga St.


Sampai di GH aku terus check-in dan sempat menunaikan solat dalam bilik yang sempit. Aku sepatutnya berada dalam bilik dorm 4 katil tetapi ditukarnya sesuka hati. Nanti lah.. aku cerita lebih lanjut pasal GH ni!

Perut perlu diisi. Aku hanya berjalan kaki pergi ke Dongdaemun market. Map sekitar GH aku dah print siap-siap, senang nak explore kaedahnya.. jadi misi mencari tempat makan mudah dan berjaya!

Aku ada jumpa info pasal ikan bakar kat area Dongdaemun ni dalam internet (titik asasnya dari stesen dongdaemun untuk ke tempat ini) tapi aku tak ikut laluan yang biasa dicadangkan tu sebab lokasi GH ni tak jauh dari stesen Dongdaemun ni.

Semua ni berharga 7,000 won.. aku melantak sorang-sorang je. Ye la, solo traveller katekan!


Dah kenyang, aku round-round dulu area Dongdaemun market. Takde yang berkenan sangat sebab aku bukan kaki shopping dan bukannya target aku ke sini pun. sekadar nak kenal tempat je.

Kemudian aku naik subway dari stesen dongdaemun menuju ke stesen jonggak. Tak tau nak buat apa. jadi aku cuma pusing-pusing area Cheonggye Plaza dan Sungai Cheonggyejeon. Lepak-lepak merehatkan kaki yang kelenguhan!

Layan gambar-gambar sekitarnya..








Next enrty pasal Seoul Tour Bus Night Course pulak. Ke mana aku berjalan pada sebelah malam nanti?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...