nuffnang

NUFF

Isnin, 1 Julai 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 16 (SUM GUESTHOUSE JEJU-SI)

Day 2 - Bermalam di Jeju-si, SUM Guesthouse [6 jun]


Hampir jam 5.35 petang aku tiba di SUM Guesthouse, aku dah book awal-awal melalui agoda.com dan harganya 16,000 won/nite (promo). Bilik aku adalah dorm dengan 6 katil.

Sebelum meninggalkan pakcik teksi, dia minta aku tulis something dalam guestbook (buku catatan) dia. Dia suruh aku tulis apa-apa komen tentang perkhidmatannya sepanjang aku menjadi tetamunya. Aku memang tulis yang elok-elok saja. Memang pakcik driver ni tersangat baik!

Kemudian, aku settlekan bayaran sewa teksi itu sebanyak 110,000 won seperti yang dijanjikan. Proses check-in di guesthouse ni mudah dan ownernya dapat bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik.

Guesthouse ini aku recomended kepada backpackers kerana lokasinya yang strategik di Jeju-si (bandar jeju) kerana terletak sangat dekat dengan Terminal Bas Jeju. Kat terminal ini sangat mudah untuk dapatkan bas yang pergi ke serata tempat di Pulau Jeju!

Katil berselerak, aku ambik gambar ni sewaktu balik dari Mount Halla

Selesa. Ada box dan soket memudahkan proses mengecas gajet

Lockernya kecik sahaja. Kalau nak isi beg yang besar gedabak memang tak muat!

Sampai je kat dalam bilik. Sudah ada sorang tetamu kat situ. Orang korea juga dan umurnya dalam 40-an. Aku berbual-bual mesra dengannya. Lama jugak kami bersembang. Mujur dia pandai berbahasa inggeris. Dia pernah singgah di Malaysia sewaktu tahun 1998 dan ketika itu dia ada kerja di Singapura.

Dia memperkenalkan dirinya sebagai Lee dan sebenarnya dia baru balik dari mendaki gunung hallasan. Dia ambil trek yang agak sukar dan panjang. Kira-kira 7.5 jam turun-naik. Orang korea ni memang kebanyakannya baik-baik. Kenapa? Pakcik Lee ni sedekah kat aku lebihan coklat yang semasa dia mendaki. Bukan sikit, tetapi sangat banyak! Kamsahamnida pakcik Lee..

Dia juga ajak aku keluar dinner bersama-sama selepas dia mandi. Tapi aku menolaknya dengan cara baik. Aku takut juga dia bawak pergi makan kat kedai bukan-bukan. Dia masih taknak mengalah, dan dia siap offer untuk tapau-kan kalau aku nak kirimkan sesuatu/makanan.

Baik sungguh kan? Lepas dia keluar, aku pergi mandi dan solat dalam bilik. Aku makan sikit roti yang aku standby untuk makan tengahari tu dan tanpa aku sedar, aku terlelap. Tido mati pulak tu! Planning asal aku mahu pergi ke Dongmun  market dan lihat sunset kat Yongduam tapi semua itu hanya muncul dalam mimpi je la! Haha..

Jadi, malam itu aku cuma dibuai mimpi aje la.. bagus juga, sekurang-kurangnya aku boleh simpan sedikit tenaga untuk mendaki Mount Halla-san keesokannya!

trip sewa kereta dengan pemandunya sekali, 11 tempat! bermula dari Seongsan Ilchulbong sehingga ke guesthouse yang terletak beberapa kilometer dari Jeju Airport 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...