nuffnang

NUFF

Rabu, 17 Julai 2013

MONSTERCHEF: RESEPI BUBUR PEDAS & AYAM MASAK MECHAP

Hai.. Saya Dina. Saya peserta pertama Monsterchef musim ini. Hari ini saya nak masak menu istimewa orang sarawak iaitu bubur pedas sarawak!

Menu sampingan adalah ayam masak kicap.. eh bukan, planning asal memang nak buat ayam masak kicap tapi lepas siap macam jadi kombinasi ayam masak merah & ayam masak kicap. Jadi saya bagi namanya ayam masak me-chap.. kreatif tak uolls?

Jom kita tengok menu utama dulu:

Bubur Pedas

Kamek tuk sik pandei mana masak bubur pedas. *Eh, terkeluar pulak loghat sarawak.. biarlah*

Bubur pedas kamek tuk pakei kurang sayur nya.. kinek tuk kan dah moden *Apa kaitannya?*

Sebelum kamek merapu, kita terus aje dengan bahan-bahan untuk membuat bubur pedas. Mula-mula mestilah ada bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia seperti dalam gambar di bah tuk.
 

Tumbuk sampei lumat dulok. Selagi tak lumat, selagi tu kitakorang tumbuk.

Sementara itu, potong sedikit belacan dan masukkan ke dalam bahan-bahan yang ditumbuk tadi.

Keluarkan sayur. Sayur kamek simpan dalam peti sejuk. Sebenarnya pakai sayuran segar lagi bagus. Daun sinkei dan daun buas mesti ada jugak. Orang semenanjung tau tak daun tu? Datang la sarawak kalau nak kenal. * kerlass jawapan kamek kan?*

Kamek pakai foo-chok dan kulat yang macam dalam gambar ni. Basuh dulu tau kemudian potong kecil-kecil. Selain tu kamek masukkan juga sosej. Bubur pedas moden kan..hehe.


Dan sebelum tu, kamek pakai ramuan rahsia. Ini adalah pes bubur pedas. Kat sarawak ni belambak-lambak dijual. Kena rendam pes ni dalam 15 minit dulu.

Okey.. panaskan kuali. Kamek sik pakai periuk sebab kat sini sikda periuk. Hentam aje lah. Mula-mula tumis dulu bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Bila dah naik bau masukkan sayur, foo-chok, kulat, sosej, udang dan daun sinkei juga daun buas tu.



Bila semua tu macam dah agak layu, masukkan santan kotak.. biarkan ia di atas dapur dengan api yang sederhana.
 

Dan akhirnya, siap juga dan boleh dihidang. Best menu ni, try la.. kalau tak try, beli aje kat bazar. Senang je jumpa kat sarawak ni. So, beli tempah tiket ke Sarawak sekarang!

Belum habis lagi, kitakorang nak pergi ke mana? Ada siget (satu) lagi menu yang belum buat ni. Menu seterusnya yang ala-ala kreatif ni adalah:

Ayam Masak Mechap

Baiklah, mula-mula kitakorang kena sediakan separuh saja bahagian ayam. Basuh bersih-bersih dan potong kecil-kecil. Gaulkan dengan garam-kunyit.



Kamek terus aje blender bawang merah, bawang putih dan halia, gambar kat bawah ni gambar blender je. Kamek letih lah nak tumbuk-menumbuk sebab dah buat untuk menu bubur pedas.

Panaskan minyak dan masak dulu ayam yang dipotong tadi. Bila ayam dah kekuningan, angkat dan tos minyaknya. Ketepikan dahulu.

Kemudian masak bahan yang diblender tadi sehingga terangkat bau. Masukkan cili giling dan sos cili. Kamek terlebih masukkan bahan-bahan tu semua. Sik hai.  Masukkan kicap pekat sehingga warnanya berubah.
 



Jangan lupa masukkan gula dan garam sesedap rasa. Tapi macamana nak rasa kalau bulan poser ni kan? Pepandai korang la.. Dan hasilnya…
 

*Tepi-tepi.. Nama kamek E-jan, kamek nak menyibuk jugak. Walaupun bukan turn kamek, tapi kamek boifren dia.. nak interframe jugak!

Hokaay.. kamek tuk nak masak pencuci mulut yang simple je. Murtabak Mi Goreng Sedaap. Sedap kah? Sedaaaaap…

Oleh kerana kamek tuk cuma watak sampingan, nangga gambar jak la kitak orang. Sebelum tu bahan-bahannya mudah jak:

1 bungkus mee segera (Mi goreng Sedaap)
2 biji telur
Sedikit minyak untuk menggoreng


Cara-caranya:






Inilah hasil murtabak kamek..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...