nuffnang

NUFF

Selasa, 2 Julai 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 17 (MOUNT HALLASAN)

Day 3 - Mendaki Gunung Tertinggi di Jeju, Halla-san [7 jun]

Sambung lagi cerita yang sebelum ni. Sebaik sahaja aku sampai di SUM Guesthouse aku dah deal dengan ownernya untuk mendapatkan teksi ke Yeongsil (salah satu starting point untuk daki Mt. Halla) seawal jam 5 pagi! Dia cadangkan aku naik aje bas kerana lagi murah tambahan pula Terminal bas cuma seberang jalan dari SUM GH je..

Tapi, aku berkeras juga mahu dapatkan sebuah teksi ke sana. Aku tahu, tambang teksi memang mahal tapi kekangan masa perlu difikirkan. Pada hari ini, aku cuma ada separuh hari sahaja. Flite aku akan berlepas jam 2.50 pm. Mahu tak mahu, aku kena keluar awal mendaki supaya sempat berada di airport sebelum waktu berlepas.



Seperti yang aku ceritakan sebelum ini, malam sebelum kejadian (mendaki) aku tidur awal. Kalau tak silap dalam lingkungan jam 7 pm. Tetapi menjangkau jam 12 malam aku tersedar dari tidur kerana ada beberapa tetamu yang baru pulang ke bilik. Mereka ni sebenarnya dah check-in kira-kira jam 8pm dan sudah sedar kehadiran aku yang tidur-nyenyak-nak-mampos bila masuk bilik. Memang betul, aku tidur mati.. benar-benar letih tau!

Aku bangun sekejap, pastu sempat berWi-fi dengan henset dulu sebelum solat jamak maghrib isyak. Aku sambung tidur semula setelah set-kan alarm henset jam 4.15pagi.

Bila alarm berbunyi, bergegas aku bangun dan bersiap-siap dengan pakaian sesuai. Ahli bilik yang lain masih terbungkam di atas katil. Ye lah, bukan agenda mereka untuk panjat Mt. halla pagi tu. Cuma aku sorang je..

Aku tak bukak lampu sepanjang aku bersiap dlm bilik. Takut mereka terganggu tidurnya. *nasib baik tak tersalah sarung spender atau pakai baju terbalik, hehe*

Perut aku memang lapar pagi tu dan bila aku tengok jam tangan dah menghampiri pukul 5am, cepat-cepat aku turun. So, kelam kabut dan tak jadi nak bersarapan dulu. Aku turun ke bawah sambil refill botol air mineral aku dan terus mendekati sebuah teksi yang sudah bersedia di luar GH.

Pemandu teksi terus mambawa aku ke Yeongsil selepas kami berbual ringkas di depan GH tu. Perjalanan dari Jeju-si ke Yeongsil mengambil masa hampir 50 minit. Itu pun sebab driver bawak perlahan, kalau tidak pasti sampai lagi awal.

Aku tiba di Yeongsil hampir jam 6 pagi. Mulanya driver nak drop aku kat parking Yeongsil Management Office (altitud 1,000m) tapi aku tak nak kerana memikirkan kesuntukan waktu. Maka aku suruh driver hantar terus ke Yeongsil Resting Area (altitud 1,280m) yang terletak kira-kira 2.4km dari Yeongsil Management Office. Kiranya macam cheat jugak la sebab aku dah save 2.4km berjalan kaki! Maybe sejam nak habiskan 2.4km tu..

Sebenarnya, nak daki mount hallasan ini ada banyak pilihan. Kita boleh pilih trek yang bersesuaian dengan target masing-masing. Aku terpaksa ambil trek yang pendek untuk menjimatkan masa tetapi berbaloi juga. Baca di sini untuk tahu trek/trail yang tersedia untuk mendaki Mt.Halla ni.

Okey.. Jom kita menjengah Mt.Hallasan yang indah ni!

Cuaca pagi itu sangat cerah dan best. Sejuk je bila berada di Yeongsil Resting Area ni. Baru keluar kereta dah terasa kedinginannya. Belum panjat lagi..







Trek pada mulanya sangat mudah dan landai. Masa tu aku sanggat excited dan teruja. Jalan laju-laju. Mungkin terlalu awal aku start mendaki jadi tak ramai orang yang aku jumpa. Aku jalan sensorang sambil menghayati dunia yang menyegarkan..







Okey bila dah sampai kat sini dan aku jenguk nampak lereng bukit berbatu tu, tandanya sudah bermula pendakian yang sebenar. Ketika ini baru tahu azabnya nak panjat tangga dan laluan yang curam.










Kaki aku terasa sangat lenguh. Badan pula mengigil-gigil. Bukan sebab kesejukan tapi baru aku sedar bahawa aku belum bersarapan. Energy level aku sewaktu sangat rendah. Apa lagi, dipertengahan pendakian aku bukak roti dan makan coklat sambil menikmati keindahan alam.
































Cerita ni belum habis lagi kerana gambar banyak sangat nk diupload.. so aku separate kepada dua bahagian. Aci tak? Next entri lagi best pemandangannya kerana aku sudah sampai ke Witsae-oreum Shelter sebelum trun melalui Eorimok trail..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...