nuffnang

NUFF

Rabu, 24 Julai 2013

MONSTERCHEF: RESEPI NASI MINYAK & AYAM PERCIK TERENGGANU

22 Julai, Dewan Makan SK Nanga Grenjang

Ayung bua(r) kokek, kokek hujung golok,
Hok die(r) lokek, hok orang die(r) nokkk..

Faham tak? Kalau tak tahu, konfirm bukan orang terengganu.. Ni adalah antara bait-bait lagu rakyat orang terengganu. Jadi hari ini, aku selaku peserta Monsterchef ke-4 iaitu cikgu fahmi akan mempersembahkan hidangan istimewa dari negeri pantai timur ini!

Kalau korang pergi ke terengganu, memang terkenal dengan keropok lekor, sata dan nasi dagangnya. Tapi aku tak nak masak semua tu. Aku cari menu lain supaya masakan terengganu terkenal di mata dunia *berhasrat tinggi la sangat!*

Kat terengganu juga, nasi minyak senang nak cari. Tak perlu tunggu time orang kahwin. Banyak gerai & kedai makan jual nasi minyak. Kami orang terengganu dah biasa jadikan nasi minyak sebagai menu sarapan tau!

Malas aku nak tulis panjang-panjang pasal masakan terengganu ni. Mari kita tengok resepi nasi minyak versi terengganu nih!

Resepi Nasi Minyak Terengganu:

Bahan-bahan:
1 mangkuk beras
 ¾ cawan susu cair
3 sudu besar marjerin (aku pakai planta)
1 paket kecil rempah tumis (cengkih, kayu manis, pelaga etc)
4 bawang merah (dimayang halus)
½ inci halia
Daun pandan
Sedikit pewarna & sunquick

 Cara-cara:
1. Basuh beras bersih-bersih.

2. Panaskan periuk dan masukkan planta. Bila planta dah cair, tumis rempah sehingga naik bau. Masukkan bawang dan halia, tutup api bila bawang dah nak jadi kuning sikit.


3. Sediakan susu cair, masukkan setitik dua pewarna merah. Kemudian, campurkan sekali dalam beras. Masukkan beras dalam periuk yang dah ada bahan yang ditumis tadi. Sukatan air beserta susu cair tu pastikan sama (aras sukat) seperti korang masak nasi biasa.

4. Masukkan pandan (tapi aku tak letak) kemudian masak nasik macam biasa. Bila dah nak masak, gaulkan sikit dan jangan lupa letak sikit jus sunquick.
 
Makan nasi minyak kena ada acar timun mentah dan sambal belacan, baru terangkat! Okey, sila salin resepi ni pulak.

Resepi Sambal Belacan

Bahan-bahan:
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi - tambah ler lagi kalau nak berasap telinga
seketul belacan- belacan tanjung dawai yg sangat la sodap
limau nipis
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
* sukatan utk gula,garam dan limau nipis tu kena pandai agak-agak sendiri, kadang boleh kurangkan, kadang kena lebihkan

Cara-caranya :
1. Patah-patahkan cili merah dan cili padi. Masukkan dalam bekas blender kering bersama belacan, gula dan garam. Blend kejap jer tau.

2. Perahkan jus limau nipis. Selalunya cikgu akan perah sampai sambal tu nampak berair sikit.

3. Gaul dan rasa.Kalau masam sangat, tambah gula cikit. Kalau termanis sangat tambah garam dan jus limau cikit. Alah pandai-pandai la ejas. Korang kan teror masak, cikgu amatur jer.

Resepi Acar Timun Mentah

Bahan-bahan:
1 batang timun
1 batang lobak merah
2 cili besar
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
4 sudu besar cuka
garam & gula secukupnya

Cara-caranya:
1. Potong timun dan lobak merah (potong tipis-tipis) secara memanjang dalam 2 hingga 3 inci. Bawang besar dimayang sedikit kasar. Cili besar dipotong serong memanjang.



2. Masukkan ke semuanya bahan-bahan ini dalam satu bekas. Tuangkan cuka, garam dan gula secukupnya. Seimbangkan rasa masam dan manis. Biarkan ianya seketika. #Walaupun cuka tu dimasukkan 4 sudu je, tapi air dari timun & lobak akan keluar menyebabkan acar tu akan lebih berair selepas dihidangkan.



Resepi spesel untuk menu kali ini sebenarnya adalah ayam percik! Ayam percik terengganu mungkin tak sama macam ayam percik yang lain. *keluarkan buku nota sekarang! Salin resepi nih..*

Resepi Ayam Percik Terengganu

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
8 ulas bawang merah
4 inci halia
4 batang serai
5 sudu besar serbuk jintan manis
4 sudu besar serbuk ketumbar
5 sudu cili giling
400 ml santan dalam kotak
Sedikit belacan
Garam
Gula

Cara-caranya:
1. Basuh ayam dan potong mengikut saiz kesukaan korang. Aku potong sederhana besar jer. Perapkan ayam itu dengan campuran 3 ulas bawang merah(ditumbuk lumat), 2 inci halia(ditumbuk lumat), 2 sudu besar jintan manis dan 2 sudu besar serbuk ketumbar. Masukkan gula dan garam.

Biarkan selama 2 hingga 3 jam. *kalau korang taknak perap pun takpe*

2. Panaskan kuali. Masukkan santan dan sedikit air. Bila ianya mula mendidih, masukkan 5 ulas bawang (diblend), 2 inci halia(diblend), 2 batang serai (diblend), 3 sudu besar serbuk jintan manis dan 2 sudu besar serbuk ketumbar.


3. Kacau sedikit, bila dah mendidih agak kuat, perlahankan api dan masukkan cili giling, dua batang serai yang dititik dan ayam yang telah diperap tadi. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukupnya. Gula melaka pun okey je. Orang terengganu sebut gula melaka ni; nisang kerek. Hehehe..
 


4. Biarkan ayam separuh masak atau ¾ masak. Angkat ayam dan bakarnya atas alat pemanggang. Kalau takde? Tiru macam cikgu; mula-mula sapukan kuali dengan minyak, lapikkan permukaan kuali yang berminyak tu dengan daun pisang kemudian bakar lah ayam atas tu. Kreatif tak? *kalau nak goreng pun boleh jugak ayam tu ~ #suara latar menyampuk*



5. Dah siap, hidangkan ayam bakar tu dengan dicurahkan kuah percik tadi. *Ingat! makan tu biarlah sampai terpercik ke baju kawan/saudara kat sebelah tau! Dah namanya ayam percik.. #seperti yang dilakukan oleh miss Dina, hehehe


#Menu tambahan:

Resepi Kuih Cek Mek Molek Inti Gula Apong
*Amaran: arahan cara-cara buat kuih ini dalam loghat terengganu*

Mule-mule deme sume kene rebuh dulu ubi steyler biar jadi empok.

Pahtu, buang r kulik yer dan lenyek sapa die jadi macang dalang gambor ning.

Tambohkang tepung, jangang letok banyok sangak sekaliguh. Boh sikek-sikek dulu. Bile tepong doh sebati dang buleh digetey jadi bulak tande nyer dok perlu lagi ah masokkang tepung gangdong tu.

Dengang skill yang deme ada, acu cube buak lerkok pade bebola aduanang tadi. Isi-kang dengang gule apong dan getey biar die jadi bujor memanjang.

Goreng sapa kekuningang. hidangkang dang sedak dimakang panah-panah..

"SELAMAT BERBUKA"

1 ulasan:

  1. sedapnyer tengok bulan puasa ini..nk cubalah,
    Terima kasih atas info tersebut.silalah singgah diblog saya http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...