nuffnang

NUFF

Jumaat, 3 Januari 2014

[TEACH] Bersabung Nyawa Ke Sekolah Pedalaman

Hari pertama ke sekolah di rundum rasa gentar!

"Ya Allah, janganlah kereta yang dipanduku terperosok ke dalam gaung.."

Itu lah terucap di bibirku sebaik sahaja melihat keadaan jalan yang rosak teruk selepas hujan lebat di Sarawak dua tiga hari sebelum sekolah dibuka. Jalan rosak itu satu-satunya perhubungan kami warga SK Nanga Grenjang dengan dunia luar.

Demi mendidik anak-anak  dan menggalas tanggungjawab sebagai guru, kena hurungi jua jalan tu!

kerosakan jalan menjadi bertambah buruk bila hujan lebat
Nampak tak jalan kat bawah ni? Sangat sempit dan seolah-olah seperti genting kerana kanan dan kirinya adalah gaung. Yang jadi masalahnya adalah tanah yang berada di kawasan genting sangat becak.

Kereta yang di pandu aku nyaris-nyaris melurut ke sisi gaung kerana tanah yang licin. Tayar kereta lari, walaupun stereng pada kedudukan lurus. Nasib baik aku segara 'membalas' stereng ke arah bertentangan supaya tidak menjunam ke gaung. Kuss semangat hoccay!

selalu berdoa supaya hari tak hujan, supaya jalan tak becsk dan licin!
Nasib baik bila pulang ke Pekan Saratok (hari ini - jumaat) jalan agak okey sedikit kerana cuaca panas sejak kemarin. Alhamdulillah..

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Minggu ni depan taktau lagi cemana.. harap dapat bertabah dengan hazab jalan tu lagi!

      Padam
  2. Teruknya jalan, bukit kiri kanan tu pula macam ada botak sikit, Sekolah tu jauh dari pekan Saratok ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukit tu salah satu puncanya.. sebelum jalan rosak ni, ada tanah runtuh kat depannya, tapi tak mencabar sangat nak redah sebab sisa tanah runtuh tu tak banyak sangat atas jalan (jalan jadi tersangat sempit).

      Sekolah kamek orang jauh dari pekan saratok. Lebih kurang 30km baru jumpa simpang jalan raya besar, dari simpang tu agak jauh gik nak ke Pekan Saratok

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...