nuffnang

NUFF

Khamis, 16 Januari 2014

[TEACH] Sambutan Malidur Rasul Nan-Hado

Sejak aku bertugas di sekolah ni, memang tak akan disambut Malidur Rasul ni. Bukan sebab malas atau dianggap bidaah leh sesetengah pihak tetapi kerana di sekolah aku tiada murid yang beragama islam.

Teringat sambutan maulud nabi ketika aku masih di bangku sekolah. Ada perarakan, marhaban beramai-ramai dan macam-macam lagi. Meriah!

Masa zaman U dulu pun sama. Kolej kediaman selalunya akan menganjurkannya. Bukan setakat berselawat aje, ada pertandingan juga sempena Maulud Nabi.

Gambar ehsan google. Guru-guru di SK Paya Bunga selepas 5 tahun aku pernah berada di sana. Cuma seorang sahaja yang aku kenal (nama pun dah lupa). Tapi kenangan sambutan maulud nabi ketika itu aku takkan lupa!
Ketika aku masih belajar di maktab, kitorang akan dihantar ke sekolah-sekolah tertentu sebagai pendedahan awal dan memahami keadaan di sana selama beberapa minggu. Program tu namanya school-base experience.Ini bukan praktikum lagi. Nak dijadikan cerita, sewaktu aku di SK Paya Bunga (sekolah anjur program maulud nabi), aku diminta untuk mengetuai bacaan selawat semasa sesi perhimpunan! Mujurlah diberi cebisan kertas kecik yang mengandungi puji-pujian pada nabi Muhammad tapi, tak berapa jelas dan susah nak lihat. Aku main hentam jer baca! Yang penting baca penuh yakin. Dah selesai semua, kawan aku pun tegur la sebab aku main taram jer part sebutan panjang-pendek. Hahaha.. Kami gelak besar lepas tu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...