Bila sebut pasal Sibu, mungkin ramai yang tak tahu di mana
lokasinya kerana bandar yang didiami oleh majoriti kaum cina-Foochow ini tidak
banyak diketengahkan keistimewaannya.
Sempena tahun melawat Malaysia 2014, aku nak kongsi sedikit
tentang tempat-tempat menarik di Sibu. Aku kerap juga ke Sibu. Dari tempat aku
bertugas (iaitu Saratok) untuk ke Sibu memakan masa sekitar 2 jam (dengan
pemanduan berhemah).
Aku nak start cemana dulu ek? Kita bagi intro dan info
bagaimana nak ke sini terlebih dahulu.
Pengangkutan &
perhubungan
[Pengangkutan Udara]
Sibu ada airport tersendiri yang terletak kira-kira 25 km dari pusat bandar.
Ianya menghubungkan Kuala Lumpur (AirAsia,
MAS, Malindo), Johor Bahru(AirAsia), Kuching(AirAsia, MAS, MASwing), Kota
Kinabalu(MASwing) dan Bintulu(MASwing).
Tiada bas direct menghubungkannya dari pusat bandar. Cuma
teksi berkupon tersedia di luar pintu ketibaan (arrival gate) yang mana
tambangnya kira-kira rm35 sehala/teksi ke pusat bandar.
[Pengangkutan Darat]
Ada lebih
daripada 5 syarikat bas ekspress yang menghubungkan Sibu dengan Kuching ataupun
Bintulu/Miri. Tambangnya kira-kira rm60 sehala (8 jam) sama ada dari Kuching
atau Miri. Terminal bas ekspress Sibu terletak di Jalan Pahlawan. Lokasi ini
agak jauh dari pusat bandar dan terminal bas bandar/terminal bot di Sibu.
Walaubagaimana pun, teksi bersedia berkhidmat dan cara paling murah ke pusat
bandar adalah dengan menaiki bas tempatan (bas Lanang yg xde aircond).
Perkhidmatan bas
Ekspress
Kuching – Sibu
Syarikat Bas
|
Masa bertolak dari
kuching
|
Catatan
|
Biaramas Ekspress
|
7.30am 10.00am 2.00pm
3.30pm 5.00pm 7.30pm 8.30pm 9.00pm 10.00pm 10.30pm
|
|
Bintang Jaya
|
8.30am 10.00am 1.00pm
5.30pm 10.00pm
|
|
MTC
|
9.30am 7.30am 4.30pm 9.00pm
|
Kch-sibu-miri
|
EVA Express
|
4.30pm 9.00pm
10.00am 10.00pm
|
Kch-sibu-miri
Kch-sibu-mukah
|
Baram Express
|
8.00pm
|
Kch-sibu-miri
|
Sibu - Kuching
Sibu - Miri
Kereta sewa juga boleh ditempah on the spot di kaunter agent
pelancongan (luar pintu ketibaan) airport Sibu. Harganya bergantung pada jenis
kereta dan jangan compare dengan Langkawi ya!
[Pengangkutan Air]
Seperti yang dimaklumkan, Sibu merupakan pintu masuk ke Sungai Rejang, sungai
terpanjang di Malaysia .
Di situ terdapat Terminal Bot Ekspress yang dinaiktaraf/moden untuk menempuh
perjalanan ke hulu sungai rajang. Ada
beberapa pekan kecil yang bakal dilalui iaitu Sng, Kapit dan Belaga (extremely
to get here!).
Sekiranya anda dari Kuching atau Sarikei, bleh juga
menggunakan perkhidmatan bot ke sibu. Ianya akan melalui laut-lepas sebelum
menusuri muara sungai rajang. Perjalanannya kira-kira 5 jam dari kuching.
Letih aku menaip, sambung next entry la.. Tempat-tempat
Menarik di Sibu (Part 2)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan