nuffnang

NUFF

Khamis, 9 Januari 2014

[TRAVEL] Sibu, Pintu Masuk Sungai Rejang (Part 3)

Tempat-tempat Menarik Sekitar Bandar Sibu

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, tak banyak attractin di Sibu ni. Adalah few places yang nak dilawati. Antaranya adalah:

Sibu Heritage Centre

Bangunan yang menyimpan kisah dan sejarah terbentuknya Sibu dan sedikit infrmasi mengenai penduduknya. Lokasi tidak jauh berjalan kaki dari bangunan Premier.

Tua Pek Kong Temple

Tokong cina yang terletak di pinggir sungai ini mudah dikenalpasti melalui senibinanya. Jika korang dari stesen bas atau terminal bot ekspress, memang jelas sekali dapat dilihat tokong yang mempunyai tujuh tingkat ini.

Sibu Central Market

Dikatakan market terbesar di Sarawak. Di sini pelbagai hasil hutan dan hasil kerja masyarakat tempatan dijual. Jangan lupa mencuba buah-buahan dari hutan seperti dabai dan engkala. Ayam kampung hidup juga dijual di sini. Tetapi agak sukar mencari kek lapis (sememangnya terkenal di sarawak).

Wisma Sanyan
Bangunan tertnggi di Sibu dan mungkin juga di Sarawak. Dalam banguunan ini ada pusat membeli-belah dan ada beberapa restoren makanan segera seperti pizza hut dan kfc. Ada juga Giant di sini. Wisma sanyan selalunya menjadi tumpuan kepada para peluncur udara (parachute-glider).

Pasar Malam Sibu
Seperti pasar malam biasa. Istimewanya, kawasan menjaja dibahagikan kepada halal dan non-halal. Sekiranya mahu mencuba kulineri tempatan, ada beberapa makanan yang asing (bagi pelancong) dijual.

Lau King Howe Hospital Memorial Museum

Jarang sekali kita jumpa muzium yang bertemakan perubatan/hospital. Ini adalah satu kelainan yang terdapat di Sibu dan di negara kita khasnya. Ianya tdi antara Wisma Sanyan dan Waterfront-dataran Sanyan.

Sibu Gateway & Lin’s Swan Garden
Mercu tanda pintu gerbang bandar sibu

2 ulasan:

  1. Saya rindu dengan Sibu...

    BalasPadam
  2. Saya sangat suka melancong ke Sibu. Sangat menarik tempat tersebut. Suatu hari nanti akan menetap disana.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...