nuffnang

NUFF

Isnin, 13 Januari 2014

[TEACH] Sekolah Terasa Suram Sebab Cuti Tak Diluluskan

Sekolah aku ada mintak cuti peristiwa pada hari ini tapi Pejabat Pelajaran Daerah tak luluskan. Kalau kami diberi cuti, maka lusa baru murid-murid dan guru-guru kembali semula ke sekolah. Empat hari berturut-turut cuti. Tapi apakan daya, hari ini terpaksa ke sekolah.

Esok cuti Maulud nabi (cuti ni memang tak payah apply), tapi murid-murid takkan menyambutnya kerana mereka berbangsa iban dan beragama kristian. Walaubagaimana pun, lebih separuh pengajar dan staf sekolah adalah beragama islam. Kalau cuti diluluskan pasti seronok!

Kesan ketara akibat cuti yang tidak diluluskan ni, murid-murid tak ramai mahu ke sekolah. Hampir kesemuanya tinggal di asrama, maka masalah muncul bila ibubapa mereka terpaksa hantar anak mereka ke asrama pada petang ahad dan bawa pulang semula ke rumah pada petang Isnin(hari ini) dan esoknya hantar semula anak mereka ke asrama.

Cuma 3 orang saja murid tahun tiga yang hadir pada hari ini!
Bukan mudah mereka nak hantar-ambil-hantar berulang kali kerana jarak yang jauh dan tiada kemudahan pengangkutan yang efisyen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...