Pagi tadi, Guru besar bawak masuk satu baldi kecil buah yang aku tak tahu namanya. Lebih separuh baldi itu terisi dengan buah itu.
Buah ini seakan-akan buah mata kucing, dari segi saiz dan bentuknya tapi kulitnya agak keras sedikit, isinya manis tidak setebal buah mata kuching dan biji berwarna hitam persis buah mata kucing.
|
Setakat ni, aku pernah jumpa buah ini di sarawak sahaja.. |
|
Kulitnya seperti buah rotan kalau sekali imbas dilihat dari jauh |
Selepas waktu rehat, aku sempat bertanya kepada empunya buah; nama buah tu adalah
mao, tak jelas sangat aku dengar sebutan guru besar. Mungkin disebut
maong kot? *Macam sound trouble pulak telinga aku ni.. hehehe
En Zul, kalau tak silap buah ni dikenali juga dengan nama 'isau'. Ada juga varieti yang berwarna hijau walaupun telah masak dan ada yang punya isi yang tebal serta rasa sangat manis.
BalasPadam