Bila aku pergi travelling ni, selalu sangat risau pasal kehabisan kuasa bateri untuk gajet yang dibawa. Jadi aku akan cuba sedaya upaya menjimatkan penggunaan bateri pada gajet. Gajet yang aku maksudkan tu seperti henpon, kamera dan tablet.
Kalau aku travelling biasanya aku bawak dua henpon. Satu aku letakkan dalam mod penerbangan atau off-kan terus dan satu lagi aku pakai. Dua-dua henpon aku pakai jenis Nokia sebab chargernya sama.
Tapi, kononnya sempena birthday sendiri yang akan muncul bulan ni, aku me-rewards diri sendiri dengan menghadahi sebuah henpon baru yang murah dan sesuai bagi aku yang suka travelling ni..
Aku beli henpon Lenovo P780. Smartphone yang dikuasakan oleh andriod 4.2 Jelly Bean. Kenapa aku kata sesuai untuk aku?
Motifnya adalah bateri. Henpon ini dilengkapi dengan bateri bertenaga 4,000mh dimana dikatakan dapat melihat video secara terus-menerus selama 10 jam meskipun skrinnya bersaiz 5 inci (lebih besar dari iPhone).
Harganya terjangkau murah, sekitar 750 ringgit sahaja dengan spesifikasi yang tidak kalah dengan henpon berharga beribu-ribu ringgit tu. Prosessornya adalah quad-core seperti samsung galaxy s3 dan kameranya juga 8 Megapiksel.
Berbalik pada cerita bateri, smartfon nokia yang aku pakai baterinya sangat lemah. Smartfon sangat berguna bila aku travelling, terutamanya di luar negara.
Bila travelling, aku selalu mahu online (biasanya cari wifi free), cari maklumat sesuatu tempat, surfing tiket dan info perjalanan, berlaman sosial, menggoogle-google dan sebagainya..
Kekadang aku guna aplikasi kompas dalam smartfon untuk cari arah kiblat dan baca map. Main game serta dengar lmuzik bila kebosanan dan tulis sedikit catatan semasa travelling.
Kamera henpon paling mudah digunakan bila nak bergambar. Kamera kompak leceh juga nak dikeluarkan bila dah berada dalam sarungnya. Mujur aku bukan kaki membidik gambar, kalau tak jenuh nak bawak kamera DSLR yang besar. Tapi kalu dah minat, sanggup aje kan?
Kalau aku travelling biasanya aku bawak dua henpon. Satu aku letakkan dalam mod penerbangan atau off-kan terus dan satu lagi aku pakai. Dua-dua henpon aku pakai jenis Nokia sebab chargernya sama.
Tapi, kononnya sempena birthday sendiri yang akan muncul bulan ni, aku me-rewards diri sendiri dengan menghadahi sebuah henpon baru yang murah dan sesuai bagi aku yang suka travelling ni..
Aku beli henpon Lenovo P780. Smartphone yang dikuasakan oleh andriod 4.2 Jelly Bean. Kenapa aku kata sesuai untuk aku?
Telefon pintar Lenovo p780 yang aku baru beli secara online |
Power bateri yang masih bertahan selepas 5 hari sejak dicaj penuh! |
Model Lenovo p780 yang dicilok dari encik google.. |
Bila travelling, aku selalu mahu online (biasanya cari wifi free), cari maklumat sesuatu tempat, surfing tiket dan info perjalanan, berlaman sosial, menggoogle-google dan sebagainya..
Kekadang aku guna aplikasi kompas dalam smartfon untuk cari arah kiblat dan baca map. Main game serta dengar lmuzik bila kebosanan dan tulis sedikit catatan semasa travelling.
Kamera henpon paling mudah digunakan bila nak bergambar. Kamera kompak leceh juga nak dikeluarkan bila dah berada dalam sarungnya. Mujur aku bukan kaki membidik gambar, kalau tak jenuh nak bawak kamera DSLR yang besar. Tapi kalu dah minat, sanggup aje kan?
Comel gak Lenovo ni... power pulak tu...
BalasPadamNak kata power sangat, tak de la.. tapi sangat berbaloi dengan harga!
PadamYang best henset ni, tang baterinya.. tahan lama tu. Tak perlu nak bawak powerbank dah..