Day 2 - Kawasan Bergraviti Tinggi atau Cuma Ilusi Optik? [6 jun]
Jom kita ke destinasi seterusnya. Melawat sesuatu yang misteri. Tapi takde la misteri sangat pun.
Selepas bersantai-santai dan bermalas-malasan di 'Swiri' Hill yang terletak beberapa meter saja dari Shila hotel (Jungmun Resort), aku bergerakl ke sini. Kalau aku tak lupa, dalam jam 4.00 ptg lebih kot. Kemudian, melewati setengah jam berikutnya, Pakcik driver dan aku sudah menghampiri kawasan misteri ni.

Mysterious Road. Nampak tak kereta kat hujung sana yang mendekati ke arah aku tu? Sebenarnya ia sedang menuruni bukit
sebelum aku turun dari kereta, pakcik driver buat sedikit demo.. dia suruh aku perhatikan kawasan sekeliling pastu (kalau dilihat, kami sedang menaiki bukit) tapi bila enjin teksi dimatikan dan free gear, perlahan-lahan ia bergerak seolah-olah mendaki bukit! Takjub tak?
Sekali lagi, kali ni pakcik driver gunakan botol sebagai penggolek.. dan botol ini bergerak ke arah yang lebih tinggi!
Semua kereta yang menghala ke arah wanita yang memakai topi ni sebenarnya sedang menuruni bukit walaupun secara hakikatnya mata kita mendapati sekeliling adalah kawasan (mendaki) bukit
Ujian dengan air juga positif.. ia mengalir menaiki bukit!
Bagi aku, melawat ke sini adalah sesuatu yang menarik tentang alam. Adakah semua ini kerana ada tarikan graviti yang kuat atau cuma mata kita dipengaruhi ilusi optik?
Pada pendapat aku, rasanya naluri aku lebih kuat mengatakan ianya kebocoran graviti lalu menghasilkan tarikan graviti yang kuat di kawasan ini. Wallahu'alam..
Dan aku masih lagi mempunyai satu lagi destinasi yang akan dibawa oleh pakcik driver.. Jadi, keseluruhan tempat yang dikunjungi oleh aku sepanjang trip menyewa teksi ini adalah sebanyak 11 tempat! *pengsan*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan