nuffnang

NUFF

Ahad, 16 Jun 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 2 (MENUJU JEJU)

Day 1 - Pulau Jeju menantiku [5 jun]

Korang tau tak bahawa Jeju Island merupakan salah satu daripada 7 keajaiban alam yang baharu (New 7 Wonders of Nature)? Ianya seangkatan dengan Hutan Amazon, Halong Bay, Pulau Komodo dan 3 lagi yang lain.

*mati lah, awal-awal dah kena sumbat dengan fakta*

Okey, sambung balik kisah lepas.. Aku tiba di Gimpo Airport dah awal, tapi flitenya pula delay. Cuma 10 minit je delay. Bila naik je pesawat Easterjet tu, aku perasan bahawa dindingnya didekorasi dengan lukisan mural. Perjalanan dari Gimpo ke Jeju mengambil masa sekitar 1jam.

Eastarjet landing dengan selamatnya jam 7.45 ptg. ketika itu hari mulai gelap. Aku langsung keluar dari balai ketibaan dan mencari-cari kaunter informasi. Jumpa. Jangan lupa dapatkan map pulau Jeju dan jadual bas. Akak kaunter tu memang bagus speakingnya dan menyarankan aku ambil bas no.100 di Gate 2 untuk ke Jeju intercity terminal.


Hampir 10 minit menunggu, bas no.100 tiba.

"Sir, are you going to Terminal?"

Pakcik driver bas tu hanya pandai angguk sahaja. Tambang bas boleh dibayar menggunakan kad T-Money atau pun secara tunai. Tambangnya 1,000won.

Kira-kira 15 min bergerak, bas sampai di Terminal (merupakan hentian kedua setelah melewati hentian pertamanya (lupa nama hentian pertama ni).

Aku terus masuk ke dalam bangunan terminal dan mencari bas yang menuju ke Seongsan. Melalui pembacaan, aku kena cari tiang no.4 iaitu Dongilju bus yang melalui laluan timur sebelum ke Seogwipo.



Aku mahu ke Seongsan (Sungsan?) kerana hotel aku terletak di Seongsan Ilchulbong. Nama hotel yang aku booking tu Ilchulbong Hotel dengan kadar 39,000won satu malam. Konsider murah jugak la sebab katilnya double. Aku sengaja book hotel (bukan hostel) sebab nak merasai suasana hotel di korea sedangkan aku datang sorang je!

Bas terakhir bergerak dari terminal ini adalah pada jam 9.00malam. Alhamdulillah, aku sempat naik bas yang  bertolak jam 8.20 malam. Perjalanan ke Ilchulbong mengambil masa kira-kira 2 jam kerana bas henti-henti ini akan melalui banyak hentian.

Pemandu bas memang prihatin dengan pelancong luar. Aku nyaris tersalah turun hentian tapi si oppa pemandu bas tu halang aku. Mujur aku tak depart kat hentian seongsan ilchulbong, sepatutnya aku kena turun kat hentian seongsan office kerana ianya terletak dalam kawasan bandar & hotel tak jauh dari situ!

Bila aku turun dari bas, aku jadi blur. Tak tau nak ke kiri atau ke kanan. Mana hotel? Dengan gelap malamnya. Susah aku nak kenalpasti bangunan.

"ah, tanya aje la orang kat dalam kedai tu.." begitu aku bermonolog

Aku mintak tolong dengan sorang brader dalam kedai makan tu, dan hasilnya amat menghampakan. Dia tak tau cakap omputih tapi masih berusaha untuk bagi petunjuk. Aku tanya pasal Ilchulbong hotel, dia bagi direction ke Ilchulbong park!

Instinct aku memang rasa brader tu bagi salah direction, tak mungkin hotel kena lalu kawasan luar daripada bandar ni. So, aku mintak tolong dengan makcik yang jaga kedai/mart. Walaupun dia tak faham bahasa inggeris tapi bila aku sebut "hotel" dia tau.. orang korea memang suka membantu. makcik tu siap bagi isyarat dan suruh aku ekori dia. Sampai agak-agak jauh dari kedai/mart nya tu, makcik tu suruh aku ambil satu simpang lalu belok ke kanan (bahasa isyarat).

Gamsahamnida makcik! Meskipun dia tak dapat bawak aku terus ke hotel (maybe kedainya takde org nk jaga) tapi pandu arah nya menyelamatkan aku sesat di kelam malam. Hotel tu tak jauh pun sebenarnya.

Setibanya di hotel, memang dah takde sesiapa kat lobby kecuali onwer hotel. aku diberi bilik menghadap seongsang ilchulbong park. walla! Dan biliknya pula terlalu besar, boleh muat 4 orang. Bilik twin je pun..

Dalam bilik ada tv dan yang penting skali, ada wifi yang laju! selain daripada tu turut disediakan hairdryer dan peti sejuk. Apalagi, terus aku landing kepenatan sambil meng-onlinekan diri. Sebelum tidur, aku mandi dulu dalam bath tub, lama aku berendam.. baru hilang rasa lenguh. TV aku on je walaupun aku ketiduran. hahaha..

Esok pagi kena bangun awal lagi. Subuh kat sini awal wehhh.. jam 3.30pagi! Aku bangun awal kerana ada satu misi. Pukul 5 pagi dah keluar hotel. Apa misi tu??..




(tunggu next episod..)

.

7 ulasan:

  1. may i know how u booked the hotel?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau hotel kat ilchulbong tu, saya book thru booking.com dan kalau SUM guesthouse di jeju-si saya book thru agoda.com

      Padam
  2. how early did u book? plg awal 2-3 bulan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi korea bulan 6 baru ni, dan kalau tak silap saya book awal bulan 3..

      Padam
    2. oo ok.. tq tq :)
      seems like still very early for me to book hehehe

      Padam
  3. salam boleh saya tahu waktu awal june cuaca kat sana macam mana ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal jun tu permulaan musim panas, tapi masa tu suhu masih sekitar 22 darjah celcius. Sejuk je berbanding kat malaysia. Cuaca biasanya cerah, dan jarang hujan sepanjang saya di sana (pada awal jun tu). Jalan kaki tengah panas rasa selesa lagi masa tu.

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...