nuffnang

NUFF

Rabu, 26 Jun 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 11 (JUSANGJEOLLI CLIFF)

Day 2 - Keajaiban Formasi Tetiang Batu di Jusangjeolli [6 jun]

Seperti yang aku dah bagitau sebelum ni, tour aku lebih memfokus kepada menikmati keindahan alam dan mengkagumi kebesaran Ilahi. Jadi lokasi kali ini juga merupakan salah satu pemandangan yang amat menakjubkan terhadap alam dan rupa bentuk bumi ciptaan Allah. SubhanAllah!

Perjalanan dari air terjun Cheonjiyeon ke Jusangjeolli tidak terlalu lama, kira-kira 10minit menaiki kereta. Mungkin lebih singkat dari itu.

Aku dapat rasakan bahawa pakcik driver teksi  yang bawak aku ini sudah agak keletihan. Macamana tak letih, setakat ini (sebelum jam 3pm) sudah 6 tempat kami dah lawat.. tambahan pula, pakcik driver pulak selalu ikut aku ke hulu ke hilir sebagai jurufoto tak berbayar. Aku boleh jugak rileks bila dia memandu teksi!

So, aku suruh aje dia tunggu dalam teksi. Kebetulan pula, dia juga sibuk menyahut panggilan telefon. Mungkin berbincang pasal eksiden tengahari tadi kot? Kali ni, pakcik driver tak membantah bila aku suruh dia menantikan aku kat parking lot Jusangjeolli.


Bagi aku, Jusangjeolli ni adalah perkara wajib dilawat bagi pencinta alam kalau datang ke Jeju. Di sini kita akan disajikan dengan pemandangan yang tersangat cantik dan menghayati sendiri kekuasaan tuhan. Batu-batu yang terbentuk seperti tiang heksagon atau kadang-kadang triangular ni, merupakan satu proses yang telah berlaku kira-kira 20 juta tahun yang lalu

Bagaimana ia terjadi? bagus soalan tu! Menurut kata pakar geologi, formasi kolumnar ini terbentuk apabila lava basalt yang panas mengalir ke laut dan menyejuk secara tiba-tiba. Maka ianya mulai menyusut dan membentuk rekahan yang seolah-olah seperti kayu yang disusun secara menegak dan melintang secara berulang-ulang.

Mari lah mari, kita ber"Jusangjeolli.."

Bila sampai je kat parking lot, sila datang ke sini untuk bergambar dulu..

Bacalah penerangan pasal batu-batu di Jusangjeolli ni

Okey.. sebelum pergi ke kaunter tiket, akan jumpa cengkerang siput gergasi ni. Dalam satu kawasan dengan papan tanda Jusangjeolli seperti gambar di atas

Kalau tak silap, bayaran masuk adalah 2,000 won untuk dewasa. Bila masuk jumpa satu dataran yang ada ikan dolhin ni..

Kat sini, kita akan jumpa taman dulu..

dan juga akan lalui mercutanda ni dulu..

sila ambil laluan ke sebelah kiri untuk menikmati pemandangan batu kolumnar ni..

bot dari kejauhan.. tiada kaitan dengan jusangjeolli pun. tapi lautnya memang membiru!

tak nampak pun batu formasi tu?

tunggu.. kena\ turun ke platform kayu bawah sana lagi untuk lihat lebih jelas!

nampak?

hokey.. yang ini aku tolong zoom

menarik kan?

atau lebih menakjubkan?

bersegi-segi. paling banyak bentuk segi enam (heksagon). kenapa ek?

layan..

dan lagi..

subhanallah.. kekuasaan-Nya!



okey.. sekarang kita naik platform ni untuk ke lihat pemandangan di sebelah kanan pula.

sebelum ke sebelah lain, sempat snap lagi..

untuk kenangan sendiri..

nampak batuan di sebelah sana?

Jom!

Indahkan? Sama macam kat papan info yang aku mula-mula jumpa tu?

sudut pandang lain

Naik ke platform atas sikit.. 

tinggi ni..

dan.. fokuskan kamera pada target! hehe

sebenarnya ramai orang kat platform ni

see.. percayalah, memang ramai orang. agak susah nak ambil gambar

jom kita pulang..

dari kejauhan..aku masih dapat melihat struktur itu





Baiklah.. saat ini, kamera aku dah hampir habis bateri. Setiap kali ambik gambar, akan keluar sign bateri low dan tak lama pastu dia off sendiri. Pastu aku on balik, ambik gambar then berulang lagi perkara yang sama..
jalan-jalan dulu dalam taman kat Jusangjeolli ni..

Nampak platform kayu kat hujung atas sebelah kiri tu? Aku ambil gambar ni dari taman yang ada kat Jusangjeolli. Lupa pulak nama park ni!

Hati-hati..Jangan lepasi palang/pagar * begitu aku translate signage ini membabi buta* haha

Next stop, kita pergi ke waterfalls lagi. Kiranya, tiga air terjun aku terjah kat jeju ni!!
*matilah di-tuduh sebagai peminat air terjun!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...