nuffnang

NUFF

Khamis, 27 Jun 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 12 (CHEONJEYEON WATERFALLS)

Day 2 - Cheonjeyeon, The Pond of God [6 jun]

Entri kali ini agak kusam sikit sebab aku terpaksa menjadi peminta sedekah! Aku terpaksa dapatkan belas ehsan daripada pakcik google untuk mendapatkan gambar-gambar di sekitar air terjun Cheonjeyeon. Sebut betul-betul! Jangan keliru dengan air terjun Cheonjiyeon..

Dari Jusangjeolli ke kawasan Cheonjeyeon Waterfall ni tak jauh. Rasanya tak sampai 5 minit. Kat sini pun sama, aku mintak pakcik driver tu lepak kat parking kereta saja. Kesian pulak rasa. Dia pun dah macam keletihan yang teramat aku nengok..

Seperti biasa, kamera memang tak lekang dari tangan aku kalau pergi ke mana-mana. Tapi baterinya sudah sampai tahap low yang melampau. Lepas snap sebijik dua, terus dia mati, tapi kalau on semula boleh ambil gambar lagi. Aku ingat kamera masih dapat bertahan sehingga di Cheonjeyeon ni, tapi meleset sangkaan aku.

Jadi satu gambar pun tak berjaya di snap kat sini. Telefon pulak tertinggal dalam teksi. Kalau tidak boleh juga snap gambar pakai kamera kat henset.

Kat sini, aku jalan laju-laju. Nak ambil gambar tak dapat, jadi guna memori kat otak la untuk merakam panorama di kawasan ini.

air terjun Cheonjeyeon ni ada 3 peringkat.. (gambar ehsan dari pakcik google)

Tempat ni memang sangat cantik. Nature lover!
*Rasanya, memang semua tempat yang aku pergi aku kata cantik, ye dok?..haha

Baiklah, baca sikit tentang air terjun ni;
Cheonjeyeon Waterfall, yang dinamakan 'The kolam Tuhan', terdiri daripada 3 bahagian. Sekitar air terjun ini, pelbagai tumbuhan hidup subur, seperti buluh yang jarang ditemui iaitu solipnan. Ke timur, terdapat sebuah gua di mana air sejuk mengalir dari siling untuk mewujudkan air terjun. Air dari air terjun pertama menjadi air terjun bagi aliran kedua dan ketiga, seterusnya mengalir ke dalam laut. 


Dalam kawasan Cheonjeyeon Valley, terdapat "Seonimgyo Bridge" (jambatan gerbang yang mempunyai 7 nymphs diukir di sebelah) dan oktagon "Cheonjeru menara". Seonimgyo ini juga dipanggil "Chilseonyeogyo" (makna tujuh nymphs) dan ia menghubungkan Cheonjeyeon dengan Kompleks Pelancong Jungmum. Pada permukaan Menara Cheonjeru, terdapat lukisan yang menceritakan legenda nymphs di Cheonjeyeon dan dewa gunung. Di sini juga, setiap “tahun-genap” pada bulan Mei, Festival Chilseonyeo bakal diadakan.


Kenapa dalam gambar ni (gambar ehsan si google), air terjunnya nampak tersangat awesome? Tapi bila aku lihat dengan mata kepala sendiri.. takde se-awesome ni. ape-ape pun, tetap marbeles la..

Pastikan korang naik bridge ni. Rugi la aku tak dapat bergambar kat atas jembatan ni! (gambar Seonimgyo Bridge ni adalah dicilop dari Google)

Lelah juga berjalan untuk sampai ke kawasan air terjun ni. Mungkin sebab aku bersendirian dan tak tau nak buat apa akibat kamera kehabisan bateri kot?

Stesen seterusnya nanti, adalah tempat suggestion pakcik driver. Kawasan yang bakal aku pergi memang tak ada dalam itinerary aku. Pakcik driver yang syorkan kerana dia kata kawasan tu memang tak jauh dari Cheonjeyeon waterfall dan kami sememangnya masih mempunyai banyak masa sebelum pergi pergi ke hentian terakhir iaitu mysterious road..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...