nuffnang

NUFF

Sabtu, 15 Jun 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 1 (PERJALANAN KE SEOUL)

Day 1 - Perjalanan ke Korea [5 jun]

Penantian hampir 6 bulan, akhirnya menjadi kenyataan. Tiket penerbangan pergi balik AirAsia ke Seoul  telah dibeli akhir tahun lepas, kebetulan ada promosi murah. Apa lagi, terus je aku beli sedangkan aku memang tak terfikir nak melancong ke situ. Kerana aku bukannya peminat cerita korea apatah lagi peminat k-pop!

Baiklah, aku ke sana cuma 5 hari sahaja. Tapi cuba memaksimumkan tempat menarik untuk dijelajah di sana. Kalau diikutkan pengiraan, sebenarnya aku cuma ada 3 hari penuh sahaja meneroka negara kimchi tu! Dan yang paling hebat, sempat juga aku meletakkan Pulau Jeju sebagai destinasi lawatan aku!

5 Jun
Jam 8 pagi waktu malaysia, pesawat e330 membawa aku terus ke lapangan terbang Incheon, Korea Selatan. Sebelum berlepas, last-last minute aku sempat pilih beli window seat (Quiet Zone) berharga rm35 dan alhamdulillah, dua seat sebelah aku memang kosong. Jadi, aku dapat berbaring kat seat kosong tu.




Dalam perjalanan yang memakan masa sekitar 6 jam setengah tu, aku dah book dua set meal. Nasi lemak Pak Nasir aku makan dulu, lepas tu aku tidur sehinggalah tinggal 50 minit lagi sebelum flight landing. Hidangan kedua aku belum lagi di-claim. Cepat-cepat aku panggil pramugara dan mintak supaya hidangan kedua itu ditapau. Tapi, katanya pihak kastam & imigresen korea tak benarkan makanan tu melepasi mereka di airport. Maka, aku terpaksa makan dengan gelojoh kerana pesawat akan landing tak lama lagi. Aku tak puashati betul, sedangkan apabila aku melepasi pihak kastam & imigresen, diorang tak scan pun beg/bagasi aku..rasanya kalau aku bungkus makanan tu bawak turun dari flight, lepas je!



Tiba di airport Incheon tepat pada waktu yang dijadualkan. Pukul 3.25pm waktu korea aku keluar dari perut pesawat. Otak sewaktu itu amat fokus pada flite seterusnya iaitu ke Jeju. Dari Incheon perlu ke Gimpo airport untuk naik pesawat Eastarjet ke Jeju! Boarding time ke Jeju adalah pukul 6.30pm, at least aku kena berada di Gimpo 45min sebelum berlepas. Lagi merunsingkan, aku belum lagi check-in flite tu!



Seingat aku, aku melepasi imigresen jam 3.50ptg sebab aku antara orang terawal keluar dari pesawat hanya berbackpack sahaja.

Sampai aje di balai ketibaan, aku terus mencari kedai serbaneka. Mata aku jumpa kedai 7eleven dulu. Apa lagi, terus melangkah laju dan beli kad T-Money. Aku reload terus 20ribu won. Kad ni sangat-sangat berguna untuk menggunakan pengangkutan awam di sana. Semacam kad touchNgo kalau di Malaysia. Kalau nak beli makanan guna kad ni kat kedai serbaneka pun boleh.



Kemudian, aku melilau cari information counter untuk mendapatkan peta subway. Dah dapat info & apa yang aku nak, aku terus ke airport railroad tren ke gimpo. mudah je. Cari je signange Airport railroad tu. Tambang tren ke gimpo airport kalau tak silap 3,850 won. Kira-kira 30min perjalanan je.

Sampai di Gimpo Airport masih lagi awal, sekitar jam 4.45pm. Kaunter Easterjet terletak sebelah paling kanan pada aras check-in counter.



Aku ada sejam setengah lagi sebelum boarding. Mula-mula mahu ke Lotte mall yang terletak bersebelahan Gimpo Airport, tapi aku fikir akan membuang kudrat je. Jadi, aku terus je ke ruang menunggu. Sempat minum kopi dan solat jamak kat situ. Oleh kerana gate aku terletak agak tersorok dan waktu masih awal (boarding), aku solat beralaskan kain pelikat je tanpa disedari oleh orang lain.

Sebelum aku sambung kisah seterusnya, kat sini aku senaraikan tempat-tempat menarik yang sempat aku jejak sepanjang 5hari 4malam di Korea.

*sila klik list kat bawah ni untuk tahu lebih lanjut tempat yang aku lawati tuh..

Tempat menarik di pulau Jeju yang dilawat 
1. Seongsan Ilchulbong (sunrise peak)
2. Seopjikoji
3. Gimnyeong Maze Park
4. Manjanggul Cave
5. Sangumburi Crater
6. Seongeup folk village
7. Jeongbang falls
8. Cheonjiyeon falls
9. Jusangjeolli cliff
10. Cheonjeyeon falls
11. Swiri hill (to observe Jungmun beach)
12. Mysterious road
13. Love Land park
14. Mount Halla-san (hiking/trekking)
15. Jeju National Museum
16. Yongduam rock

Tempat menarik di Seoul yang diterjah
1. Cheongyecheon Stream
2. Dongdaemun shopping centre
3. Night tour bus (Crossing Hangang river)
4. Namdaemun market
5. City Hall Plaza
6. National Museum of Korea
7. Korean War Memorial Park
8. Itaewon (Mosque)
9. Changdeokgung palace
10. Insadong
11. National folk museum
12. Gyeongbokgung palace (changing ceremony)
13. Myeongdang
14. N-seoul tower & Namsam cable car
15. Seoul city tour bus route

Kesannya, kaki aku sakit & melecet sebab berkunjung ke semua tempat menarik tersebut dan kalau diikutkan sebenarnya aku cover semua tu dalam masa 3 hari je (hari pertama & terakhir cuma habis masa dlm flite je) *pitam*

Kalau pergi beramai-ramai memang tak sempat punya. Nasib la aku lone ranjer jer pegi sendiri..




(bersambung.. Menuju ke Jeju)

5 ulasan:

  1. Bnyak ke perbelanjaan yg digunakan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Overall, perbelanjaan aku kat sana memang tak sampai RM2,000 pun (sudah termasuk tiket flight pergi-balik ke korea). Bajet aku banyak kat pulau jeju sebenarnya.. lagi pun aku kan kembara sensorang je.

      Okey, tunggu entri akan datang, aku akan buat lebih detail tentang perbelanjaan aku kat sana!

      Padam
  2. Berapa kos penerbangan ke Jeju guna Eastar Jet. Tempah online atau beli kat kaunter di Gimpo Airport?

    BalasPadam
  3. Daebak! Byk betul tempat yg d lawati mmg x ada rest langsung tu padattttt

    BalasPadam
  4. Wow..! Itenarary yang sangat padat.. terbaiklah..!

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...