nuffnang

NUFF

Jumaat, 21 Jun 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 6 (MANJANGGUL CAVE)

Day 2 - Manjanggul Cave / Lava Tube [6 jun]

Selepas puas aku berseronok mencari jalan keluar dari Gimnyeong Maze Parktu, aku kembali ke teksi sewa dan langsung dibawa ke Manjanggul Cave. Oleh kerana ianya telah diwartakan sebagai salah satu daripada Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, maka aku terasa terpanggil untuk ke sini.

Driver teksi tu ada juga bagi sedikit info pasal tempat ni. Katanya, di bawah jalan raya menuju ke sini sebenarnya terdapat tiub lava tanpa kita sedari. Ye la, kat bawah.. macam mana nak tahu dok?

Dikatakan juga penemuan tiub lava yang panjang ni ini sebenarnya lama dijumpai oleh warga tempatan tanpa menggunakan peralatan canggih.

Sedikit fakta dari UNESCO site:
Jeju Volcanic Island and Lava Tubes adalah sebuah hartanah koheren siri yang terdiri daripada tiga komponen. Kualiti tolok bandingan daripada Geomunoreum lava sistem tiub dan pameran pelbagai dan boleh diakses ciri gunung berapi di dua komponen lain menunjukkan sumbangan yang tersendiri dan penting kepada pemahaman volcanism global.
Kriteria (vii): The Geomunoreum sistem tiub lava, yang dianggap sebagai sistem gua itu yang terbaik di dunia, mempunyai kesan visual yang cemerlang walaupun bagi mereka yang berpengalaman dengan fenomena tersebut. Ia memaparkan pemandangan yang unik hiasan karbonat berwarna-warni menghiasi bumbung dan lantai, dan dinding lava berwarna gelap, sebahagiannya dilindungi oleh mural deposit karbonat.

Fakta berikut daripada web rasmi Korea Tourism:
Gua Manjanggul adalah salah satu terowong lava terbaik di dunia, dan merupakan monumen semula jadi yang ditetapkan. Sebuah terowong lava terbentuk apabila lava yang mendalam dalam spouts tanah dari puncak dan mengalir ke permukaan. Gua Manjanggul mempunyai pelbagai struktur yang menarik dalam termasuk stalagmit lava 70cm dan terowong tiub lava. 


Hanya 1 km dari m Gua Manjanggul 13,422 dibuka kepada pelancong. Bahagian dalam terowong mengekalkan pada suhu 11 ~ 21 darjah celcius, mewujudkan suasana yang selesa. Terdapat haiwan yang jarang berlaku seperti kelawar yang tinggal di dalam terowong, yang membuat terowong ini berharga untuk penyelidik juga. Tiang-tiang batu dan stalaktit yang meluas dan terowong menunjukkan off ciri-ciri topografi gua.Penyu Batu amat menarik perhatian kerana ia berbentuk seperti Pulau Jeju-do.

Baiklah, mari kita sama-sama menghayati keagungan ciptaan Allah ni. Lets follow me..

Memula sampai kat parkingnya, agak luas juga kawasannya. Itu yang terlintas dalam fikiran aku. Kemudian pakcik driver bawak aku terus ke kaunter masuk. Kena bayar juga, tak mahal cuma 2,000won je.

Layan gambar kat bawah. Malas nak tulis caption. Nanti kalau rajin aku edit balik..





































Kalau dah sampai sini wajib masuk kat mini museum Manjangul Lava Tube ni. Tak besar mana pun dewan pameran ni. At least kita tahu la serba sedikit pasal lava tube ni.. Jom masuk!



tak banyak gambar aku ambik dalam dewan pameran tu. Secara keseluruhannya aku ambil masa sejam kat sini (lava tube + bilik pameran ). Itu pun jalan dengan agak pantas sket. Kalau berjalan ala-ala melenggang, konfirm sampai 2 jam. 

Hentian seterusnya adalah... Sangumburi Crater!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...