Day 2 - Perkampungan Tradisi Seongeup [6 jun]
Oleh kerana eksiden yang tak disangka-sangka, aku kerugian masa. Kesian juga aku kat pakcik driver tu. Tapi aku tengok dia agak tenang menghadapi situasi itu.
Kami terpaksa bertolak dari Sangumburi kira-kira pukul 12.10 tengahari kerana menunggu ejen insurans datang ke tempat kejadian.
Destinasi seterusnya masih diteruskan sebab teksi cuma mengalami calar teruk sahaja. Tiada bahagian yang kemik mahupun rosak. Aku bersyukur juga kerana bukannya eksiden yang serius. Dan dapat sedikit pengalaman baru di negara orang..
Baiklah, sepanjang perjalanan ke Seongeup folk village, aku hanya berdiam diri dan driver teksi pun tak berkata apa-apa. Masing-masing mencipta pelbagai tanggapan dalam fikiran.
Tepat 12.25tengahari, kami sudah berada di Seongeup folk village. Di sini, baru la kami membuka mulut masing-masing. Aku sibuk mengajukan banyak soalan tentang perkampungan tersebut dengan harapan dia dapat melupakan seketika eksiden yang berlaku.
Kami meninggalkan perkampungan ini menuju ke destinasi seterusnya.. Menuju ke destinasi yeay..yeay..! *begitu aku cuba tarik key siti nurhaliza, tapi tak berjaya*
Dalam teksi, pakcik mula bertanyakan pasal makan tengahari. Dah lapar? Nak makan kat mana?
Kat Jeju, memang susah nak cari kedai makan halal. Sebenarnya, aku dah standby roti dalam beg sebagai santapan lunch. Planning asal aku macam ni, kat Seongeup folk village ni aku akan round sendiri dan suruh pakcik driver pergi makan dulu. Tapi pakcik driver beriya-iya nak bersama-sama aku sebab dia sendiri nak beri penerangan takut aku blur pasal perkampungan ni. Rugi la kalau taktau informasi kan?
So, aku terpaksa la batalkan plan ni. Jadi macam mana? Kat sini banyak kedai makan jual babi hitam yang tersangat fofular tuh..
ikuti kisah selanjutnya pada next entri okey..
teksi yang eksiden dengan kereta kompact biru tu
pakcik driver sedang berurusan dengan ejen insurans.. ketika ini aku tengah lepak bawah pokok sambil mamah biskut!
Destinasi seterusnya masih diteruskan sebab teksi cuma mengalami calar teruk sahaja. Tiada bahagian yang kemik mahupun rosak. Aku bersyukur juga kerana bukannya eksiden yang serius. Dan dapat sedikit pengalaman baru di negara orang..
Baiklah, sepanjang perjalanan ke Seongeup folk village, aku hanya berdiam diri dan driver teksi pun tak berkata apa-apa. Masing-masing mencipta pelbagai tanggapan dalam fikiran.
Tepat 12.25tengahari, kami sudah berada di Seongeup folk village. Di sini, baru la kami membuka mulut masing-masing. Aku sibuk mengajukan banyak soalan tentang perkampungan tersebut dengan harapan dia dapat melupakan seketika eksiden yang berlaku.
Perkampungan tradisi orang korea di Jeju
Nampak tak teksi sewa tu. Bumper belakangnya scratch sikit.
Kampung ini dipagari dengan tembok, aku berada di atas temboknya..
see.. sebelah luar tembok ni ada sawah padi & tanaman lain
Tinggi juga tembok/benteng/kubu ni..
Jurufoto paksa aku bergambar..
masih di atas tembok
alat mengisar beras tradisional
dinding diperbuat dari batuan lava hitam dan ditempelkan bersama lumpur/tanah
Lagi.. dipaksa bergambar!
Banyak yang pakcik driver bagi penerangan pasal rumah ni, walaupun aku tak berapa faham bahasa inggeris slang koreanya..
Untuk apa ni? Buaian baby..
Toilet yang aneh.. kalau nak berak, panjat batu ni dulu, dan bercangkunglah di atasnya jangan turun ke bawah. Pondok tu adalah tempat tinggal si Babi hitam, maka najis akan dimakan olehnya.
Palang pagar kayu ni, ketiga-tiganya diletak sedemikian rupa.. ada maksudnya, iaitu si penghuni rumah ada di kediamannya. Kalau palang pagar tu cuma satu sahaja dinaikkan bermakna tuan rumah keluar sekejap, dan sekiranya palang pagar tu ketiga-tiganya melintang dan menghalang laluan, tandanya tuan rumah keluar untuk jangka masa yang lama!
Seperti biasa, pakcik driver memang berjalan laju.. terpongeh-pongeh aku nak kejar dia.
Kolam ternak ikan
Senibinanya.. kusyuk aku kaji macamana atap rumah ini dibentuk bila setiap kali lalu kawasan rumah tradisi ni
Tempayan adalah sesuatu yang wajib ada di setiap rumah.
Kawasan kediaman tradisi ini juga ada pejabatnya..
Kain berwarna ini memang mudah dijumpai di Jeju. Kenapa?
Inilah jawapannya.. daun pokok ini adalah salah satu bahan pewarna bagi kain-kain yang dijemur seperti gambar di atas tu, selain sejenis batu yang berada di pulau Jeju sebagai bahan pewarnanya (dye) juga.
perigi juga ada, diorang biasanya mandi berjemaah..
Tak lama aku kat sini, maybe dalam 15-20 minit kot.. Tapi banyak info yang dapat aku collect dari sini dan juga dari penerangan pakcik!
Kami meninggalkan perkampungan ini menuju ke destinasi seterusnya.. Menuju ke destinasi yeay..yeay..! *begitu aku cuba tarik key siti nurhaliza, tapi tak berjaya*
Dalam teksi, pakcik mula bertanyakan pasal makan tengahari. Dah lapar? Nak makan kat mana?
Kat Jeju, memang susah nak cari kedai makan halal. Sebenarnya, aku dah standby roti dalam beg sebagai santapan lunch. Planning asal aku macam ni, kat Seongeup folk village ni aku akan round sendiri dan suruh pakcik driver pergi makan dulu. Tapi pakcik driver beriya-iya nak bersama-sama aku sebab dia sendiri nak beri penerangan takut aku blur pasal perkampungan ni. Rugi la kalau taktau informasi kan?
So, aku terpaksa la batalkan plan ni. Jadi macam mana? Kat sini banyak kedai makan jual babi hitam yang tersangat fofular tuh..
ikuti kisah selanjutnya pada next entri okey..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan