nuffnang

NUFF

Rabu, 19 Jun 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 4 (SEOPJIKOJI)

Day 2 - Seopjikoji [6 jun]

Cantik ke tempat ni? Kenapa mesti ada gereja? Sebenarnya, kawasan seopjikoji ni merupakan salah satu daripada lokasi perfileman bagi filem All-in dan beberapa filem lain. Aku pun tak pernah tengok citer ni. Fullstop!


Kawasan seopjikoji ni memang cantik. Lokasinya agak tersorok dan kalau korang nak datang ke sini, terpaksa menyewa kereta atau naik teksi. Bas tak akan lalu kawasan ini.

Okey, sebelum menikmati panorama seopjikoji ni, imbas dengar dulu sambungan cerita aku. *hey, korang nak pergi mana tuh.. aku baru nak start bercerita ni.

Balik dari seongsan ilchulbong park dah hampir jam 6.15pagi, waktu ni perut aku tersangat la lapar. Yang ada dalam beg sandang aku cuma air mineral je. habis satu botol aku teguk.




Hari semakin cerah tapi dari bawah, aku tengok puncak ilchulbong makin hebat diselubungi kabus. Aku melangkah pulang tapi sempat menyinggah di kedai G25 untuk beli susu pisang sebelum balik ke hotel ilchulbong.


Sampai kat hotel sekitar jam 6.30 pagi. Hari dah cerah. Snap dulu sebijik dua gambar hotel sebab kemarin sampai hotel dah gelap.



Naik je bilik, perut memang minta diisi. lapar sangat. Walaupun kat dalam billik tak ada cerek nak masak air, tapi kat luar bilik disediakan water dispenser panas-sejuk tu. Jadi breakfast aku adalah mi segera. Mi segera perisa tomyam udang uols! 

Makan tepi tingkap sambil memandang keluar lihat ilchulbong yang tenggelam dek kabus

Dari luar jendela kulihat hanya kabus yang menyelubungi Ilchulbong park tu.

Setelah perut diisi, (sedap jugak makan mi segera ni) aku mula packing semua barang-barang masuk dalam beg kemudian aku terus gi mandi. Segar. Kaki pulak rasa macam sengal-sengal sikit tapi excited punya pasal rasa macam small matter je.

Dalam pukul 7.30 macam tu aku turun ke kaunter hotel untuk konfirmkan pasal sewa teksi utk 8 jam tu. Oppa kat kaunter tu terus je konfirmkan dengan menelefon driver teksi. Katanya tepat jam 9pagi dia datang ambik. Syukur.

Kemudian, aku merayau-rayau sekitar bandar seongsan tu. Asalnya niat aku nak menuju ke arah pelabuhan. Saje nak ambil gambar, tapi bila dah jalan satu suku perjalanan terasa macam tak sedap hati pulak. Jadi aku patah balik. Boleh gituew? Biasanya kalau aku dah rasa macam tu, better jangan teruskan. Banyak padah daripada faedah!

Pusing-pusing sekitar Seongsan. Tak orang sangat awal pagi macam ni. Sambil tu mata melilau cari teksi.

Dapat jugak teksi yang mahu hantar aku ke seopjikoji

Perjalan menuju ke Seopjikoji


Kalau tak silap aku, aku bergerak ke seopjikoji 5 minit sebelum pukul 8 pagi. Perjalan menggambil masa sekitar 10 minit. Sampai je kat seopjikoji, pemandu teksi tu tak nak tunggu aku. Dia mintak aku call aje teksi.

Aku mana ada no.tel teksi, nombor telefon hotel pun lupa nak bawak. Tapi pakcik teksi baik gak, dia tunjuk-tunjuk kat ahjumma yang berjual tu supaya mintak dia call teksi. Tambang teksi bermeter tu kalau tak silap 5,000won.

Layan view di sini..





kalau korang perasan, kat tengah tu ada women diver





ada kuda uols!












Nampak tak ruah api kat hujung tu. Tapi aku tak menapak pun sampai sana









Okeh, ni parking lot seopjikoji. Pakcik teksi tadi suruh aku jumpa ahjumma yang kat gerai tu dan mintak tolong dia call kan teksi untuk aku, tapi kebetulan aku turun aku terserempak dengan seorang pemandu pelancong. So, aku mintak tolong dengan dia. Pemandu pelancong tadi memang orang korea. Sepatah haram tak tahu cakap omputeh.

Komunikasi itik dan ayam antara kami berdua akhirnya aku berjaya mendapat teksi balik ke hotel. Bayaran teksi tetap sama 5,000won.





kat parking lot ni pun, lagi dekat aku dapat nengok women diver tu!










Sampai kat hotel 5 minit lagi sebelum pukul 9 pagi. Nasib baik semua barang dah packing. Aku turun ke kaunter terus je check-out. Owner hotel tu kata pemandu teksi dah smpai. Sebelah dia je. Dia perkenalkan kepada aku.


Bermula sesi tour 8 jam aku.. bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...