nuffnang

NUFF

Jumaat, 28 Jun 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 13 (SWIRI HILL)

Day 2 - Meneropong Jungmun Beach dari Bukit Swiri [6 jun]

Oleh kerana, aku masih berbaki banyak lagi masa dan ketika itu belum mencecah jam 4 petang, Pakcik driver telah membawa aku ke suatu tempat yang tiada dalam perancangan aku. Katanya, tempat yang bakal aku tuju itu lebih tenang dan tak perlu menghabiskan berkalori-kalori tenaga!

Aku menurut sahaja cadangannya. Kaki aku memang dah lenguh dan ketika itu baru aku terfikir bahawa sudah seharian aku menggunakan kudrat untuk berjalan kaki. Mana tak, sebelum jam 5 pagi aku dah keluar hotel untuk pergi memanjat puncak Seongsan Ilchulbong, dan melawat hampir 10 tempat yang memerlukan kaki untuk bergerak terutamanya di Manjanggul Lava Tube di mana terpaksa berjalan kaki 1 km pergi dan berpatah semula 1 km!

Lokasi yang kali ini terletak di atas bukit. Jangan risau, aku tak perlu berjerih mendaki bukit tu sebab teksi elok-elok je dapat parking kat sebelah taman di Bukit Swiri ni..

Pemandangan dari atas 'Swiri' Hill

Bukit ini menjadi agak popular selepas penggambaran filem Swiri (disebut Shiri) yang berlaku sekitar tahun 1998. Sebaik sahaja berada di sini (bagi peminat filem ini), pastinya akan terkenang pertemuan dua watak yang duduk menghadap laut.

Pada mulanya anda hanya akan mencari bangku yang terkenal dalam filem itu dikelilingi yang mana dikelilingi oleh beberapa pokok-pokok pain . Walau bagaimanapun, anda akan kagum sebaik sahaja anda duduk di atas bangku dan menyaksikan pemandangan indah di mana laut dan langit menjadi satu. Anda juga boleh mengalami hubungan dengan alam semula jadi dan menikmati pemandangan santai di bangku simpanan.

Pantai Jungmun yang ditinjau dari atas

Pantai Jungmun terletak di kawasan multi-resort dipanggil Jungmun , dan menawarkan pelancongan yang sukar ditandingi dan kemudahan rekreasi dan tarikan. Pantai yang indah mempamerkan kombinasi unik hitam, merah, putih, dan warna kelabu, dan menawarkan pelbagai aktiviti dan sukan rekreasi. Anda boleh menikmati matahari dan pasir, dan lain-lain aktiviti sukan menyeronokkan seperti luncur angin, menyelam dan ski air. Air bersih hanya suhu yang betul untuk berenang, membuat Jungmun salah satu pantai yang terbaik di Korea.


Taman di atas bukit ini dikelilingi dengan bunga. Tak pasti ada tau tidak bunga ni kalau datang time winter dan musim gugur. Yang pasti ketika awal musim panas (time aku ke sini) masih ada lagi bunga kuning ni..

Memang ada bangku kat atas bukit ni. Aku hanya duduk dan bergambar pakai kamera henset je. Ni gara-gara bateri kamera aku habis!

Pakcik driver pun lepak sekali dengan aku sambil berborak kosong dengan aku. Santai je. Kadang-kadang ada sedikit angin yang bertiup membuatkan rasa sungguh selesa.

Jungmun Beach yang popular di Jeju ada kat bawah sana..

Kalau ikut laluan ini, akan terus ke Shila Hotel..

ada platform apa ntah kat sini.. platform ni tak menghadap laut. motif?

Kat bawah pokok pain sana ada bangku dan aku tak pasti pokok apa yang ditanam ni..

Tak lama kitorang kat atas bukit ni, maybe dalam 10 minit kot. Perjalanan untuk hari ini dah nak sampai ke penghujungnya. Bateri kamera pun sudah kehabisan. Gambar-gambar selepas ini semuanya di ambil pakai henset je. 

Sepatutnya selepas ini merupakan hentian terakhir aku iaitu melawat Mysterious Road yang terletak dalam antara Seogwipo-si dan Jeju-si. Actually, letaknya lebih hampir dengan Jeju-si. Akan tetapi, pakcik driver ni tersangat baik hati, dia masukkan satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi selepas Mysterious road.

Apakah tempat itu? Biarkannya menjadi mysterious.. eh, bukan biarkan ia menjadi misteri!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...