Day 2 - Air Terjun Jeongbang yang unik! [6 jun]
Baiklah jom kita jengah air terjun unik ni..
Tak sangka setelah kami saling mempelawa masing-masing untuk memulakan makan, kami membaca doa serentak dengan cara kepercayaan/agama masing-masing! Tersenyum kitorang sebelum menjamah makanan tu..
Pakcik driver ni belanja aku makan tau.. mungkin kerana dia masih rasa bersalah tentang insiden yang melambatkan pergerakan kitaorang. atau mungkin sebab dia sememangnya baik hati!
Dah kenyang.. mahu ke mana pula? Tunggu..
Dalam teksi, pakcik driver bertubi-tubi tanya aku pasal
lunch. Aku sebenarnya agak lapar juga tapi khuwatir tak jumpa tempat makan yang
sesuai.
“Are you hungry?”
“Not yet..” aku cuba
berbohong
“Really?”, dia tak
puashati dengan jawapan aku..
“Yup.. I already eat
some cookies before”, aku cuba
menangkis kata-katanya
“Erm.. I’m sorry for
the accident...”
“Nevermind..”, aku
cepat-cepat memotong ayatnya..
Aku rasa, dia cuba kaitkan peristiwa eksiden tu dengan
keengganan aku untuk makan tengahari. Dia mungkin fikir, aku akan lebih rugi
banyak masa kalau pergi/singgah makan.
Aku bagi cadangan supaya dia meneruskan dulu perjalanan ke air
terjun Jeongbang dulu. Pakcik driver setuju. Otak aku ketika itu ligat berfikir
macam mana nak cari makanan halal kat Jeju (especially di Seogwipo; dekat
dengan Jeongbang falls).
Kalau aku makan bekalan roti yang aku bawa tu, semestinya
pakcik driver akan terasa sangat bersalah kerana insiden malang tu. Nanti kecik hati pulak dia sebab
fikir ‘aku marahkannya bazir masa sehingga sanggup korbankan waktu lunch (dengan
hanya makan roti)’
Dan dalam keadaan kritikal tu juga, aku terfikir solusinya.
Aku mintak driver tu cari kedai makan yang hanya menyediakan seafood sahaja. Aku
bagitaunya, aku tak makan segala jenis daging kecuali ikan & seafood.
Dia angguk sahaja. Kemudian kelihatan dia cuba mengingat-ingatkan
sesuatu. Mungkin tercari-cari maklumat dalam kotak fikiran pasal kedai makan
seafood yang diketahuinya.
Pada kesempatan itu, aku keluarkan nota phrasebook yang aku
dah print. Dalam nota tu ada beberapa ayat simple dalam bahasa korea beserta
terjemahannya sekali. Aku mula menuturkannya. Merangkak-rangkak aku
menyebutnya.. antaranya;
Jeomsim siksa –
makan tengahari(lunch)
Jeoneun dwaejigogireul
meokji anseumnida – Saya tak makan babi
Jeoneun saengseon eul
wonhamnida – Saya mahu ikan
Masisseosseumnida –
Ianya sangat sedap
Sebutan aku memang banyak dia betulkan sambil dia gelak
kecil. Lama-lama, aku rasa macam fun/ceria pulak bila kami saling gelak pasal
menda ni. Pakcik driver tu pulak aku rasa dia pun sama juga.
Dari suasana murung, jadi happy semacam pulak. Sejak kitorang
main praktis belajar menyebut & gelak-gelak tu, baru la rasa enjoy sikit. Kalau
tidak asyik nak rushing je.. masing-masing sibuk hal sendiri.
Memang seronok tau, aku main bantai je sebut bila pakcik
driver suruh aku baca laju-laju ayat dlm nota tu.. berbelit lidah! Aku cuba jugak
suruh dia belajar sebut beberapa perkataan/frasa dalam bahasa melayu.. dan
memang fail lah sebutannya! Hahaha..
Okey..cukup! Kita berangkat ke Jeongbang falls pulak!
Sampai sini dalam pukul 1.15 petang. Sampai je, aku ngan dia
terus pegi beli tiket. Harganya 2,000won. Pakcik driver memang free je kalau
masuk tempat yang ada entrance fee ni, entah apa yang dia cakap kat kaunter,
maybe dia kata dia tu tourist guide aku kot.
Jeongbang falls atau air terjun ni memang sangat
mengagumkan! SubhanAllah, cantik sungguh.. dan pakcik driver mula bagi sedikit
info pasal air terjun ni. Katanya, air terjun kalau diperhatikan jatuh terus ke
laut dan itu adalah tarikannya. Dia juga ada bagitau waktu berkunjung ke sini
dibuka sehingga jam 5 pm sahaja.
Sebenarnya aku dah tau pasal ni, tapi buat-buat excited la.
*jahat kan ?* Berpandukan
pembacaan aku sebelum ke sini, air terjun Jeongbang ni merupakan satu-satunya
air terjun yang mengalir terus ke laut di Asia!
Turun je tangga dari kaunter tiket, terus nampak air terjun ni. Pakcik driverawal-awal lagi dah paksa aku posing dulu
Tinggi juga air terjun ni
Dari jauh, sebelum sampai dengan lebih dekat..
hamparan laut berdekatan air terjun ini
bergambar lagi..
Jeongbang falls bersembunyi disebalik dedaun pokok
dah sampai bawah.. kita makin hampir!
taraa.. inilah air terjun Jeongbang yang terkenal tu
Ya Allah.. Besar sungguh kekuasaan-Mu..
Ianya terus jatuh ke laut..
Posing adalah kemestian, kalau tak jurufoto merangkap driver aku tak akan senang duduk!
Macam kaku pulak gaya posing ni..
posing lagik?
gambar air terjun yg lebih tenang tanpa manusia yang posing dengannya
percikan atau titisan air yang halus memang terasa melekap di kulit kalau datang lebih dekat
orang ramai sebenarnya kat sini
batu & laut
aku nak beredar dah.. tak boleh lama-lama sangat
aktiviti lain; ada yang basuh kaki dan main air pada celah-celah batu
ikut jalan ni sebelum naik tangga.. tapi tunggu, kita terjah makcik yang jual seafood mentah dulu
Mentimun laut dan beberapa spesis haiwan laut yang aku tak kenal
Dah siap dibersihkan.. dimakan mentah bersama sos. Anda sanggup?
kalau tak silap, satu pinggan raw seafood ni 20,000won dan portion paling kecil adalah 10,000won.
Asalnya, aku nak try jugak makan menda yang mentah ni, tapi takut tekak aku tak dapat terima. Dah la mahal, membazir pulak kalau tak sedap. Kalaulah datang beramai-ramai, boleh ler pakat kumpul duit sikit sorang untuk mencuba. gulp!
Lepas tu, pakcik driver bawak aku ke sebuah kedai makan seafood yang agak kecik. Aku pun tak tau apa nama kedai tu sebab semuanya dalam tulisan hangul. Aku hanya tahu kedai tu jual seafood melalui gambar-gambar yang bergantung dan yang ada di dinding kedai tu.
Pakcik driver tanya aku nak makan apa, then aku mintak ikan goreng dan kerang je. Entah kenapa aku tersebut kerang. *masuk kedai makan seafood mintak ikan goreng? banyak lagi cara masak ikan tu..*
Sebenarnya aku ni was-was sikit bab pilih makanan, memang la kedai ni tak sediakan pork, beef dan chicken tapi kita kena ingat, ARAK atau WINE adalah haram juga kalau dimasukkan dalam makanan!
So, sebelum aku makan tu jenuh la aku tanya si pakcik driver macam mana cara pembuatan setiap hidangan tu..hahaha. Mesti pakcik tu fikir aku ni terlalu curious pasal makanan orang korea kan?
Kat bawah ni makanan yang aku makan. Walaupun aku tak order pun pelbagai jenis/ragam sayur, namun memang diorang tetap sediakan. Makan pulak pakai chopstick. memang kekok nak makan. Tapi aku gigihkan juga makan pakai chopstick. padahal boleh je mintak sudu. hahaha..
Nasi kat korea biasanya jenis melekit dan cepat kenyang. Semua jenis sayur tu aku try kecuali yang warna hitam sebelah ikan tu dan sayur asparagus berkuah perang cair tu. Ada ingredient yang meragukan berdasarkan penerangan pakcik driver. Ada dimasukkan sedikit stok ayam kalau tak silap pendengaran aku..
Tak sangka setelah kami saling mempelawa masing-masing untuk memulakan makan, kami membaca doa serentak dengan cara kepercayaan/agama masing-masing! Tersenyum kitorang sebelum menjamah makanan tu..
Pakcik driver ni belanja aku makan tau.. mungkin kerana dia masih rasa bersalah tentang insiden yang melambatkan pergerakan kitaorang. atau mungkin sebab dia sememangnya baik hati!
Dah kenyang.. mahu ke mana pula? Tunggu..
Terima kasih ye cikgu ats info2 menarik...klu ada simpan no pakcik tu berguna jgk kan..boleh pass kat sy :)
BalasPadam