nuffnang

NUFF

Ahad, 30 Jun 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 15 (LOVE LAND PARK)

Day 2 - Taman 18SX, Love Land Park! [6 jun]


Sepatutnya aku akan terus dihantar ke Guesthouse sebaik sahaja habis melawat pit-stop terakhir aku iaitu Mysterious Road tapi pakcik driver sekali lagi mencadangkan aku ke tempat ini. Love land park ini sememangnya ada dalam itinerary aku tapi bukan untuk hari ke 2 ni!

Planning asal aku, Love Land Park ni bakal aku kunjungi selepas mendaki Mount Halla-san sebenarnya. Aku fikir, pakcik driver tu cadangkan aku ke sini kerana aku masih berbaki sedikit lagi waktu dan kebetulan mungkin dia ada terbaca keselurahan itinerary aku sewaktu aku deal dengan dia sebaik saja keluar dari hotel pagi tadi.

Lokasi Love Land ini pula tak jauh dari kawasan mysterious road tu dan dalam laluan yang sama menuju ke Guesthouse yang aku dah booking  di Jeju-si.

Love Land Park, bayaran masuk kalau tak silap 9,000 won..

Gambar kat bawah ni adalah perjalanan aku dari Seogwipo ke Jeju-si. Pemandangannya memang ohsem. Tapi bila aku snap pakai henset, tak lawa pun. Scenery yang awsome jadi blur bila aku ambil dengan kamera henset. *hampas betul*







Okey.. ini adalah hasil intipan aku di Love Land Park. Ada banyak lagi sebenarnya gambar tapi kualitinya teramat kurang sebab aku pakai henset je, jadi aku letak yang elok-elok je *walaupun gambar-gambar ini semuanya bersifat tak elok @18 SX

AMARAN: Kalau korang tak cukup umur, sila keluar dari blog ini. Koleksi gambar berikutnya ini cukup implisit dan hanya sesuai dengan orang dewasa sahaja! 

Sila kan mencuci mata!
















































Giler kan? Annoying kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...