nuffnang

NUFF

Selasa, 8 Disember 2009

SAINS DAN SASTERA

Ada orang tanya aku, kenapa rajin sangat tulis entry kat blog? Nak jadi penulis novel ke? Aku tersengih sahaja membalas jawapan tu namun otak aku mula berfikir mengenainya secara senyap!

Aku bukannya orang sastera. Sejak kecil sehingga lah aku besar, aku memang minat subjek sains. Mungkin aku nak buktikan bahawa orang sains juga pandai menyusun kata-kata dalam mengarang. Itu tidak pasti. Sememangnya aku akui, pengunaan bahasa aku belum mantap seperti ahli sastera. Akan tetapi, aku suka benar untuk menulis sebab tak dapat berbual bila sendirian, aku ni kadang-kadang suka juga berborak, hehehe..

Ketika aku di bangku sekolah lagi, minatku pada sastera tak pernah berputik. Kesukaan aku pada subjek Alam dan Manusia sekarang ni dah tukar kepada Sains, Kajian Tempatan & Sivik menyebabkan aku terus menerus meminati Sains. Dan kesannya, segala subjek sains seperti bio, fizik, kimia yang aku ambil ketika SPM mendapat A1. Kemudian aku melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di UTM walaupun aku tidak menyukai fizik sedikit, you might know that engineering’s field applies a lot of physics. Hidup aku banyak dicorakkan dan dipengaruhi dengan ‘ideologi sains’. Cara berfikir, bertindak dan aturan perilaku sedikit sebanyak mencerminkan orang sains. Berfikir dengan kritis dan menyelesaikan masalah berasaskan logik sering aku adaptasinya dalam seharian.

Ramai orang kata budak sains ni selalunya skema dan sukakan fakta (bukan spesies tin kosong). Orang sastera pula lebih terbuka dan bertindak sesuka hati. Tak juga sebenarnya. Ada benarnya kalau diukur dari segi peratusannya (terus melibatkan fakta di sini, mentang-mentang la cerita pasal sukakan fakta!). Apepun bagi aku, sains atau sastera/seni, sama sahaja asalkan tak mengganggu gugat hidup dan pegang setia pada agama!

2 ulasan:

  1. "Orang Sains boleh menjadi orang sastera ..tapi orang sastera tak boleh jadi orang Sains"
    Pernah dengar tak ayat ni???
    Sastera itu seni... Seni itu halus... orang seni adalah orang yang halus.. hehe..
    Ni ada satu bukti.. yg xberapa kukuh la...:) tapi nak bagitahu juga --> Team pantun UMT tahun 2005/06.. 3 daripada 4, semuanya blaja Sains ( Bio-1orang, Fizik-2orang) , 1 lagi Maths..

    BalasPadam
  2. fakta tetap fakta, tak seperti falsafah.. hehehe

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...