nuffnang

NUFF

Jumaat, 4 Disember 2009

SEDEKAH

Setelah aku pulang daripada solat jumaat pada tengahari tadi. Aku teringat kisah yang pernah diceritakan oleh salah seorang kawanku. Aku pun dah lupa siapa yang menceritakannya. Yang pasti, jalan ceritera utamanya masih aku ingat dengan jelas. Pengisahan ini berlaku kepada rakan kepada kawan aku itu. Anggapkan sahaja namanya S.

Seperti selalunya, S akan pergi awal ke masjid untuk solat jumaat. S duduk di dalam masjid berhampiran tingkap dan mendengar khutbah dengan penuh tawadduk. Sesudah bersolat, tabung masjid yang diperbuat daripada bekas plastik itu terus beredar di sepanjang saf. Setibanya pada gilirannya, segara S memasukkan duit ke dalam bekas itu. Kemudian orang terakhir yang menyentuh bekas itu adalah seorang lelaki separuh umur kerana dia berada di unjuran saf yang paling hujung.

Setibanya pada lelaki itu, dengan pantas bekas plastik itu beralih tangan daripada S umpama jari terkena bara. Tanpa menoleh, lelaki itu pantas membuka penutup bekas itu. Kemudiannya, jemari yang agak kasar itu menyeluk rakus tabung itu. Genggaman erat dengan gumpalan wang kertas terus dimasukkan ke dalam saku bawah baju melayu kanan dan kiri!

"Ya Allah, apa yang hamba-Mu itu buat? Benarkah mataku ini melihat perbutannya itu? Perlukah aku bertindak dengan menegahnya?"
S menjengilkan matanya. Lelaki itu seolah-olah tidak peduli. Sayugia, S terkesima dengan memandang tanpa berkelip sedikitpun tanpa meneruskan niatnya itu.

"Ah, bedebah benar orang ini! Terang-terangan cuba.. "
Belum sempat S menyudahkan bisikan penghinaan di dalam hati, lelaki itu tuntas mengeluarkan kepingan kertas daripada kocek sebelah atas baju melayu. S terdiam mungkin terpinga-pinga dengan perbuatan aneh lelaki itu. Kemudian not rm50 itu segera diletakkan kedalam tabung plastik itu dan ditutupnya rapat-rapat.

"Ya Allah, ampunkanlah aku kerana bersangka buruk pada lelaki itu. Bukan lelaki itu mahu melarikan wang sedekah itu. Dia ambil wang yang sedikit itu, lalu dogantikan dengan jumlah yang lebih besar!"

S kelihatan agak sesal namun berbaur dengan seribu pertanyaan di minda. Mengapakah lelaki itu berbuat demikian? S tidak mahu lagi membuat spekulasi negatif. Biarkan sahaja..

Wallahu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...