nuffnang

NUFF

Rabu, 14 Disember 2011

TRAVEL: BALI, INDONESIA [PART1]


Tanggal 28Nov yg lalu, dengan selamatnya aku tiba di Bali. Pusat pelancongan yang amat terkenal dengan keindahan pantai & persekitarannya. Budaya yg sama skali berlainan dengan ibukota terkenal di Indonesiayg lain. Hampir 90% penduduk bali beragama hindu menjadikan ia bertentangan skali dengan kebiasaan indonesia yg majoritinya islam.

Aku pergi kali ini tidak keseorangan, tetapi bersama-sama adik aku. Berbekalkan tiket tambang murah RM90 pergi-balik setiap seorang (dibeli ketika promo) dan penginapan selama 3 malam di Tune Hotels Legian berharga keseluruhannya Rp149,000 (~Rm50.oo/3mlm) menjadikan percutian bajet kami sungguh berbaloi! Airport transfer yg dibooking melalui internet ke hotel juga telah awal2 lagi ditempah iaitu RM55/pergi balik.
Perbelanjaan asas = 2 x (rm90) + (rm50) + (rm55) = rm285

Perbelanjaan terselindung, (~ rm239)
1. Prebook meals (Air Asia) = 4 x rm12 = rm48
2. Luggage 15kg (balik shj) = rm35
3. Tambang bas (dungun-kl-lcct) = rm67
4. Makan (sarapan + jajan) = rm23
5. Tiket AA (lcct-trg) = rm66 (prom0+15kg)

Perbelanjaan kasar = (rm285 + rm239) = rm524
(tidak termasuk perbelanjaan utk aktiviti/tour, fee/tip, makan, shopping kat bali)


sebaik keluar dari plane..



Duduk kat seat tepi lorong(aisle). Senang nak keluar kan? Lagipun 2 kali aku keluar masuk toilet. Nervous kot (first time bwk orang/adik melancong luar negara). haha..


Hari pertama (28Nov)
Bas dari dungun tiba di hentian putra, kl pada 5.00pagi, turun dari bas transnasional dalam keadaan separa sedar dan kesejukan. Kami rehat-rehat dulu. 5.30pg terus ke surau dan solat kat sana. Ambil komuter ke kl sentral kul 6.30pg, tren lambat. lama gak tunngu. hampir kul 7.05pagi tiba di kl sentral. Cari atm dan pegi sarapan.

kami naik bas 7.45pg, tapi dekat pkl 8 baru bas gerak sbb tunggu penuh. tiket 1dewasa(rm8) 1budak(rm4) = rm12 je. Sampai kat lcct dah pukul 9pg. Pergi pusing-pusing dan kemudian check-in. Takde problem. Sempat borong roti & jajan sebelum check-in. Flite kul 10.30pg. Tak delay cuma bila nak berlepas, kena tnggu turn. Procedure biasa air traffic. Lewat 5 minit je.

Dalam flite, ramai jugak orang asing & mat saleh. Perjalanan yg mengambil masa hampir 3 jam tu konfirm membatkan perut lapar. Nasib baik dah prebook awal-awal. Murah sikit. Aku makan nasi beryani & adik aku makan nasi goreng satay. Not bad.

Sampai je kat Airport Ngurah Rai, Denpasar, Bali terus menuju ke imigresen. Sempat gak ambik brochure & pemplate pasal bali dlm mengorak langkah tu. Proses cop-mengecop passport ni smooth je. Tak macam kat Medan (hahaha..baca kisah tu kat sini). Then scan skali lagi luggage (termasuk handluggage) sebelum melangkah keluar airport.

Keluar aje airport, mata kami melilau cari tag/banner nama. Yes! namaku dipegang oleh seorang perempuan & aku terus menghampirinya. Namanya Suri. Dia bawa aku ke van & seterusnya driver membawa kami ke hotel. Sepanjang perjalanan, Suri tak habis-habis promo supaya ambik tour ngan dia. Bagus juga, tak payah pening-pening kepala cari tour/pakej kat sekitar hotel nanti. Harga diapun reasonable jugak. Aku ambil tour/pakej Kintamani. 4 ribu rupiah termasuk tourist guide, petrol, fee masuk+parking dan private(takde orang lain hanya aku & adik je)

Laman(foyer) & pintu depan tune hotels Legian. Terus jumpe kaunter receptionist



Decoration okey. ada taman mini. Nice.


Standard bilik tune hotels. kecik kan?


Ini connection room. sebelah sana bilik adik aku kat aras 3. aras ni ada surau/musolla


toliet bersih. bilik pun bersih. selesa. yang penting, shower dia mmg power.. terasa hentaman titisan air kat badan!

Sampai je kat tune hotels legian yg mengabil masa lebih kurang setengah jam dari airport (sbb jalan agak jem), terus ke kaunter check-in. Dapat key terus masuk bilik, baring-baring dan mandi. Kemudian jalan-jalan sekitar hotel (aku sorang je, adik aku letih). Pegi Pasaraya Bintang (jauh gak dalam 15min jalan kaki) ~beli sedikit makanan & jajan, kemudian tukar duit kat money changer kat area pasaraya Bintang. Lupa namanya. Keluar dari Bintang, kemudian menuju ke arah Kuta dalam 30m di sebelah kiri. Situ la lokasinya. Menurut pembacaan aku, kat situlah antara money changer yang terbaik (di legian) sbb boleh dipercayai, tak menipu (kebanyakn money changer cikai suka ambik kesempatan), tukaran-currency agak tinggi, bilik berpenghawa dingin dan beroperasi dari 9pagi sampai 10mlm!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...