Sebelum aku masukkan entri pasal latest vacation, aku nak habiskan cerita aktiviti di sekolah dulu; jamuan akhir tahun. Berlaku seminggu sebelum cuti akhir tahun 2011, iaitu pada tanggal 13nov 2011. Majlis serba ringkas ini dibuat untuk meraikan kesungguhan mereka menghadapi UPSR dan menempuh alam persekolahan primari selama 6 tahun.
Selaku guru kelas tahun 6, aku cukup berpuashati mendidik mereka walaupun adakalanya mereka sidikit nakal. Semoga mereka melangkah ke alam dewasa dengan lebih berjaya!
Jamuan Perpisahan Tahun 6 2011. All d' best to you guys! Dari kiri bawah: Kristina Naya, Magdelyn Jelembai, Diana Kemban, Stanley Digat (di belakang aku). Dari kiri atas: Walter Pengiran, Nunoi, Olivia Anggil, Henry Merom, Dominic Issau, Wilson Ngadan, Freedy Chambai.
Jamuan ini, sebahagiannya disumbangkan oleh aku sendiri.. Makanan ringan merupakan duit tabungan mereka sendiri.
Bihun goreng ni, aku masak sendiri guna dapur dewan makan. See. ada keropok goreng yang diimport khas dari terengganu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan