nuffnang

NUFF

Isnin, 19 Disember 2011

TRAVEL: BALI, INDONESIA [PART2]

Hari kedua (29Nov)

Kami solat kat musolla sepanjang berada kat hotel. Waktu subuh awal kat sini. pukul 4.30 dah masuk waktu. Bersiap-siap sambil makan. Sarapan dengan roti dan mee segera yang aku beli kemarin. Bosan jugak la sbb tune ni takde tv. jadi aku pasang lagu kat henset je sbg penghibur di kala sunyi. haha.

Tunggu kat lobby hotel kul 8.00pagi. Dah cerah sangat. Pastu 8.20 datang la tourist guide(TG). Namanya bob. Cakap-cakap sikit then terus masuk kereta dan pergi tengk Barong dance. Adik aku mulanya cakap tak best la tengok orang menari.. pastu sampai sana, dia terhibur jugak la sbb tarian tu, diorang perform dlm bentuk lakonan.

tarian barong.






Kemudian, kami ke area pembuatan batik. Menurut encik Bob, kerajinan tangan(kraftangan) setiap area kat kampung berbeza. ada kampung yang mahir mengukir, ada yang pandai melukis, ada yg pandai emas-perak dll. aku just tengok je. Cara pembutan batik sama je macam kat terengganu. cuma design je lain. Dan bila masuk kat bahagian jualan/gudang, ya rabbi mahalnya harganya. Ye laa.. setiap coraknya unik. bukan batik cetak. Tapi serius mahal giler..haha. omputih je yg suka beli.




Then, kitorang meneruskan perjalanan ke kampung pandai emas-perak. Banyak barang perhiasan, dari perhiasan badan(mcm cincin,gelang, subang) sampai ler barang hiasan rumah.
Tak lama aku kat sini, just pusing-pusing je. Pastu kitorang pegi tengok kerajinan membuat lukisan. Sama jugak pusing-pusing. Encik bob tak ikut pun kami round mana-mana tempat. Katanya takut kami rimas. pastu bila naik kereta mula la dia bagi penerangan bagai.. ramah jugak dia ni..





Sebaik sahaja kami menghabiskan semua lawatan ke tempat menarik tersebut, waktu dah melewati pukul 12 lebih. Seterusnya destinasi kami adalah di Kintamani. Perjalanan ke sana agak jauh dan kami dihidangkan dengan pemandangan padi yang bertingkat-tingkat di lereng bukit. Setibanya di sana, kami dibawa ke sebuah restoren utk makan tengah hari secara buffet sambil menikmati pemandangan gunung berapi.






Next, kami ke perusahaan kecil-kecilan penghasilan kopi. Kami singgah kat satu ladang tu, lupa namanya. Kat situ kami tengok macam mana orang bali hasilkan kopi secara tradisional. Diorang pakai lesung kayu besar utk menghasilkan serbuk kopi. Sebelum sampai ke tempat tu, kami terpaksa melalui denai yg mana kiri kanannya adalah pokok kopi, koko, pokok herba, markisa, tamarillo, pisang dan pelbagai spesies terung. Semestinya ramai yang sedia maklum bahawa Indonesia terkenal dengan kopi luwak. Aku tak beli pun kopi ni. Bukan sebab mahal tetapi aku was-was tentang status halal-haram nya. Kopi luwak ni dihasilkan dengan memberi makan buah-buah kopi ranum lagi terpilih kepada luwak (musang) dan kemudiannya dikeluarkan luwak dalam bentuk najis. Najis tersebut dibersihkan (dan buang lapisan/kulit luar pada biji) utk mendapatkan bijinya. Aroma kopi ini memang kuat berbanding kopi biasa dan tersangat mahal! Aku hanya beli koko & kopi hand-made, serta beberapa kopi/teh pelbagai perisa. Kat situ juga diorang akan hidangkan hampir 12 jenis kopi/teh pelbagai ramuan termasuk kopi mocha. Tak sangka ada juga kopi + santan. Okey jugak la rasanya.

Disebabkan aku tersangat kenyang (baru je lepas pekena lunch buffet kan..) jadi aku tak dapat nak habiskan variasi kopi tu (cuma rasa je) dan separuh je dpt ngapp kuih tempeyek (diorang pakai kacang soya tau) yg dihidangkan. Pastu diorang tawarkan pisang, markisa, salak dan tamarilo. Kami just ambik sebiji buah-buah tu sebagai bekal je utk dimakan dalam kereta.


Kemudian, kami beransur keluar dari ladang menuju ke Pura (tample) yang paling besar di Bali iaitu Puri Batuan. Kawasannya memang luas. Nak masuk kena pakai sarong yang disediakan, katanya sebagai menghormati rumah idadat diorang. Dan sebelum beredar, pengunjung dikehendaki bagi derma. Kalau tak silap aku, cuma 5000 rupiah je aku kasi dan perlu dicatitkan nama dalam buku kat situ. Korang cari nama aku dlm buku tu. Eh, macam tak ikhlas je bagi derma, menunjuk-nunjuk ya kau! hehehe.. jujurnya, aku memang tak ikhlas pun (bukan dpt pahala pun ~baik derma kat masjid kan?). Aku anggap macam bayar entrance fee je. Haha



Jam dah pukul hampir 5 petang dan kami dibawa terus ke Pasar Sukawati. Di sini memang sesuai kalau korang nak membeli baju t-shirt murah. Harga jauh lebih murah berbanding tempat lain tapi dengan syarat korang tawar kaw-kaw. Kalau tak dapat harga murah, banyak kedai lain yang korang boleh teroka. Kat sini takde kaos (baju) yg branded okey.. Lukisan pun banyak terjual di sini. murah-murah je..


Aku beli juga beberapa helai baju murah sbg servenir utk adik-adik yg lain kat sini. Agak lama kat aku pusing-pusing dlm ni. Dan ketika ni, adik aku asyik merungut kata letih.. lenguh berjalan! Pastu aku request kat encik Bob tolong carikan kedai servenir jual barang-barang kahwin. Bukan aku nak kahwin okey.. Kakak ipar aku minta aku belikan kad undangan kahwin jenis gulung. Nasib baik sebelum pegi bali, aku dah search dlm internet kedai-kedai ni. Walaupun alamat dah ada, agak sukar juga nak cari kedai-kedai tu. Rupanya kedai tu terletak dlm kawasan perumahan kat lorong yg agak kecil. Lama jugak lepak kat kedai tu sebab tunggu tokey nya sampai.. dan mujur ada barang yang dicari tu. Tapi kena ambik esok sbb diorang perlu sedikit masa nak siap-siap..


Hari makin gelap, dan encik Bob cadangkan kami dinner kat Jimbaran. Makan sambil hirup udara segar di pinggir laut. Aku menolak. Berdasarkan pembacaan aku, dinner kat jimbaran memang best tapi harganya melampau-lampau mahal. Cekik darah. Sudahnya, aku minta dia pegi kedai nasi padang dan tapau je.. Tak pe la, tak merasa 'jadi orang kaya', lagipun tak dapat tengok sunset sekalipun kalau dinner kat Jimbaran. Tak sempat. Balik bilik, kendian mandi pastu melantak nasi tapau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...